3.

101 35 21
                                        

Sky, Elvy dan Elisa diam. Elisa di belakang menggosok belakang Elvy, cuba menenangkan gadis itu walau hakikatnya dia bukan nangis pun. Cuma takut saja. Sekian lama Elisa masih setia menggosok, sehingga menimbulkan rasa geram Elvy. Sudah ditepis berkali-kali pun datang juga tangan dia.

"Kau kenapa tak guna? Kau gosok ke kau nak bakar kulit aku?" Geram, Elvy cuba menjauhkan dirinya dari tangan Elisa. Panas tau tak dia gosok? Macam seterika.

"Kau ni orang nak tenangkan, tak reti berterima kasih pula. Anak haram." Elisa sekali lagi menghulur tangannya ingin menggosok belakang Elvy.

"Jangan sentuh aku tak guna!"

"Aku nak tenangkan kau lah!"

"Aku ok lah. Jangan sentuh!"

"Sini!"

"Lahanat, jauh kau dari aku. Aku bunuh kau kang!"

"SEBELUM AKU YANG BUNUH KORANG DUA BAIK KORANG DIAM!" Terhinjut bahu kedua gadis itu. Terkejut bila dijerkah suara lantang dan garau milik entah siapa namanya yang menjadi pemandu.

Sky yang duduk di sisi salah seorang lelaki lebih sengsara. Sedaya upaya dia menepis tangan lelaki yang cuba menyentuhnya. Bersyukur sikit dia masih baik tak patahkan tangan lelaki tu.

"Kau jangan sentuh aku lah jamban."

"Come on, don't be so selfish. Aku tau kau pun nak kan?" Tersengih lelaki itu. Dengan gigi yang berpagar, fikir orang nak? Dia fikir dia Jimin ke buat rambut style Oli London macam tu?

"Defak? Kau fikir kau Reden ke?" Sky merengus. Dih, jijik betul dia duduk di sini. Dijeling dua gadis tadi melalui ekor mata, lalu memandang ke arah pintu van yang berada di sisinya saja.

"Aku cakap jangan sentuh aku kan, tak guna?" Sky menyiku bahagian rusuk lelaki kurus kering itu. Bayangkan sikunya yang tajam mengena tepat ke arah rusuk. Boleh terkencing mat.

Sky hempaskan kepala lelaki yang sedang mengerang kesakitan itu pada cermin van sekuat hati sebanyak tiga kali.

"WOI KAU BUAT APA?!" Van diberhentikan. Dua lelaki itu memandang ke tengah van dan terkejut bilamana tiba-tiba tubuh rakan mereka yang wajahnya sudah berlumuran darah tiba-tiba tercampak ke depan.

"Go go go go!" Laju 3 gadis tadi keluar dari pintu van yang dibuka Elisa semasa Sky sibuk mengerjakan lelaki kurus kerempeng di sisinya. Mereka lari ke arah hutan di sisi jalan, terus mara ke depan walaupun mereka tidak tahu dimana hutan ini akan bawa mereka.

"Jangan lari!" Kedengaran suara seorang lelaki. Sempat Elisa mencebik.

"Habis dia expect kita berhenti ke? Bengap."

"Bila aku cakap pisah, kau pergi kiri kau pergi kanan. Faham?" Sky memberi arahan dan mendapat sepakat mereka. Mereka terus berlari masuk ke dalam hutan sambil menunggu arahan dari Sky.

"Now!" Suaranya dikuatkan tapi mereka masih berlari ke arah sama dengannya membuatkan dia geram. "Korang masih kat sini kenapa?!"

"Kau kata kalau kau cakap pisah baru pisah." Dalam masa-masa genting ini juga Elisa menjawab polos. Tapi tidak dapat disangkal, sememangnya Elvy pun fikir macam tu.

"Aish masa ni juga bengap kau muncul. Pisah!"

Barulah mereka beralih ke arah bertentangan. Elvy ke kiri, Elisa ke kanan manakala Sky terus ke depan. Sengaja membiarkan lelaki itu keliru mana satu dia akan kejar dulu walaupun agak jelas Sky yang akan dipilih memandangkan dia berada depan mata saja.

Penat, tapi dia tidak boleh berhenti. Kalau tidak sia-sia mereka cuba lepaskan diri tadi kalau sama juga kena tangkap.

"Kau berhenti jelah. Huh huh..." Terdengar nafas lelaki itu juga mula semput.

Elpízo: HOPE [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang