15

1.8K 136 16
                                    

“ Kenapa abang tak kasi Lillyn ikut abang pergi outstation ? Sayang boring duduk dalam rumah ni . Baby pun boring tahu tak ” kata Lillyn mahu merajuk dengan lelaki yang membelakanginya itu.

Bukan , abang tak kasi sayang ikut . Tapi , sayang abang ni dah sarat . Kalau sayang ikut nanti sayang penat . Abang hantar duduk rumah ibu papa yer ? ” pujuk lelaki itu.

“ Sayang janji tak menyusahkan abang , I promise , abang . Please , sayang nak ikut abang . Sayang tak suka la jauh dengan abang ” balas Lillyn memujuk .

Dia rasa sunyi jika lelaki itu berjauhan dengannya terlalu lama . Pinggang lelaki itu dipeluk daripada belakang . Lelaki itu mengusap tangan isterinya.

“ Sejak pregnant ni , makin menjadi-jadi dia punya manja ye . Sayang , abang janji lepas abang settlekan kerja abang . Abang akan terus balik dari Melaka

“ Abang , anak kita teringin nak tengok tempat bersejarah ” kata Lillyn lagi cuba menggunakan nama anaknya untuk memujuk bagi benarkan dia mengikut lelaki itu.

Ketawa lelaki itu meletus akhirnya.

“ I'm sorry , sayang . But , still tak boleh ikut okay , hm . Abang sayang Lillyn ”

“ Tak nak kawan , abang ”

“ Sayang ”

Lillyn membuka mata perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling sebelum matanya menangkap susuk tubuh lelaki yang bersandar di sofa kecil dalam biliknya.

Matanya masih kabur , tidak dapat mengenal pasti siapa lelaki tersebut.

“ Angah ? ” panggil Lillyn tidak pasti matanya cuba memfokus pada lelaki yang bersandar dengan mata yang tertutup itu. Jam dinding di pandang sekilas.

Pukul 12 tengah malam .

" Sakit kepala lagi ? " tanya suara serak itu.

Lillyn tersedar dari mamainya , Faeeq bangun dan mendekati wanita berada di atas katil itu . Meleset sangkaan Lillyn yang menyangka susuk tubuh itu milik Iqbar.

" Tak dah , macam mana tuan boleh ada dalam bilik saya ? Kenapa tuan tak balik lagi ? " tanya Lillyn bertalu-talu . Faeeq mengambil segelas air lalu dihulurkan kepada Lillyn.

" Saya tak nak minum kalau tuan tak jawab soalan saya " balas Lillyn . Tidak mengambil huluran Faeeq. Dia memandang lelaki yang duduk di birai katilnya.

" Minumla dulu " pujuk Faeeq .

" Tak.."

Faeeq menyua gelas tersebut hingga ke bibir Lillyn . Mahu tidak mahu , Lillyn meneguk air di dalam gelas itu hingga habis. Memang di haus pun sebenarnya.

" Cakapla nak aku sua air sampai depan mulut " kata Faeeq mendatar lalu meletakkan gelas kosong di atas meja yang terdapat ditepi katil itu.

" Tuan yang nak sua , bukan saya minta " bidas Lillyn .

Faeeq menarik nafas sekejap , wajah Lillyn dipandang . Seksa hatinya melihat Lillyn pengsan di hadapan mata . Wajah yang pucat tidak mengurangkan kecantikan wanita itu.

Faeeq bangkit untuk melangkang pergi.

" Tuan tak jawab lagi soalan saya " ucap Lillyn lalu memegang pergelangan tangan lelaki itu . Tidak membenarkan lelaki itu melangkah pergi.

Lillyn MalaiqaWhere stories live. Discover now