05

2.2K 160 3
                                    

"Mulai hari ni , jangan sesiapa berani ganggu Lillyn . Saya tak benarkan . And , yes Wendy . Dia ibu kepada anak saya , Leo . Hormat dia seperti mana awak semua hormat saya "

Kata - kata yang keluar dari bibir Faeeq , mengejutkan semua pekerja yang berada di situ . Bagaikan tidak percaya , kenyataan yang baru disebut oleh boss besar mereka .

" Tuan Faeeq ... " terkelu Lillyn dari berkata - kata selepas mendengar penjelasan berani mati oleh Faeeq itu . Faeeq mengalihkan pandangan kepada Lillyn yang berdiri di hadapannya .

" Masuk bilik saya , sekarang " arah Faeeq dan berlalu dari situ . Rayuan Wendy diendahkan , dia harus memberi pengajaran kepada pekerjanya itu . Ini bukan kali pertama .

Lillyn tetap melangkah dengan kaki yang terhinjut - hinjut . Kasut tumit tingginya menyukarkan untuk dia melangkah . Lillyn berhenti seketika melihat buku lalinya .

" Aish , dah bengkak " gumam Lillyn sendirian .

Dia kembali melangkah menuju ke bilik Faeeq . Pintu bilik lelaki itu diketuk terlebih dahulu . Selepas mendengar arahan masuk , Lillyn masuk dengan hati yang gemuruh .

Lillyn memandang Faeeq pelik yang sedang menunduk mencari sesuatu . Dia turut menunduk melihat apa yang di cari oleh Tuan Faeeq nya itu . Eh , first aid .

" Duduk sana " suara dingin itu memberi arahan .

Lillyn hanya turuti dan melabuhkan duduk di atas sofa  . Terdengar derapan kasut Faeeq yang semakin kuat mendekati Lillyn . Lillyn tidak berani mengangkat wajah .

Tanpa banyak bunyi , Faeeq menanggalkan kot hitamnya lalu diletakkan pada paha Lillyn . Lengan bajunya dilipat sampai ke siku . Dia membuka kotak first aid tersebut .

Lillyn membetulkan kedudukan kot Tuan Faeeq pada pahanya . Dia agak segan dengan Faeeq kerana dia hanya memakai skirt paras lutut dan menampakkan kesan merah pada lututnya .

" Tuan , saya boleh buat sen... "

" Diam "

Lillyn mengemam bibir apabila Faeeq menyuruhnya menutup mulut . Faeeq melihat kesan merah pada lutut Lillyn dengan teliti . Buku lali Lillyn juga dilihatnya .

Kedengaran Faeeq mengeluh seketika , sebelum tangannya menggapai ubat untuk di sapu pada permukaan lututnya yang merah . Penuh berhati - hati lelaki itu menjalankan tugasnya .

Akhirnya , Faeeq selesai membalut buku lalinya .

" Terima kasih , Tuan Faeeq . Saya terhutang budi dengan Tuan Faeeq yang tolong saya sebentar tadi . Nasib ada Tuan Faeeq kalau tak saya dah kena pijak dengan Cik Wendy tu " seloroh Lillyn .

Faeeq duduk selesa di sofa yang bertentangan dengan Lillyn . Dia memejam mata seketika , Lillyn yang melihat Tuan Faeeq berpeluh itu mengeluarkan tisu dari poketnya .

Baru sahaja tangan Lillyn ingin menyapu peluh di dahi Faeeq , tangannya ditangkap oleh lelaki itu . Faeeq perlahan - lahan membuka mata kembali menatap wajah yang berada di hadapannya .

" Kau rasa perkara yang berlaku tadi satu benda yang boleh buat main ke ? Jangan jadi baik sangat lah , Lillyn Malaiqa Binti Dato' Idris " Kata Faeeq dengan dingin dan merenung Lillyn tajam.

Dia melepaskan tangan Lillyn yang ingin menyentuh dahinya tadi . Faeeq bangkit dari duduknya dan menuju ke meja kerja . Namun , apabila kedengaran esakan , dia berhenti melangkah .

" Faeeq Lais " jerit Lillyn dalam esakannya melepaskan geram terhadap majikannya . Kini dia tidak kisah jika lelaki itu mahu memarahinya atau memecatnya sekali pun .

Faeeq tidak menoleh ke belakang , dia hanya berhenti untuk menunggu kata - kata yang ingin dihamburkan oleh wanita itu . Lillyn bangun dari duduknya dan menghampiri Faeeq .

Dia menarik lengan sasa milik Faeeq agar memandangnya . Lillyn dengan berani bertentang mata dengan Faeeq . Dadanya berombak laju akibat menangis .

