12 : 00 tengahari
" Puan , already 12 o'clock " tegur Trisha di muka pintu . Lillyn mengangkat wajah yang khusyuk membuat kerja sedari tadi. Tidak sedar sudah pukul 12.
" Yes , thankyou , Trisha . Saya akan gerak sekarang " balas Lillyn sambil tangannya laju mengemas kertas yang berselerak di atas meja . Cermin mata turut ditanggal.
" Let's go "
Lillyn dan Trisha menuju ke bilik mesyuarat yang turut terletak pada tingkat yang sama. Mujur ada Trisha kalau tidak mahu dirinya sesat mencari bilik mesyuarat.
Walaupun sama tingkat , tetap luas untuk mencari kedudukan bilik tersebut. Sepanjang langkah menuju ke bilik mesyuarat , Lillyn merasa sedikit gugup .
" Puan, nervous ke? Okay tak? " tanya Trisha prihatin melihat Lillyn mengenggam kedua-dua tangan seperti gelisah . Lillyn tetap mengangguk .
" Kita dah sampai , jom masuk " ucap Trisha lalu membuka pintu bilik mesyuarat untuk Lillyn . Nampaknya , ketua dari jabatan lain juga sudah sampai.
Mereka seperti terpaku dan tidak kurang juga mesra menyambut kedatangannya di dalam bilik itu. Cuma Tuan Faeeq dan Encik Arsyad yang belum sampai lagi.
" Tuan Faeeq dah sampai " ucap salah seorang dari mereka apabila pintu bilik mesyuarat terbuka . Lillyn turut berdiri bersama ketua-ketua jabatan yang lain.
" Duduk semua " arah Faeeq. Dia memandang sekeliling untuk melihat kehadiran pekerja-pekerjanya. Matanya terhenti seketika kepada Lillyn sebelum berdeham.
" Assalammualaikum dan good afternoon , seperti mana yang awak semua tahu . Semalam seorang ketua perancangan baharu syarikat kita telah masuk "
Faeeq memulakan ucapan . Mata masing masing sudah hala ke arah Lillyn yang duduk di tengah. Lillyn hanya menunduk sedikit sebagai tanda menyapa.
" Jadi saya perkenalkan , ketua perancangan baharu iaitu Lillyn Malaiqa. Sila perkenalkan diri " arah Faeeq mendatar. Lillyn Malaiqa mengangguk lalu berdiri untuk perkenalkan diri.
" Saya Lillyn Malaiqa , umur 27 tahun dan kelulusan dalam ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan " ujar Lillyn sopan dan merendah diri .
Kelihatan ketua jabatan yang lain terangguk-angguk.
" Dah kahwin ke ? " seloroh salah seorang lelaki dalam kalangan mereka yang berumur lingkungan 30-an. Faeeq hanya diam dan memerhati sesi perkenalan.
Pertanyaan tersebut disambut dengan tawa ketua jabatan yang lain .
" Mestilah dia dah kahwin . Cantik macam tu takkan single lagi " sampuk ketua jabatan kewangan iaitu Cik Sarah . Lillyn hanya tersenyum sebelum menjawab.
" Single but not available " jawab Lillyn .
Kedengaran bunyi pen yang terlepas dari pegangan seseorang . Mereka mencari arah bunyi tersebut . Encik Arsyad pantas mengutip pen tersebut lalu diberikan kembali kepada Tuan Faeeq.
" Sorry , continue " ucap Faeeq dua patah.
" Betul ke awak grad lambat ? " tanya Husna yang merangkap ketua sumber manusia . Tangan Husna disenggol oleh Sarah yang duduk di sebelah kanan.
Lillyn tetap mengukir senyuman. Tidak tersinggung.
" Ye saya , grad lambat dari batch saya " jawab Lillyn . Dalam diam , Arsyad hanya memerhati pandangan redup oleh Faeeq kepada wanita yang sedang bercakap itu.
" Kenapa ? "
" Sebab saya terlibat dengan kemalangan , dan saya separa amnesia . Jadi saya terpaksa bermula dari awal semula " jawab Lillyn lagi penuh sabar.
YOU ARE READING
Lillyn Malaiqa
RandomKesetiaan insan yang bergelar suami menunggu isterinya selama 5 tahun lamanya . Menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi selama 5 tahun itu . Membesarkan anak tanpa suri di sisi bukanlah perkara mudah untuk sang suami . Namun , dia melakukan segala...