17

1.7K 138 12
                                    

" Puan okay tak? " tanya Trisha bimbang apabila melihat wajah pucat Lillyn .

" Saya okay . Muka saya pucat sangat ke Trisha ? " tanya Lillyn kepada Trisha apabila pembantunya menegur . Mereka berdua melangkah menuju ke bilik mesyuarat.

Trisha mengangguk mengiyakan.

" Walaupun puan pakai lipstick colour yang menyerlah , tetap nampak wajah puan pucat . Kalau puan tak sihat , tak perlu la paksa diri join meeting " pujuk Trisha.

" Saya kena attend meeting ni . Banyak yang akan terlepas dan akan menyusahkan awak untuk explain dekat saya nanti kalau saya tak datang meeting " balas Lillyn .

Trisha menggeleng kepala melihat Lillyn yang sudah berjalan di hadapannya. Satu sikap Lillyn yang dipujinya , seorang yang bertanggungjawab dengan kerjanya.

" Trisha , faster! "

" Coming! "

Lillyn menolak pintu besar bilik mesyuarat itu. Nampaknya , sebahagian tempat duduk telah diisi termasuk kerusi utama di hadapan. Tinggal tempat duduk di bahagian depan berdekatan dengan big boss.

Arsyad menunduk sedikit kepada Lillyn apabila wanita itu melabuhkan duduk berdekatan dengan Faeeq. Lillyn hanya memgangguk membalas sapaan tersebut.

Faeeq menumpukan perhatian pada fail di dalam pegangannya , berkerut kening lelaki itu meneliti setiap kertas yang terdapat di dalam fail tersebut. Semua menyepi apabila melihat riak wajah Faeeq yang dingin.

Lillyn langsung tidak memandang Faeeq yang berdekatan dengannya. Fail yang dibawa bersamanya dibelek sebelum mesyuarat tersebut bermula.

" Siapa pegang report kewangan bulan lepas ? " tanya Faeeq dingin . Apabila fail yang dimahunya tiada di jabatan pengurusan kewangan. Satu-satu pekerja dipandangnya.

Lillyn memandang fail yang tertindih di hadapannya . Fail kewangan bulan lepas ditarik perlahan , dia menggigit bibir . Masa nilah lelaki ini mahu fail tersebut.

" Hello ? Answer me! " tegas suara serak itu.

Pekerja - pekerja sudah berbisik sesama sendiri dan membelek fail sendiri sekiranya terambil fail yang diminta oleh big boss .Mereka menggeleng kepala , tiada.

Lillyn dan Trisha berpandangan antara satu sama lain . Lillyn memejam mata sekejap sebelum perlahan-lahan meletakkan fail kewangan tersebut di hadapan Faeeq.

Faeeq yang baru sahaja ingin menyembur , menghentikan niatnya apabila wajah pucat isterinya menyapa mata. Riak wajah kembali kendur apabila fail yang diminta berada di hadapan mata.

" Sorry, saya ambil fail itu untuk buat perancangan dan analisis dari segi peruntukkan bajet bagi projek ni " jelas Lillyn agak takut melihat sisi dingin Faeeq.

Mereka yang lain mengangguk faham dengan situasi Lillyn yang merangkap ketua perancangan itu. Faeeq mengangguk mengerti , fail tersebut dibuka.

" Kita mulakan meeting " ucap Arsyad apabila mendapat isyarat dari Faeeq untuk memulakan mesyuarat tengahari itu. Lillyn menarik nafas lega , mujur tak dimarahi.

Faeeq mencuri lihat wajah yang kelihatan lega itu , dia menyimpan senyum apabila Lillyn kelihatan takut-takut untuk menyerahkan fail kewangan kepadanya sebentar tadi.

' Mana la saya sanggup nak marah dengan wajah comel awak tu , Lillyn . You look pale today and you hide your pain again, sayang ' desis Faeeq di dalam hati.

Mesyuarat bermula.

" Tuan , pembekal bahan projek dah naikkan harga bahan 5% dari harga biasa. Peruntukkan kewangan perlu ditingkatkan daripada perancangan asal " usul Encik Naim merangkap salah satu pekerja yang menguruskan projek ini.

Lillyn MalaiqaWhere stories live. Discover now