24.

40 20 34
                                    

Sky dan Dean mula menghadap satu sama lain dengan tangan kosong. Senjata masing-masing sudah dibuang jauh entah ke mana. Tidak secubit pun perasaan gentar dalam diri Sky meskipun lawannya yang memang sudah sedia berbahaya kini lebih besar dan tinggi darinya. Tidak seperti sebelum ini yang tinggi hanya 1/3 dari Sky. Haha!

"Sedia patah tulang?" Soal Dean riak. Apa tidaknya, lawannya sekarang seorang perempuan saja. Apa hendak dirisaukan?

Tapi mungkin dia lupa kot, dia di Fantasia. Heh...

'Aku atau kau yang sedia patah tulang?' Mahu saja Sky balas begitu tapi ditahan dirinya. Awal-awal riak, memang kecundang lah jawabnya. Sebab itu dia pilih untuk senyap.

Dean mula membuka kekuda, menandakan dia bersedia menerima apa-apa serangan. Sky pula menarik nafasnya dalam. Matanya memandang tenang Dean di hadapan. Dalam otak sudah berfikir macam-macam strategi. Sama ada dia mulakan serangan dulu atau biarkan Dean menyerangnya dulu.

"Ingat Skylyne, lebih baik kita menjadi orang kedua yang bergerak. Belajar gerak geri musuh..." Kaki Sky ditangkap lalu ditarik kuat menyebabkan kali ini Sky pula terduduk dan Georgia kembali berdiri.

"—dan serang. Biarkan dia habiskan tenaganya, bukan kita. Selepas itu..." Sekali lagi ayat Georgia tergantung. Sesaat dia berada di belakang Sky. Pipi gadis itu dipegang dan ditekan lalu didongakkan ke depan sambil pisau berada di lehernya.

"Hancurkan mereka."  Bisik Georgia tepat di telinga Sky.

Dalam diam Skylyne tersenyum. Itu jawapannya. Lihat, belajar kemudian serang sampai hancur.

Mata beriris kuning terang milik Dean dibalas dengan penuh maksud tersirat.

"Sedia!" Suara Dean bergema kuat. Sejurus itu dia mula berlari ke arah Skylyne. Secara tiba-tiba tendangan dilepaskan dan disasarkan di sisi kanan wajah Skylyne tapi mujur sempat ditahan.

Terundur Sky beberapa tapak dan saat itu juga sekali lagi Dean memberikan sepakan pada abdomen Skylyne. Sky terbatuk sedikit. Pantas jarak dijauhkan dari Dean yang masih mara ke arahnya. Sedas tumbukan dilepaskan dan sempat ditepis Sky. Sekali lagi serangan sama diberi dan sekali itu juga Sky dapat elak.

'Dia sedikit kurang bahagian tangan. Jadi dia lebihkan kaki. '

Antara maklumat yang Sky dapat. Dalam Sky berfikir, akhirnya salah satu tumbukan berjaya mengena bahagian rahang Sky membuatkan tubuh itu terjatuh. Sky tertunduk membuang liur yang terkumpul dalam mulut.

"Sejak tadi kau diam. Kenapa? Lemah?" Sengaja ayat mencari pasal diberi saja mahu menguji tahap kesabaran Sky. Malangnya Sky tidak endahkan.

Sky tiba-tiba ketawa mengundang kerutan di dahi Dean. Kuat sangatkah dia tumbuk sampai mereng otak Skylyne dibuatnya? Sky bangun dari tanah dan menyapu pakaiannya yang kotor. Rambut diraup kebelakang dan ikatan pada rambut dibetulkan. Leher dibunyikan sambil bibir menguntum senyum sinis.

"Jadi itu corak permainan kau, huh? Aku faham." Sky mengangguk. Hujung lidah ditekan-tekan pada gigi taring yang kelihatan saat tersenyum.

Dean memandang Sky pelik. Masih ragu-ragu dengan tahap kewarasan Skylyne. Sky membetulkan dirinya dan kini dia berada dalam keadaan bersedia.

"Seranglah." Tanpa ragu dia meminta.

Akhirnya Dean tersengih mengejek. Betullah Sky memang sedang mereng. Nampaklah sudah kekuatan tumbukan Dean sekarang.

Dean berlari laju ke arah Sky. Tangan kanannya dilibas seperti ini menghentak sisi kepala Sky lagi kali ini Sky bertindak pantas. Dia menunduk mengelak dan serentak itu juga di berpusing 270° darjah lalu menendang tepat mengena bahagian bawah tulang rusuk Dean. Akibatnya Dean tertunduk terbatuk.

Elpízo: HOPE [C]Where stories live. Discover now