02

2.5K 189 4
                                    

" Sir " tegur Lillyn apabila merasakan kedudukan mereka berdua agak rapat tanpa Faeeq sedar ketika cuba mengapai Leo yang berlindung di belakangnya . Mata mereka bertembung .

" Damn , I'm sorry " sebut Faeeq perlahan menyedari dirinya berada dekat dengan wanita itu . Dia terus melangkah setapak ke belakang . Faeeq meraup rambut kasar .

" Leo , pergi duduk sana . Jangan kacau daddy ! or pergi main dengan Uncle Chad dekat luar " arah Faeeq tegas . Disebabkan anaknya dia jadi hilang tumpuan .

" Maafkan anak saya " ucap Faeeq tiga patah perkataan lalu menunduk sedikit . Leo telah keluar dari bilik Faeeq dan mencari Uncle Chad .
Lillyn mengangguk  tanda tidak mengapa .

" Ouh yeah , Leo's mummy ? Sit down "

Lillyn tersenyum kelat mendengar perlian Faeeq . Kalau dia tahu budak lelaki itu anak kepada tuan syarikat dia berkerja nie . Memang takler nak jadi mak angkat budak tuh !

" Kenapa you lambat graduate ? " tanya Faeeq mendatar sambil membelek profile wanita dihadapannya satu persatu . Lillyn menarik nafas terlebih dahulu sebelum menjawab .

" Saya terlibat dengan kemalangan , kesan dari accident tersebut menyebabkan saya amnesia . Saya perlu bermula dari awal , itu sebab saya lambat graduate , Tuan " jelas Lillyn ringkas .

Tangan yang sedang menyelak helaian kertas itu terhenti mendengar penjelasan wanita di hadapannya . Faeeq mengangkat wajah lalu bertentang mata dengan wanita tersebut .

Lillyn bagaikan terpaku apabila mata mereka berdua bertentang antara satu sama lain . Secara tiba - tiba kepalanya berasa sakit , Lillyn cuba menahan sakit yang mendatang itu .

" Are you okay ?  " Tanya Faeeq apabila menyedari perubahan Lillyn yang duduk di hadapannya . Lillyn mengangguk sebelum menatap wajah Faeeq semula .

" Did I know you before , Tuan Faeeq ? "

Zap !

Faeeq tersentak dengan pertanyaan dari wanita itu . Lillyn yang melihat Faeeq tersentak namun pantas menutupi dengan wajah tidak berperasaannya . Faeeq berdeham sebelum menjawab .

" Ini kali pertama kita berjumpa . Cik Lillyn rasa kita pernah kita berjumpa ke sebelum ini ? " Faeeq bertanya dengan nada mendatar . Mata kembali tertumpu pada fail di atas meja .

" Saya mungkin silap orang . I'm sorry "

Faeeq hanya mengangguk .

" Are you sure nak kerja sini as  ketua department perancangan syarikat atau sebagai mummy kepada Leo ? " tanya Faeeq lagi terselit perlian . Lillyn yang mendengarnya terus terbatuk - batuk .

" Err , saya yakin saya nak kerja kat syarikat ini . Bukan sebagai ibu kepada anak Tuan Faeeq . Saya minta maaf sekali lagi . Anak Tuan yang nak panggil saya mummy . Saya pun tak kisah " balas Lillyn .

Lillyn yang menyedari ketelanjuran kata - katanya sebentar tadi terus menepuk mulutnya perlahan . Pasti tuan besar di hadapan dia ini akan salah faham nanti .

" Tak kisah ? "

" Maksud saya , saya tak sampai hati nak tolak permintaan anak tuan yang comel sangat tu . Jadi saya tak kisah dengan panggilan dia terhadap saya " jelas Lillyn lalu menghela nafas lega .

" Okey , then you start kerja hari ini boleh ? "

" Boleh , Tuan Faeeq "

" Good . Kalau ada apa - apa yang tak faham boleh direct tanya Arsyad dekat luar " jelas Faeeq dan kelihatan sisi professional nya dalam menguruskan pekerja di bawah jagaanya .

Lillyn mengangguk faham .

" Chad , tunjukkan bilik dia kat mana " arah Faeeq melalui telekom . Tidak sampai seminit , pintu Faeeq diketuk lalu muncul Chad dan Leo yang berada dalam dukungan Chad .

" Leo tidur , Tuan " Beritahu Chad kepada Faeeq .

