23

2K 154 13
                                    

3 : 05 pagi

" Bro " Iqbar menegur Faeeq yang sedang melipat sejadah dari muka pintu bilik sembahyang sebelum melangkah masuk .

Faeeq menoleh ke arah Iqbar.

" Kau terjaga ke ? Sorry . Aku dah minta izin ibu tadi nak tumpang tahajud dekat sini lepas aku terjaga " kata Faeeq bimbang kehadirannya menganggu isi rumah ini .

" Solat jelah , tak perlu minta maaf . Bukan rumah orang lain . Rumah mertua kau juga . Muka kau macam kusut je . Ada problem ke? " soal Iqbar prihatin lalu melabuhkan duduk di sebelah Faeeq.

Faeeq menarik senyum nipis .

" Aku— . Aku tak tahu nak cakap macam mana Iqbar . Aku rasa diri aku pengecut untuk hadap realiti di hadapan mata . Aku takut kehilangan Lillyn " luah Faeeq lemah .

" Faeeq , kau yang aku kenal bukan jenis cepat mengalah . Aku tahu aku tak lalui apa yang kau dengan Lillyn lalui . Tetapi, sebagai seorang kawan kepada kau "

" Aku nasihatkan kau kumpulkan kekuatan dan jujur dengan isteri kau . Penerimaan Lillyn selepas itu "

Iqbar berhenti seketika , menghela nafas panjang .

" Terpulang kepada dia untuk buat keputusan "

Faeeq menggengam erat genggaman tangannya mendengar kata-kata akhir Iqbar . Itu yang paling ditakutinya selama ini , dia bimbang kehilangan Lillyn .

" Faeeq , dalam hal ini bukan Lillyn je yang sengsara . Kau pun tengah seksa hati kau sendiri . Kau tak boleh biarkan semua ini berlarutan lagi " sambung Iqbar apabila Faeeq berdiam diri .

" Aku akan bagitau dia , tapi aku kena kuatkan diri aku dulu . Bagi aku sikit lagi masa , Iqbar " balas Faeeq lalu menunduk sedikit melindungi riak wajah sungulnya .

" Ambilah banyak mana masa kau nak . Aku tak akan paksa kau . Aku doakan yang terbaik untuk korang berdua " kata Iqbar lembut lalu menepuk perlahan bahu Faeeq .

" Aku nak tengok Lillyn dulu sebelum aku balik sikit lagi boleh ? " pinta Faeeq .

" Haish , kau suami dia , bro . Pergilah " jawab Iqbar dengan nada berseloroh .

Dia bangkit lalu keluar dan kembali ke biliknya , meninggalkan Faeeq sendirian .

Faeeq membuka pintu bilik Lillyn dengan berhati-hati . Wajah lena isterinya menyapa pandangannya . Perlahan-lahan dia melabuhkan duduk di birai katil .

Suasana hanya sunyi sepi , Faeeq merenung wajah putih Lillyn tanpa berkata apa sehingga tidak sedar pandangannya kian dikaburi dengan air mata .

Faeeq mendongak mengelakkan air matanya jatuh . Tangan Lillyn digenggam .

" Abang tahu abang tak layak buat permintaan dekat sayang . Tapi , cuma satu abang minta . Tolong jangan tinggalkan abang . Abang takut .. "

" Abang takut kehilangan sayang "

Faeeq mengucup tangan Lillyn lembut .

" Abang mahu tangan ini yang abang pimpin sampai bila-bila . Bila sayang tahu kebenaran pukullah, tamparlah abang dengan tangan ini . Tapi jangan pergi tinggalkan abang "

Luahan Faeeq meruntun hati sesiapa sahaja yang mendengar suara serak itu memohon belas dan harapan daripada seorang isteri . Faeeq membetulkan comforter agar membalut tubuh Lillyn .

" Tidur lena , sayang " ungkap Faeeq sebelum meninggalkan bilik wanita itu .

Sebaik sahaja , pintu ditutup . Perlahan-lahan mata berkaca milik Lillyn terbuka . Tidak sempat ditahan air matanya tidak segan untuk tumpah di pipi .

Lillyn MalaiqaWhere stories live. Discover now