23.

46 20 33
                                    

"Kau kalah." Dia tersenyum sinis. Mata pedang kini dirarah tepat ke arah musuhnya berserta wajah yang penuh dengan kemegahan dan riak.

"Tak guna." Mendesis musuhnya menggenggam pasir biru yang menjadi alas tempat terduduknya dia. Mata mereka bertentangan tajam, saling berbalas pandangan yang membawa seribu satu kebencian.

"Tak perlu lawan, sebab kau memang kalah." Mata pedang semakin didekatkan pada wajah musuhnya tepat di bahagian dahi.

Si dia tersenyum sinis. "Yakinnya."

"Huh— ERGHH!"

Dari berada di atas kini dia pula terduduk. Kedudukan mereka tadi berubah. Kini mata pedang pula berada di hadapan wajahnya. Giginya pula diketap.

Tidak sedar dalam dia memprovok tadi, musuh sudah membuka langkah. Ditendang buku lalinya sehingga dia terjatuh dan dengan pantas dirampas pedang miliknya.

"Aku atau kau yang kalah... Elisa." Keningnya ternaik bangga begitu juga dagu diangkat tinggi. Hanya dari hujung mata dipandang sinis gadis itu.

Ok dah tamat. Elisa mati. Tepuk tangan!

Haha.

Elisa diam. Baru sekejap tadi dia berada sedikit atas daripada budak ini tapi dengan cepat mereka bertukar tempat pula. Dan kenapa dari tiga musuh, dia ni juga Elisa hadap dulu? Mungkin betul cakap Angus, mereka ni bukan sembarangan.

Sudahlah kali ini susah sikit. Mereka tak boleh guna pegasus untuk perlawanan pertama ini. Jadi semua bergantung pada diri sendiri.

Mahu tidak mahu, Elisa terpaksa berlawan sendiri. Teknik-teknik yang dipelajari sebelum ini diingati. Dia rasa dia pernah ada dalam situasi ni. Think Elisa, think!

"Bagilah. Macam mana nak latihan kalau kau tak bagi? "

"Bagi? Buat apa bagi, kalau boleh rampas?" Elvy tersenyum sinis. Kedua pedangnya dan Elisa digenggam erat di kedua belah tangan.  "Rampaslah."

"Elvy..."

"Taknak sudah. Kau kan lemah." Sengaja Elvy memberi ayat mencari pasal.

Elisa tersenyum sinis. BINGO!

Berkerut kening si dia tatkala melihat senyuman sinis Elisa. Secara tiba-tiba Elisa menendang abdomennya dan dia tidak sempat mengelak. Dia terbatuk. Saat kepala diangkat, terkejut dia Elisa berlari ke arahnya lalu melompat tinggi dan berpusing 360°. Sisi kepalanya menjadi sasaran. Belum sempat bersedia buat serangan seterusnya, abdomennya disiku lagi dan sesaat belakangnya turut mendapat serangan sama.

Akibatnya dia terhempas di tanah. Tubuhnya dihempap dari belakang dan secara paksa tangannya ditarik lalu bendera yang terikat pada pergelangan tangannya dirampas. Tanpa melepaskan tubuh musuhnya, Elisa mengikat bendera yang baru dia dapat di pergelangan tangan lalu mencapai laju pedangnya di tanah.

Dia tersenyum mengejek. "Farewell, Kif. "

'Aku dah cakap Angus aku-- '

Tepat sebelum dia sempat meninggalkan Kif, kakinya ditarik tiba-tiba menyebabkan dia turut terhempas tapi cepat dia bangun. Kif yang kini setinggi dia dipandang geram.

Eipp kejap. Setinggi Elisa? Ya betul. Setinggi manusia. Kenapa? Bagi tujuan keadilan katanya. Elisa pun tak tahu macam mana mereka boleh bertumbuh tinggi dapat sekelip mata tapi rasanya tak hairan. Iyalah, nama pun Fantasia.

"Tak guna!" Elisa berlari ke arah Kif. Tidak sedar sudah ditendang kepalanya tadi pun masih utuh.

Sekali lagi Elisa cuba menendang Kif tapi kakinya ditahan. Dengan pantas Elisa bertindak menyiku biceps Kif sehingga pegangan pada kakinya terlepas. Laju kedua kakinya dinaikkan ke bahu Kif. Tubuhnya ditarik laju ke belakang menyebabkan Kif turut tertarik kearahnya.

Elpízo: HOPE [C]Where stories live. Discover now