" Awak ingat saya suka ke orang buat saya macam ni ? Awak ingat saya ni tak ada perasaan ke ? Kenapa awak asyik berkasar dengan saya ?! Kenapa ? Kenapa ?! "

" Apa salah saya pada awak ?! "

Dada bidang Faeeq menjadi tempat dia melepaskan tumbukan kecilnya . Faeeq hanya mendiamkan diri tidak menghalang tindakan Lillyn terhadap dirinya .

" Cakap dengan saya . Kenapa awak bagitau diorang saya ibu kepada Leo ? Awak langsung tak minta izin saya untuk kata macam tu ! Bagitau saya , Faeeq Lais ! " desak Lillyn dalam esakan .

Perasaan sedih yang cuba ditahan sedari tadi , akhirnya tidak dapat dibendung lagi selepas mendengar kata - kata Faeeq yang seakan merendahkan dirinya .

Tangan Faeeq di sisi mengenggam penumbuk apabila melihat Lillyn di hadapannya mengalirkan air mata . Dia menarik Lillyn masuk ke dalam dakapannya .

' Ya allah , sungguh aku rindu dengan isteri ku sendiri . Hapuskan la segala kesakitan dan kesedihan isteri ku ' doa Faeeq di dalam hatinya .

" Awak buat apa ni ? Lepaskan saya " marah Lillyn menolak tubuh Faeeq menjauhi dirinya . Namun bertambah erat , Faeeq memeluk dirinya . Dia tidak selesa dengan kedudukan mereka sekarang .

Pang !

Terteleng kepala Faeeq menerima tamparan daripada Lillyn , sebaik sahaja Faeeq melepaskan pelukannya . Terdapat kesan merah pada pipi Faeeq yang putih itu .

" Awak dah melampau " ucap Lillyn tegas .

Dia berlalu keluar dari bilik Faeeq . Terdapat beberapa pekerja termasuk Arsyad yang mencuri dengan di hadapan pintu bilik Faeeq , melihat Lillyn yang keluar . Pantas mereka berlari ke meja masing - masing .

Lillyn masuk ke dalam biliknya . Dia mengemas mejanya lalu mengambil beg tangan dan keluar dari situ . Pandangan pelik dari pekerja - pekerja di hiraukan .  Yang dia tahu , dia nak balik !

" Cik Lillyn , nak pergi mana ni ? " tanya Arsyad gelisah . Sudahlah encik boss dekat bilik mengamuk sakan , ini Cik Lillyn pula laju nak pergi ke mana entah .

" Saya nak balik . Tepi " jawab Lillyn .

" Sekarang belum waktu balik lagi , Cik Lillyn " balas Arsyad takut - takut melihat Lillyn yang seperti ibu singa itu . Hailah apa lah nasibnya kena hadap bapa dan ibu singa ni .

" Tepi , Arsyad " arah Lillyn dingin .

Arsyad menelan air liur apabila Lillyn merenungnya tajam , akhirnya dia beralih ke tepi jua . Mereka memerhati pemergian Lillyn dengan langkah yang terhinjut - hinjut itu .











Masuk sahaja ke dalam kereta , Lillyn menyembamkan mukanya ke stereng kereta . Kedengaran esakan memecah kesunyian , Lillyn sendiri tidak tahu kenapa dia begitu sedih dan sakit hati dengan Faeeq .

" Arh " Lillyn mengaduh perlahan apabila kepalanya seperti di cucuk benda tajam . Dia memegang kepalanya yang sakit itu , waktu macam ni la nak datang sakitnya .

Lillyn menyelongkar beg tangannya untuk mencari ubat tahan sakit yang sentiasa di bawa ke mana - mana . Kesan dari kemalangan , kepalanya sering sakit .

" Jumpa juga " gumam Lillyn ceria apabila botol ubat yang di cari berada dalam genggamannya . Dia pantas membuka botol tersebut , namun tiada sebiji pun ubat yang ada di dalam .

" Time ni lah , habis ! " bentak Lillyn lalu mencampak botol kosong itu ke tempat duduk sebelah pemandu . Sakit di kepalanya sudah tidak tertahan .

Dia tidak boleh memandu dalam keadaan kepalanya yang sakit seperti ini . Lillyn menggapai telefon bimbit . Nombor kedua - dua abangnya di cari . Belum sempat dia ingin membuat panggilan , tiba - tiba pintu dari bahagian pemandu dibukak dari luar .

" Argh ! "







Jangan lupa vote and comment !

Lillyn MalaiqaWhere stories live. Discover now