Faeeq bangun mengambil alih mendukung kanak - kanak lelaki tersebut . Terpancar sifat penyanyang ketika lelaki korperat itu mencium dahi anaknya lembut .

" Cik Lillyn , mari saya tunjuk bilik cik " Suara Chad memecahkan lamunan Lillyn yang ralit memerhati Tuan Faeeq yang sedang meletak anaknya di atas sofa mewah itu .

" Baiklah "



Lillyn melangkah masuk ke dalam bilik yang sederhana besar itu . Perabot yang serba putih di dalam bilik itu sungguh menepati cita rasanya . Macam tahu - tahu saja warna kegemaran dia .

" Cik Lillyn , tengok - tengok lah dulu bilik ni , saya ada kerja nak kena buat . Hari ni tak ada kerja untuk cik . Ada staff akan beritahu cik skop kerja perancangan syarikat " jelas Chad ringkas lalu menghadiahkan sebuah senyuman .

" Baiklah , terima kasih " Kata Lillyn ramah .

Chad melangkah keluar dari pejabat itu .

Lillyn memerhati sekeliling bilik kerja yang akan didudukinya mulai hari ini . Walaupun , tak besar seperti pejabat Tuan Faeeq tapi bilik ini cukup besar untuk dia  . Syukur !

Nada dering Cinta Sejati dari Bunga Cinta Lestari memecahkan suasana sunyi dalam bilik itu . Lillyn melihat sekilas pemanggil yang menelefon dirinya ketika itu sebelum menjawab .

" Assalammualaikum , anak papa " Sapa Dato' Idris memulakan perbualan . Lillyn yang mendengar suara ceria milik papanya , turut tersenyum manis .

" Waalaikummussalam , papa . Kenapa papa call Iqa ? " balas Lillyn ceria . Dia tahu papa cukup sibuk untuk membuat panggilan kepada anaknya pada waktu bekerja .

" Kena ada alasan ke nak call anak papa seorang ni ? How first day kerja sana ? Semua okay ? " tanya Dato' Idris bertalu - talu . Lillyn tergelak mendengar pertanyaan papanya .

" Semua okey , pa . Lagipun papa yang hantar anak papa ke sini , Iqa nak kerja dekat syarikat papa . Papa yang tak kasi " jawab Lillyn dengan nada merajuk .

" Bukan papa tak kasi , tapikan Along dan Angah ada bantu ayah uruskan syarikat dekat sini . Lagi pula , syarikat yang Iqa kerja tu milik anak kawan papa . Apa salahnya kan ? " pujuk Dato' Idris.

Dah sampai sini pun , okey tak okey . Aku kena cakap okay juga . Kenapalah dia terima cadangan papanya yang menyuruh dia kerja di syarikat kepada anak kawan papa dia .

" Dia layan Iqa okey ke ? " Tanya Dato' Idris lagi.

" Okey , Tapikan pa ... "

" Tapi apa ? "

" Anak kawan papa ni , dah kahwin ke ? Sebab dia ada anak . Namanya Leo Khayr . Lepastu kan pa , warna anak mata dia sama dengan Iqa . Sebiji sama pa ! " beritahu Lillyn bersungguh .

Kedengaran Dato' Idris berdeham .

" Hmm , Faeeq dah kahwin . Tapi isteri dia dah meninggal dunia . Kalau Leo layan Iqa baik , maka layan lah dia baik - baik macam anak Iqa sendiri . Leo dah lama tak rasa kasih sayang seorang ibu " balas Dato' Idris serius .

Kali ini Lillyn tersentak . Isteri Tuan Faeeq meninggal dunia ? Ya allah besarnya dugaan buat Tuan Faeeq . Leo pula membesar tanpa seorang ibu di sisi . Pasti sukar buat mereka berdua .

" Patutlah ... "

" Patutlah apa , Iqa ? "

" Patutlah Tuan Faeeq tu , macam tak mesra sangat dengan Iqa tadi . Iqa ingat anak kawan papa ni jenis peramah , tapi langsung tak . Muka dia pa , macam ais dekat dalam peti se....  "

Lillyn menjeling sekilas pintu dan kembali memusing kerusinya menghadap pemandangan di belakang . Namun , matanya terbeliak apabila mengingati gerangan di muka pintu pejabatnya .

" Tuan Faeeq ! "

Mati lah kau , Lillyn Malaiqa Bt Dato' Idris !





Lillyn MalaiqaWhere stories live. Discover now