Tamat sahaja waktu bekerja , Lillyn terus sahaja bergerak pulang . Ada sesuatu yang dia ingin bertanya kepada ibu nya di rumah nanti . Tumpuan cuba diberikan sepenuhnya terhadap pemanduan walaupun fikirannya bercelaru." Ibu.. " sapaannya terhenti apabila melihat tetamu yang bersama dengan ibunya . Mereka masih tidak sedar dengan kehadirannya di muka pintu . Perbualan mereka menangkap pendengarannya.
" Akak , kesian dekat cucu kita tu . Asyik merayu dekat daddy dia nak mummy . Akak tak sampai hati tengok si kecil tu . Kita pun rasa sakit tengok dia " luah Datin Laila .
" Rina pun tak tahu nak buat macam mana la akak , Rina ada juga pujuk abang Idris bagitau hal sebenar tapi abang Idris tak kasi . Bimbang dengan kesihatan anak " keluh Datin Qasrina .
" Akak pun kalau boleh tak nak masuk campur urusan rumah tangga Faeeq . Akak faham dengan kesihatan Lillyn lagi . Tapi , Leo perlukan kasih sayang ibunya juga "
Kedengaran keluhan dari dua ibu itu . Bertambah teka teki di fikiran Lillyn mendengar perbualan mereka . Kenapa nama Faeeq dan dirinya disebut oleh mereka?
" Akak tak faham kenapa Faeeq buat macam ni , seksa diri dia sendiri . Faeeq seakan menghukum diri sendiri atas apa yang berlaku terhadap Lillyn dahulu "
" Akak selalu terdengar setiap bacaan doa Faeeq selepas solat tak pernah dia tak sebut nama isterinya . Dia sentiasa mendoakan isterinya di setiap doa "
Suara ibu kepada Faeeq itu kedengaran sebak , selang dengan suara ibunya yang menenangkan ibu Faeeq itu .
" Akak , pernah tanya Faeeq kenapa dia minta semua orang tutup mulut tentang ini ? " tanya Datin Qasrina .
Datin Laila mengangguk mengiyakan .
" Akak pernah tanya , dia jawab dia takut Lillyn tidak boleh terima dia seperti sebelum ni . Jadi biarlah dia persiapkan diri daripada sekarang , seorang diri . Dan biarlah dia menjaga Leo sebelum isterinya ambil Leo daripada dia " kata Datin Laila lirih terhadap pengorbanan anaknya .
Lillyn terundur satu langkah ke belakang , terkejut dengan kenyataan yang baru didengarinya . Selari dengan itu , badannya basah dengan hujan yang menimpa tubuhnya .
" Kami bersyukur dapat menantu seperti Faeeq , akak . Kami tiada simpan dendam sedikit pun terhadap Faeeq dan kami sekeluarga berharap mereka dapat kembali seperti suami isteri yang dahulu " ujar Datin Qasrina turut sebak .
Bergenang air matanya mendengar satu demi satu kenyataan yang masuk ke pendengarannya . Bayangan lelaki yang membelenggunya selama ini adalah Faeeq.
Air mata merembes laju mengalir di pipi bercampur dengan air hujan yang membasahi wajah dan tubuhnya . Dia terduduk di tengah laman rumahnya.
" Aku ada anak ? Faeeq suami aku ? Ya allah , apa semua ni ? Diorang bukan cakap pasal aku . Bukan aku . Isteri Faeeq dah mati . Yer , isteri Faeeq dah tak ada " gumam Lillyn dalam tangisnya .
" Bukan aku isteri Faeeq , aku tak kahwin lagi . Aku bukan ibu Leo . Semuanya penipu " nafi Lillyn . Kepalanya digelengkan beberapa kali , menolak kenyataan itu .
“ Ibu ini baju baby siapa pula ? ” tanya Lillyn pelik kepada ibunya bersama baju bayi yang dijumpai di dalam laci almarinya .
“ Arhh , ibu tersalah letak ! Ini baju anak along kamu ” kelam kabut Datin Qasrina merampas baju bayi yang bewarna biru lembut itu daripada tangannya .
“ Terkejut Iqa , ada baju baby dalam laci Iqa . Mana la tahu sebelum Iqa lupa ingatan Iqa ada anak kan ? ” seloroh Lillyn dengan tawa girangnya menyakat ibunya .
Datin Qasrina terkaku , terusik dengan gurauan anak perempuannya itu . Tidak lama , dia turut ketawa cuba mengawal perasaan simpatinya terhadap Lillyn
“ Ada-ada je la Iqa ni , anak patung je kamu banyak ada lah ”
Makin kuat esakan Lillyn apabila teringat memori empat tahun lepas dimana dia jumpa pakaian bayi dalam biliknya . Benarlah itu baju anaknya .
