Tempoh dua minggu yang diberi untuk mereka berlatih, akhirnya tamat. Dalam dua minggu itu, Irvin sudah hampir dapat mengembalikan keseimbangannya semula. Sayapnya sudah tidak kekok untuk terbang dengan jarak lebih tinggi dari sebelumnya.
Penglihatan Skylyne juga sudah semakin tajam. Walaupun masih tidak dapat memanah sehebat Sky dan Elisa, Elvy dapat juga belajar sedikit cara-cara menggunakan panah. Kepakarannya lebih kepada pedang dan perlawanan atas tanah. Sky pula sudah mampu beradaptasi dengan kedua jenis perlawanan udara dan di atas tanah jadi agak mudah untuk dia lepaskan diri walaupun skilnya agak kurang berbanding Elisa bila melibatkan perlawanan atas udara dan memanah. Begitu juga sedikit kurang dari Elvy dalam permainan pedang meskipun dia lebih awal dapat menangkap setiap yang diajarkan Georgia.
Ya saya tau tak ada manusia dapat belajar selaju 2 minggu saja. Ini pun namanya fantasi, biarkan saya hidup dalam fantasi ini sendiri ya. Sekian.
Awal pagi lagi mereka masing-masing sudah berkumpul di hadapan kediaman Grey. Pedang terselit dalam sarungnya di tepi pinggang manakala panah berada pada pegasus masing-masing. Wajah masing-masing tak henti-henti memaparkan ekspresi yang jelas ketakutan dan ragu-ragu. Yalah, berlatih baru berapa lama sudah perlu dihadapkan ke perlawanan. Gila tak takut?
Ketiga gadis itu tidak berani langsung memandang Georgia di tepi Grey. Buat pertama kali wajah gadis gergasi itu tidak dihiasi sebarang senyuman melainkan wajah dingin membuatkan dia tampak menakutkan lebih-lebih lagi bila tingginya jelas lebih besar dibandingkan kawanan kerdil lain. Wajahnya dingin dan tak berekspresi, juga langsung tidak memandang ketiga gadis itu dengan pandangan lembut dan ceria seperti hari-hari lalu.
Kena sampuk jembalang ke apa?
Penerangan diberikan oleh Grey dengan tenang. Syarat ditukar. Kali ini mereka diberi dua tugasan. Tugasan pertama, mereka perlu menjaga 5 bendera putih di kawasan mereka dan mencuri kelima-lima bendera merah di kawasan pihak musuh yang berada bertentangan kira-kira dalam lingkungan 200 ke 300 meter jaraknya dari kubu mereka.
Tugasan kedua, perlawanan sebenar. Kemenangan tugasan pertama tidak berkait apa-apa dengan tugasan kedua atau perlawanan kalah-mati nanti. Ia hanyalah latihan untuk melihat sama ada mereka mampu menjaga kubu jika diserang musuh atau tidak.
Saat diterangkan tugasan pertama, mereka mula menelan liur. Tiada pula diajar untuk menjaga kubu.
"Matilanak..." Monolog Elisa sendiri sambil menutup mata dan menggigit isi bibir bawah.
Menggunakan hujung mata, dipandang Elvy dan Sky yang berada di disisinya. Mereka juga tampak terkejut tapi berusaha menyembunyikan wajah itu.
"Kalau dah sedia, sila pergi ke tempat perlawanan dijalankan sekarang." Arahan terakhir Grey sebelum naik ke atas kereta biawak bersama orang suruhan lainnya.
Georgia mengeluh selepas kelibat ayahnya hilang. Tiga remaja yang masih berada di sana, yang baru menaiki pegasus masing-masing untuk ke tempat berlangsungnya perlawanan nanti dipandang risau. Satu benda yang menganggu fikiran Georgia...
Dia lupa, sumpah lupa. Argh!
"Tolong selamat." Katanya sendiri walaupun tidak didengari mereka. Dia hanya mampu mengharapkan mereka untuk sedar sendiri. Jika tidak... Ah, naya!
Agata yang entah sejak bila berada di sebelah Georgia sambil memegang tali pegasus milik Gerogia memandang Georgia dengan senyuman mengusik. Mula bermain dalam fikirannya ayat-ayat untuk menyakitkan hati Georgia.
"Georgia, kau nampak risau dengan manusia tu. Asal? Kau dah suka dengan diorang ke?" Usik Agata dan mendapat jelingan manja Georgia.
"Kau tak payah merepek. Aku dengan diorang... Hubungan kitorang tak lebih daripada pengajar dan yang diajar." Jawab Georgia bersahaja. Timothy, pegasus milik Georgia ditunggangi lalu dia turut membuntuti tiga remaja yang sudah terbang mengikuti ayahnya tadi.
YOU ARE READING
Elpízo: HOPE [C]
Fantasy(in editing) [❀ 1st book] --- "Weh kita kat mana ni?" "Sejak bila kucing ada tanduk?" "Aku rasa tu kucing dajjal." --- Tiga orang gadis, datang dari latar belakang keluarga berbeza. Tidak, mereka bukan sahabat baik, hanya rakan sekelas biasa yang...