-'²³'-

126 35 160
                                    

Pejam celik, hari berlalu dengan pantas tanpa disedari. Itu juga bermakna hanya tinggal empat hari lagi sebelum Hyunjin, Jeongin dan Han akan pulang ke Seoul semula.

Memandangkan itu, Han sudah merancang akan memenuhi hari-hari terakhir dengan perkara yang ingin dilakukan sebelum pulang. Dia juga meminta pertolongan Hwa Ra untuk mencari tempat menarik. Han akan memastikan yang dia tidak akan mensia-siakan saat yang ada bersama Hwa Ra.

"Han... Kau buat apa tu? Dari tadi lagi aku tengok kau khusyuk sangat menulis. Takkan surat cinta kot?" Seloroh Hyunjin. Sengaja dia menegur kerana Han hanya mendiamkan diri, tidak seperti selalu.

"Tak mainlah surat cinta kalau boleh cakap depan-depan. Aku buat planning untuk empat hari ni. Aku dah tekad akan habiskan masa dengan Hwa Ra tanpa gangguan korang," ujar Han dengan bangga sebelum sambung menulis.

Hyunjin memutarkan bola matanya. Macamlah selama ini dia menganggu waktu Han dan Hwa Ra. Kerusi ditarik lalu Hyunjin melabuhkan punggungnya. Apa yang ditulis Han dibaca satu persatu. Hampir saja dia menghamburkan tawanya di situ. Han yang perasan dengan tingkah Hyunjin menoleh.

"Seriuslah kau nak daki gunung? Macam tak percaya je. Eskalator dekat mall tak hidup pun dah mengeluh. Ini nak mendaki?" Hyunjin memperlekehkan salah satu aktiviti yang dicatat kawan baiknya.

Han menjeling dalam diam. Perkara lama tidak payahlah diungkit semula. "Biarlah.. Hwa Ra yang ajak aku."

Jeongin yang datang dari bilik, menampakkan dirinya. Memandangkan sudah sembuh, dia ingin mengambil angin di luar. Dua hari terperap di rumah, membuatkan Jeongin lemas. Hyunjin dan Han yang sedang duduk di meja makan itu, dipandang.

"Abang... Iyen keluar kejap," beritahu Jeongin.

"Okey.. hati-hati..," pesan Hyunjin. Bukan kerana dia terlalu risaukan keadaan Jeongin tetapi, sudah terbiasa dengan pesanan begitu. Jeongin mengangguk perlahan sebelum menuju ke pintu.

Hyunjin berpaling semula ke arah  Han. Kelihatan sahabatnya itu sedang tersengih seperti kerang busuk. "Kalau kau kahwin nanti, mesti untung kan isteri kau. Nak keluar runah mesti pesan suruh hati-hati walaupun nak jemur baju dekat luar. Hahahahaha!"

Buah epal yang ada di atas meja, diambil lalu disumbat ke dalam mulut Han. "Ha senyap pun..." Hyunjin tertawa sendiri sebelum pergi ke ruang tamu.







Jeongin memasang fon telinga sambil berjalan perlahan. Segar rasanya dapat menikmati cahaya matahari hari itu. Walaupun pergi ke tempat yang sama, dia tidak pernah berasa jemu.

Langkah diteruskan menuju ke tempat yang agak terpencil dari pantai. Sebuah jeti lama yang pernah dikunjungi bersama Ji Ah, menjadi tempatnya meluangkan masa pada petang itu. Daun kering disapu sebelum dia mengambil tempat di situ. Kaki dihayun perlahan.

Bayangan Ji Ah yang sedang menangis pada malam festival bunga api, bermain semula di ingatannya. Saat itulah, dia jatuh hati pada Ji Ah. Jeongin menghela nafas perlahan sebelum menggelengkan kepalanya. Dia menguatkan lagu yang dipasang, cuba mengalihkan tumpuan. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu memejamkan mata.

Jeongin tersentak apabila satu tangan menyentuh dahinya. Dia menoleh ke kanan lalu mengangkat keningnya sebaik saja melihat Ji Ah berada di situ.

"Dah sihat.. dua hari tak nampak awak..," ujar Ji Ah seraya tersenyum. Kemudian dia duduk di sebelah Jeongin tanpa dipelawa.

"Awak buat apa dekat sini?" Soal Jeongin. Setiap kali dia membuka mata, pasti Ji Ah orang pertama yang dilihatnya.

"Saja..," jawab Ji Ah. Sebelah fon telinga Jeongin, diletakkan pada telinganya. Dia tersenyum bila mendengar lagu yang dimainkan.

〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓Where stories live. Discover now