30

1.9K 140 15
                                    

Faeeq termenung sendiri di dalam bilik air melihat biasan dirinya di dalam cermin . Luka di tepi bibir dipandang , jatuh pula pada tangan yang berbalut .

Faeeq menarik senyum senget .

" Nasib kau Faeeq " gumam Faeeq sendirian sambil mengelap rambutnya yang basah .

Dia kembali teringat pandangan berkaca milik Lillyn lemparkan padanya tadi .

" Terlalu banyak air mata yang jatuh sebab aku " ucap Faeeq menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi . Bukan dia tidak lihat wanita itu berusaha menahan tangis di hadapannya .

" Apa la sangat luka dekat badan aku kalau dibandingkan sakit isteri aku " Jari Faeeq naik ke tepi bibirnya . Dia berdesis sedikit , menahan pedih .

Padu juga penangan Iqbar terhadapnya tadi . 

Faeeq faham apa yang menyebabkan Iqbar bertindak sedimikian pada dirinya . Lelaki itu tidak mahu dia putus asa berusaha dalam hubungannya bersama Lillyn . 

Namun, kali ini dia akan terima dengan hati yang terbuka segala keputusan Lillyn.

" Tuan , mari turun . Mak Som ada buatkan kopi panas " laung Mak Som dari sebalik pintu bilik majikannya.

Faeeq menjeling pintu biliknya sekilas.

Dia membuka pintu biliknya, terjengul wajah Mak Som yang beriak risau. 

Mungkin bimbangkan dirinya bertindak seperti tadi.

" Tuan dah letak ubat ke tu ? " tanya Mak Som prihatin.

Luka di tepi bibir Faeeq dilihat.

" Saya dah letak ubat, Mak Som " jawab Faeeq . Timbul rasa bersalah apabila membuat wanita tua itu bimbang dengan dirinya.

" Marah benar kawan kamu tu harini , tak pernah Mak Som tengok kamu berdua gaduh " ucap Mak Som.

Faeeq tidak membalas , malas mahu membahas isu itu.

" Iqbar ada dekat bawah ke , Mak Som ? " soal Faeeq sambil menjenguk ke arah tangga di tingkat bawah.

Mencari kelibat Iqbar di tingkat bawah , tidak kelihatan.

" Ada , dia baru lepas mandi tadi . Pergilah kamu berbincang baik-baik dengan dia " nasihat Mak Som .

Faeeq hanya mengganguk.

Faeeq melangkah turun , kelihatan Iqbar sedang duduk termenung di meja makan . 

Tanpa sebarang bunyi , Faeeq melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan Iqbar .

Iqbar yang menyedari  kehadiran seseorang lalu menoleh ke arah Faeeq.

 Dia mengeluh panjang apabila pandangannya menangkap kesan tumbukannya tadi .

" Kenapa kau mengeluh ? " Faeeq membuka topik perbualan.

" Aku ingat lepas aku tumbuk kau , muka kau dah tak laku tapi aku silap " balas Iqbar bersahaja .

Faeeq tidak memberi reaksi , tidak terkesan dengan kata-kata Iqbar.

Cawan yang berisi kopi panas dicicip sedikit sebelum perbualan mereka menjadi lebih serius. 

" Aku baru duduk sini 30 minit dalam rumah ni , aku dah rasa sunyi . Macam mana kau hidup dalam rumah besar macam ni ? "

Faeeq menarik senyuman nipis walaupun payah .

" Aku dah biasa , lagi pun Leo ada " jawab Faeeq.

" Sekarang Leo dah tak ada " pantas Iqbar menyampuk.

Lillyn MalaiqaWhere stories live. Discover now