"We're home!"
"Tak payah teriak lah. Pekak juga aku kang." Ditarik telinga jejaka yang berteriak tadi cukup membuat si dia mengadu.
"Sakitlah..." Tuan empunya telinga bersuara tidak puas hati. Bibirnya memuncung manja namun perbutnnya sekadar menimbulkan rasa geram pda gadis tadi.
Tanpa menghiraukan wajah masam itu, si gadis membuka kasutnya lalu disusun sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Baru beberapa tapak ke depan, si jejaka tiba-tiba berlari laju melintasi dia menuju ke arah sofa dimana sekujur tubuh sedang duduk dan menghadap laptop.
"Mama!" Tubuh tua itu dipeluk teruja. Terkejut wanita itu. Dari belakang dapat dilihat bahu wanita itu ternaik sedikit. Sah, terkejut sebab suara teruja milik jejaka tadi. Apakan tidak, suaranya kedengaran seperti sudah cukup untuk membuat pencemaran bunyi.
Bingit!
"Apa teriak-teriak ni? Tekejut mama tau." Berkerut dahi wanita itu berpusing menghadap anak lelakinya.
"Look! Hebat tak?" Senyuman lebar si jejaka berikan sambil menghulur sehelai kertas putih pada sang ibu. Tak diendahkan bebelan kecil tadi.
Kertas tersebut dicapai lalu diteliti. Beberapa saat, kedua hujung bibir wanita itu perlahan-lahan ternaik membentuk senyum lebar.
"Tingginya markah!"
"Of course. Anak mama kan?" Riak, puncak hidungnya diusap menahan diri dari kembang. Ugh, menyampah gue!
"Good boy, that's my sweetheart." Rambut anaknya diusap penuh kasih sayang. Bibirnya tersenyum manis. Gembira bila jejaka kesayangannya mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan. Mata kemudian beralih pada gadis yang hanya diam bermain telefon di sofa sana.
"Kamu Sky? Markah mana? Takkan tak dapat lagi?" Wanita yang wajahnya mula menampakkan kedutan halus itu menyoal lembut gadis bernama Sky.
Soalan itu membuatkan jari Sky terhenti seketika. Bebola mata bergerak memandang wanita dan anak lelakinya dengan ekor mata sahaja. Tidak berniat langsung mahu mengalihkan pandangan. Tidak menjawab, gadis kembali bermain telefon, membiarkan soalan wanita itu tidak berjawab.
"Sky, mama tanya--"
"Shut up. You're not my mother." Kasar nadanya menjawab sehingga menyentakkan wanita tadi.
Gadis bernama Sky itu bangun dari duduk. Malas hendak mendengar bebelan wanita itu nanti. Lepas apa dia pernah kena dulu, masih mengharap dia untuk hormat wanita tu? Heh, lama lagi.
"Sky, tunggu!" Sky langsung tidak mengendahkan. Anak tangga didaki menuju terus ke biliknya di tingkat atas. Masuk saja ke dalam, pintu dihempas kuat lalu tubuh dihumban ke atas katil.
Keluhan penat terlepas dari seculas bibirnya. Penat dengan sekolah, penat dengan hidup, penat dengan keluarga dan penat dengan persekitaran. Semuanya memenatkan.
Penat fizikal, penat mental, penat batin huh...
Gambar yang dibingkaikan dan diletakkan di sisi katil dicapai. Gambar sebuah keluarga kecil namun kelihatan cukup gembira dengan keberadaan seorang ayah, ibu dan anak perempuan.
Wajah wanita dalam gambar itu diusap Sky. Bibir kembali melepaskan keluhan. "Mummy, adik rindu mummy." Gambar itu dirapatkan ke dada lalu dipeluk. Erat.
Kalaulah masa dapat diputar--
"Habis kau taknak lawat kubur mummy?" Mata yang baru tertutup kembali terbuka luas. Terkejut bila tiada langsung bunyi yang dia dengar tapi siapa tau jejaka tadi sudah ada di depan pintu biliknya bersandar sambil berpeluk tubuh.
YOU ARE READING
Elpízo: HOPE [C]
Fantasy(in editing) [❀ 1st book] --- "Weh kita kat mana ni?" "Sejak bila kucing ada tanduk?" "Aku rasa tu kucing dajjal." --- Tiga orang gadis, datang dari latar belakang keluarga berbeza. Tidak, mereka bukan sahabat baik, hanya rakan sekelas biasa yang...