17.

62 20 9
                                    

"Sedia..." Wisel dalam pegangan Sky angkat mendekati bibir lalu ditiup kuat.

PRITT!

Bunyi nyaring wisel yang ditiup berjaya menyentakkan Elisa dan Elvy. Keduanya laju berlari ke arah satu sama lain, membuang jarak antara mereka sambil menggenggam erat pemegang pedang kayu masing-masing. Kedua-duanya tampak bersedia untuk melancarkan serangan, masing-masing tekad enggan kalah.

Elisa laju menghunus mata pedangnya ke arah Elvy tapi cekap ditahan gadis itu. Elvy menaikkan pedangnya separas wajah sendiri, menahan pedang Elisa dari menyentuh kulitnya. Tidak langsung memberi peluang Elvy menyerang balas, Elisa melibas lagi pedangnya ke bahagian kiri Elvy dan seperti tadi Elvy tetap bertahan tidak memberi serangan balas.

Elisa mula naik sedikit berang. Terasa seperti dirinya sedang diejek saat itu. Kenapa Elvy masih tidak menyerang semula? Dia sengaja nak memprovok Elisa?

Elisa mengambil langkah beberapa tapak ke belakang. Memincing matanya melihat wajah polos Elvy. "Amende kau buat tu, ngek?"

"Apa?"

"Lawanlah betul-betul."

"Lawan lah ni."

"Tak payah lah provok. Aduhmak..." Sekali lagi Elisa bertindak menyerang Elvy tapi seperti tadi, gadis itu sempat saja mengelak.

"Laju lagi, Elisa. Show me what you have!" Teriak Elvy berniat memberi semangat kepada Elisa tapi disalah anggap pula. Elisa fikir Elvy ejek dia sebab lembab main pedang. Tak macam Elvy, cekap.

Masakan tidak, memang benar Elisa berbakat bila berkaitan dengan panah tapi sayangnya dia tidak cukup tangkas bila melibatkan pedang. Entah kenapa, pergerakannya sedikit perlahan bila melibatkan perlawanan atas tanah. Padahal menggunakan panah itu lebih sukar jika dibandingkan dengan pedang.

"Aku cuba lah ni!" Sekali lagi pedang Elisa hunus ke arah Elvy.

Kerana bosan menunggu, kali ini Elvy tidak saja menahan dan mengelak serangan Elisa malah terus bertindak melancarkan serang balas. Disaat Elisa sekali lagi melibas pedangnya ke arah Elvy, Elvy menunduk lalu sikunya dihentak ke abdomen Elisa cukup kuat untuk membuat gadis itu mengadu dan tertunduk. Selepas itu Elvy menendang sisi kaki Elisa menyebabkan tubuh Elisa hilang keseimbangan dan jatuh terhempas.

Elvy lantas bangun. Pedang Elisa dirampas dan dipusing-pusingkan menggunakan tangan kiri sambil memandang saja tubuh Elisa yang masih terbaring mengadu sakit itu.

"Aduh... Mana boleh macam tu! Kita lawan pedang bukan gusti lah!" Kata Elisa tidak berpuas hati.

Sebelah kening Elvy ternaik rendah. "Kita tengah latihan, Elisa. Kau kena belajar sediakan diri untuk hadap musuh juga. Walaupun kau main atas angin, tak bermakna kau selamanya lawan atas angin je."

Kedua hujung mata pedang ditunding tepat di hadapan wajah Elisa yang tidak puas hati. Elisa baru mahu mengambil pedangnya semula tapi tiba-tiba pula Elvy mengangkatnya tinggi.

"Eipp... Tak boleh."

"Dahtu macam mana nak latihan kalau kau tak bagi?"

"Bagi? Buat apa bagi, kalau boleh rampas?" Elvy tersenyum sinis, sekali lagi memprovok. Kedua pedangnya dan Elisa digenggam erat. "Rampaslah."

"Elvy..."

"Come on, Elisa."

"Elvy..."

"Taknak sudah. Kau kan lemah."

Elisa yang mula rasa tercabar dengan ekspresi wajah Elvy, cepat-cepat bangun dan membuka kekuda bersedia menyerang Elvy. Matanya menikam tepat pedangnya yang berada di tangan Elvy. Targetnya ditetapkan. Dia berlari ke arah Elvy dan cuba melepaskan tendangan pada lengan kiri Elvy dimana pedang Elisa digenggam tapi Elvy mengelak laju.

Elpízo: HOPE [C]Where stories live. Discover now