" Maafkan mummy , Leo . Ya allah , anak aku Leo Khayr . Anak mummy " tangis Lillyn .
Lillyn cuba menguatkan kembali dirinya , tangisannya tidak dengari kerana tenggelam dengan bunyi hujan yang kuat . Dia bangkit dari jatuhnya dan mendekati muka pintu .
Air hujan menitik dari tubuhnya setiap kali dia melangkah dibiarkan . Matanya yang merah dihiraukan , dia melangkah lemah memasuki rumah dengan keadaan yang basah lenjun.
" Lillyn ? Ya allah, Lillyn tak bawah payung ke ? " tanya Datin Qasrina bimbang lalu mendekati Lillyn . Datin Laila turun bangun dari duduknya dan mendekati menantunya.
" Aunty , dah lama sampai ? " tanya Lillyn dengan suara yang serak selepas menangis.
Pertanyaan ibunya ditinggalkan tidak berjawab .
" Dah lama sampai sayang " jawab Datin Laila . Dia dapat lihat mata wanita itu masih basah dengan air mata . Matanya kembali bergenang dengan air mata .
Lillyn mengangguk lemah mengerti.
" Erm , Iqa naik dulu " balas Lillyn tidak mampu menunggu lebih lama , air matanya akan jatuh pada bila-bila masa . Baru sahaja kakinya menapak beberapa anak tangga , dia terdengar .
" Harapnya Lillyn tak dengar apa yang kita bualkan " ucap Datin Qasrina bimbang .
Jatuh air matanya , sehingga tahap begini orang mematuhi arahan Faeeq untuk menyorokkan semuanya daripada dia yang seperti orang bodoh tidak mengetahui apa-apa .
Dia kembali mendaki tangga sehingga terlanggar angahnya namun dihiraukan . Pintu bilik dikunci sebelum menghamburkan tangis yang ditahan daripada tadi .
Lillyn melangkah menuju ke almarinya dengan tangan yang menggigil dia membuka laci yang terakhir . Dia mencari sekiranya ada lagi baju bayi yang tersimpan di situ .
Tangan Lillyn menggeletar menyentuh baju bayi yang berserta sulaman nama Khayr di dada baju itu . Baju itu didekatkan pada hidungnya dan dicium baunya .
Sekali lagi air matanya jatuh .
Baju itu ditarik rapat ke dadanya .
" I'm sorry , I'm sorry Leo . Maafkan Mummy Leo . Maafkan mummy tak dapat besarkan Leo , sayang . I'm sorry " rayu Lillyn sendirian sambil mencium baju bayi itu beberapa kali .
Ruang biliknya bergema dengan tangisannya yang tidak kesudahan .
Lama dia menangis bersendirian . Ketukan di muka pintu dibiarkan sepi tidak bersahut . Dia ingin bersendirian pada ketika ini . Akhirnya , ketukan di pintu berhenti .
Dia melihat jam yang sudah masuk waktu maghrib itu , perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke tandas untuk membersihkan diri bagi menunaikan solat maghrib .
Bacaan doanya selepas solat kali ini terasa sayu sekali . Dia teringat kata-kata ibu Faeeq yang mengatakan lelaki itu tidak pernah melupakan namanya di setiap doa lelaki itu.
" Ya allah, aku mohon kekuatan darimu . Kau sembuhkan la aku dari segala penyakit . Kuatkan lah diri ini untuk menerima segalanya dan ... "
Dada Lillyn kembali terasa memberat , sebak.
" Dan kau lindungi la anakku bersama suamiku . Aku mohon kepadamu , kau tunjukkan la segala kebenarannya untuk semua ini ya allah "
" Saya mungkin tak faham kenapa awak buat begini Faeeq , tapi saya mohon awak jelaskan semuanya satu hari nanti " ungkap Lillyn di dalam hati .
Deringan pada telefon bimbitnya yang berada di atas katil mematikan lamunannya . Dia melipat sejadah lalu melihat nama pemanggil yang menelefonnya .
Tuan Faeeq is calling ....
Double update for today ,
Chap kalini beremosi sikit :(
Tunggu next chap , sama ada Lillyn akan berterus terang dengan Faaeq atau teruskan berpura tidak tahu kenyataan sebenarnya . Korang rasa Lillyn pilih yang mana?
YOU ARE READING
Lillyn Malaiqa
RandomKesetiaan insan yang bergelar suami menunggu isterinya selama 5 tahun lamanya . Menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi selama 5 tahun itu . Membesarkan anak tanpa suri di sisi bukanlah perkara mudah untuk sang suami . Namun , dia melakukan segala...