5.

93 31 27
                                    

"Aku rasa kita kena jalan depan." Akhirnya, selepas beberapa minit mendengar dan menerima air liur Elvy dan Elisa yang sejak tadi bergaduh mulut, lagi-lagi bila berada di antara mereka— Sky mula membuka mulut.

Fikir dia rajin ke nak tambah kepekakan dia yang semakin menjadi-jadi lepas dekat dengan dua bahabi ni? Memang tidak lah!

"Asal pula?" Elisa bercekak pinggang. Kelihatan aura-aura dia akan membuka gelanggang debat dengan Sky pula lepas ni.

"Nak cakap bodoh dah banyak dapat. Kau tak baca ke papan tanda tu? Kau buat apa pergi istana Snow White kebanggaan kau yang reti cakap dengan babi tu?"

"Takde guna weh cakap. Dia nak juga pergi cakap dengan babi dia. Kau rasa dia terfikir lagi ke nak keluar dari tempat ni?" Lega sedikit Elvy bila ada juga orang berfikir sama sepertinya. Masakan tidak? Ikut betul dia pun mahu juga jumpa Pocahontas, tapi disebabkan sedar mereka bukan dalam percutian jadi bukan sesuka hati mahu berjalan-jalan di sini sekarang.

Dan disitu munculnya Elisa, masih gigih mempertahankan Snow White nya. Dia tak tahu ke Snow White tu mangsa pedofilia? Umur baru 14 dah kawin dengan putera umur 32. Sungguh fakta ini merosakkan zaman kanak-kanak semua orang.

"Halah, cuba korang bayangkan... Snow White reti cakap dengan haiwan. Kan kita boleh minta tolong haiwan dia carikan jalan keluar dari sini? Kan? Logik apa." Elisa masih enggan berputus asa. Ikutkan betul, apa dia cakap tu ada benarnya, tapi tulah... Mereka bukan dalam percutian. Ingat.

"Kau yakin ke haiwan dia boleh tolong? Macam mana kalau dia bawa kita pergi istana Evil Queen pula? Tak ke naya jadi korban bakaran tanpa kesanggupan?" Sekali lagi Elvy mencantas idea Elisa. Mati sia-sia? Memang tidak lah.

"Tak puas lagi ke gaduh? Kita pergi pekan tu, titik."

"Sky!"

"Setuju." Lengan Sky dirangkul Elvy meninggalkan Elisa yang masih berwajah sugul di belakang.

Elisa memandang langkah kedua gadis yang semakin menjauh itu. "Tapi sekurang-kurangnya risiko hilang nyawa dalam perjalanan tak tinggi." Monolognya sendiri. Tiada guna dia memberitahu mereka, sejak tadi kata-katanya asyik disangkal. "Hadap jelah apa yang jadi nanti."

Pasrah, Elisa turut mengejar langkah Elvy dan Sky di depan sana dan berjalan di sebelah Elvy.

Baru saja mahu menarik nafas, langkah Elisa kembali terhenti. Belum sempat dia berpaling, pergelangan tangannya terus ditarik Sky berjalan di sisinya.

"Jangan. Pandang. Belakang." Keras Sky bersuara menyebabkan Elisa sedikit sebanyak risau.

"Kau dengar?"

"Jangan tegur. Elvy, laju."

Fikirkan hanya dia yang perasan, tapi tak sangka pula Sky pun perasan. Tanpa memandang sedikitpun kebelakang, kaki dibawa melangkah laju. Terasa semakin lama 'sesuatu' di belakang mereka semakin menghampiri. Angin sejuk turut sesekali menyapa belakang mereka menyebabkan genggaman tangan Sky pada pergelangan tangan Elvy semakin kuat.

"Apa benda--"

"Elvy."

"Ok aku tak tengok." Dalam Elisa risau dengan benda di belakang mereka, Elvy pula lebih risau dengan tangannya yang semakin sakit digenggam kuat oleh Sky.

'Dia nak patahkan tangan aku ke siot?!'

Terherot-herot bibir Elvy menahan sakit dek genggaman maha kuat seketul Skylyne. Tak kusyuk nak lari kau tau?

"AHH!" Dan disebabkan dia lebih fokus pada pergelangan tangan, buat kesekian kalinya Elvy jatuh lagi sekaligus menarik Sky dan Elisa bersama. Pergelangan tangannya yang pedih disentuh.

Elpízo: HOPE [C]Where stories live. Discover now