"Huargh! Bunuh dia, bunuh!"
"Bodohlah, Elisa! Sakitlah!" Sedaya upaya Elvy berlari menjauhi Elisa yang sejak tapi sibuk bermain sambil mencucuk-cucuk badan Elvy menggunakan tujung pedang kayu di tangannya.
Aish dia patut pilih untuk berlatih dengan Sky saja tadi!
"Rawr! Mana mau lari adik manis? Abe datang!" Elisa mengangkat pedang kayunya tinggi lalu mengejar langkah Elvy. Akibatnya terjadilah aktiviti kejar mengejar antara mereka.
"ELISA!"
Sky dan Georgia yang berjarak beberapa meter dari mereka hanya memandang. "Sky, takpe ke biar diorang tu?" Soal Georgia ragu-ragu memandang ke arah dua monyet di sana. Malangnya soalan dia hanya dibalas gelengan oleh Sky.
"Takpelah, diorang ok. Jom sambung." Sky mengambil tempat semula. Berada dalam posisi sedia dia mula mengangkat pedang kayu ditangan dan memandang targetnya iaitu Georgia yang kelihatan tenang saja langsung tidak berada dalam keadaan sebagaimana Sky sekarang.
Secara tiba-tiba Sky menghunus pedangnya dan bergerak laju ke arah Georgia tapi dengan mudah saja serangannya dipatahkan.
"Laju lagi."
Sekali lagi Sky cuba menyerang dan sekali itu juga serangannya dipatahkan dengan mudah. Georgia tidak perlu bergerak banyak, wajahnya juga kelihatan tenang saja menahan setiap serangan Sky. Tidak sekali pun dia cuba membalas serangan gadis itu.
Sky merengus. Sejak mula tadi langsung tidak sekali serangannya berjaya. Jangankan mata pedang menyentuh Georgia, sipi-sipi pun langsung tidak. Tangkas.
"Bagi semua yang kau ada, Skylyne." Sambil mengelak serangan Sky, sambil itu dia bercakap. "Aku tahu kau bukan selemah ni." Seakan memprovok, Georgia tersenyum sinis pada Sky membuatkan Sky terasa semakin tercabar.
Tidak berputus asa, Sky bergerak lagi. Terus-menerus cuba mendekati Georgia. Akhirnya hujung pedang hampir mengena Georgia tapi dielak. Sky yang mula faham sedikit corak permainan Georgia sekali lagi menggerakkan sisi pedang kayunya, yakin kali ini serangannya akan mengena.
Georgia akhirnya memberi serangan balas. Pedangnya dilagakan dengan pedang Sky dan dipusingkan sedikit lalu ditarik menyebabkan pegangan sky pada pedangnya terlepas. Sky cuba mencapai pedangnya semula tapi tengkuknya tiba-tiba diketuk kuat menyebabkan tubuhnya terhempas ke tanah.
"Auh..." Adunya sambil menekan bahagian tengkuk. Kepala diangkat lalu serta merta badannya terundur sedikit. Terkejut bila mata pedang Georgia berada betul-betul di hadapannya, hanya berjarak lebih kurang 1.5 sentimeter.
Wajah georgia tidak berekspresi manakala Sky sudah mula menelan liurnya. Terkejut bila Georgia seakan mampu membaca gerak gerinya. Sangkanya dia yang dapat membaca gerak geri Georgia tadi.
Tiba-tiba Georgia tersenyum manis lalu pedangnya diturunkan. "Hahaha... Janganlah tengok aku macam tu." Sky dibantu bangun. "Kau hebat." Pujinya ikhlas. Sky mula tertunduk dan tersenyum malu.
"Kau kuat."
"Terima kasih." Ketawa kecil georgia.
Pak Pak Pak Pak Pak!
Terpaling kepala Sky dan Georgia ke sisi, dimana Elvy dan Elisa sedang memandang mereka tidak berkelip sambil bertepuk tangan.
"Hebat."
"Cool siot!"
Bulat mata mereka memandang. Sejak tadi, tidak siapa sedari mereka kusyuk memandang perlawanan antara Georgia dan Sky.
"Tak sangka ada orang lagi kuat dari Sky."
"Kau expect aku tau semua ke?" Malas Sky memandang Elisa. Entah puji entah perli dia tu.
YOU ARE READING
Elpízo: HOPE [C]
Fantasy(in editing) [❀ 1st book] --- "Weh kita kat mana ni?" "Sejak bila kucing ada tanduk?" "Aku rasa tu kucing dajjal." --- Tiga orang gadis, datang dari latar belakang keluarga berbeza. Tidak, mereka bukan sahabat baik, hanya rakan sekelas biasa yang...