Tuan Faeeq is calling ...
Air mata yang masih bersisa di pipi diseka perlahan , lama dia merenung nama pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbitnya . Dia bimbang dia tidak mampu mengawal emosinya nanti .
Deringan terhenti .
Lillyn melepaskan keluhan berat mengingati kenyataan besar yang baru diketahuinya petang tadi . Dia merebahkan tubuh , terlalu penat untuk menerima semuanya dalam satu hari .
Ketukan di pintu biliknya dibiarkan tidak bersahut .
" Iqa tak nak turun dinner ke ? " kedengaran suara Datin Qasrina bertanya berselang seli dengan ketukan di muka pintu . Lillyn mengangkat sedikit kepalanya .
" Tak , ibu " lemah suaranya membalas . Ikutkan sakit hatinya ditipu oleh ahli keluarganya sendiri ingin sahaja dia membisukan diri dengan semua orang .
" Are you sure , Incess ? " tanya Iqbar meminta kepastian sambil tangannya memulas tombol pintu yang berkunci beberapa kali . Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan adiknya.
" Leave me alone " sedikit kuat suara Lillyn membalas ingin memberitahu bahawa dirinya tidak mahu diganggu dengan sesiapa pun . Dia menarik lututnya rapat ke dada.
Tiada sahutan dari Iqbar mahupun Datin Qasrina di luar bilik Lillyn .
Dia ralit memerhati air hujan yang membasahi tingkap biliknya .
" Sayang , tahu tak beza sayang dengan hujan ? " tanya Faeeq mesra sambil menopang dagu dari meja kerjanya memerhati Lillyn yang tersenyum melihat hujan.
" Beza lah , sayang manusia . Hujan , air " jawab Lillyn dalam nada bergurau .
" Ish sepatutnya sayang kena jawab tak tahu , baru lah abang boleh buat pick up line " kata Faeeq lalu ditutup fail yang tengah disemaknya dengan berpura-pura geram .
" Fineee ~ , tak tahu . Apa bezanya ? "
" Bezanya , hujan mencurah jatuh ke bumi tapi sayang jatuh ke hati abang " balas Faeeq lalu mengenyitkan mata kepada Lillyn yang mendengar balasannya .
Lillyn menghamburkan tawa .
" Mana abang belajar buat pick up line ni ha ? " tanya Lillyn dalam tawanya . Tidak percaya lelaki serius seperti suaminya tahu untuk membuat pick up line sebegitu .
" Abang google la " jawab Faeeq tidak bersalah sambil menayang sengihnya .
Lillyn menekup mukanya ke lutut apabila sedikit demi sedikit ingatannya kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya . Perasaannya terusik setiap kali mengingati memori manis bersama Faeeq.
" Terus terang la dengan saya , Faeeq . Saya pasti bukan ini sahaja rahsia yang patut saya tahu . Tapi , ada sesuatu yang awak sorokkan dari saya " bisik Lillyn di dalam hatinya.
Lamunan Lillyn terganggu dengan deringan telefon bimbit di tepinya .
Tuan Faeeq is calling...
Sekali lagi Lillyn hanya merenung sepi telefon yang berdering minta diangkat . Kakinya melangkah ke arah jendela melihat suasana malam di luar tingkapnya yang hujan .
YOU ARE READING
Lillyn Malaiqa
RandomKesetiaan insan yang bergelar suami menunggu isterinya selama 5 tahun lamanya . Menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi selama 5 tahun itu . Membesarkan anak tanpa suri di sisi bukanlah perkara mudah untuk sang suami . Namun , dia melakukan segala...