10.

97 28 17
                                        

"Oh... jadi yang kita jumpa tu bukan arnab," kata Elvy sambil mengangguk faham. Lakaran arnab gergasi, bergigi tajam dan ganas seperti yang mereka jumpa tempoh hari ditilik penuh teliti dengan bibir bawah yang dimuncungkan.

Kenapa haiwan comel di dunia manusia boleh jadi haiwan ganas di sini? Ni bukan setakat karnivor, ini pengganas dah ni.

"Hah tu kan, nasib kau tak bagi dia jilat kau kalau tak sampai sini dia boleh cari kau tau," kata Elisa pula sebelum tangan naik menggosok kepala Elvy dan dibalas tumbukan pada lengannya.

Sky menggeleng memandnag kerenah mereka. "Georgia, gergasi ni macam mana nak bunuh?"

"Macam ni--"

"Tak boleh!" Belum sempat Georgia menjawab, meja tiba-tiba dihentak oleh Elvy. Satu-satunya yang menghalang untuk membunuh mana-mana makhluk comel berupa arnab kebanggaannya.

"Kau dah kenapa?"

"Tak boleh bunuh bunny!"

"Tapi makhluk ini berbahaya, Elvy." Georgia menyentuh tangan Elvy. Bukan kerana gay, tapi untuk mengalihkan tangan itu dari menutup bukunya.

"Tak bukan! Dia cuma haiwan comel berupa arnab yang tersakiti sampai berubah jadi jahat..." Masih tidak mahu mengalah, Elvy malah tetap menjawab manakala Elisa sudah ditahan Sky dari bergerak merejam si tiber itu.

"Tapi dia jahat. Kalau tak dibunuh, dia akan menyerang kota ni. Bahaya." Masih lembut Georgia menutur. Sesungguhnya kuat betul kesabaran gadis fantasi ini ya anak-anak. Kalau dia manusia, mesti sudah lebih awal dia mengikut jejak Elisa untuk merejam Elvy.

"Salah tu! Kita sepatutnya mengajar dia menjadi lebih baik. Percayalah satu hari nanti dia akan berubah. Good thing takes time-- Umph!"

"Teruskan. Kami mendengar." Kata Elisa sambil tersenyum manis ke arah Georgia yang terkejut melihat aksi ganasnya menutup mulut Elvy. Dipulas tangan Elvy ke belakang lalu ditekan badan gadis itu ke atas permukaan meja manakala Sky masih berwajah tidak kesah.

Kau cari bala, kau kena bala. Aku tak bersalah.

"E... Elisa..."

"Don't mind me. Teruskan..." Semakin kuat Elisa menahan tubuh Elvy dengan mulut yang masih ditutup. Berbunyi-bunyi gadis itu sambil meronta ingin dilepaskan tapi sama juga tidak diendahkan.

Georgia berusaha untuk tidak mengesahkan bunyi 'hmmm hmmm hmm!' yang keluar dari mulut Elvy walaupun hakikatnya dia yang risau melihat mereka.

"Ha... haiwan ini, kalau nak bunuh titik kelemahannya di belakang telinga." Mereka mengangguk faham. Titik merah di bahagian belakang lakaran raksasa arnab itu Georgia tunjuk. Elvy yang tadinya meronta kini turut diam mendengar setiap butir bicara Georgia teliti.

"Sedikit pergerakan di titik ini, dah mampu untuk membangkitkan kemarahan dia. Dengan hanya sebilah pisau kecil dah cukup untuk membunuh dia asalkan mata pisau itu dibenam tepat di titik kelemahannya." Georgia memandang mereka yang fokus mebdengar satu persatu.

"Kalau tertarik apa jadi?" Soal Sky ingin tahu. Teringat apa Elvy buat haritu.

"Sama juga, mengganas. Tisu pada bahagian ini sangat nipis. Sebab tu, dia tak akan pernah sekali menggaru bahagian ini dan bahagian ini juga bahagian yang mustahil untuk gatal." Kenyataan Georgia dibalas 'ohh' oleh mereka.

"Wawi wasya wau ewawik wewiya ia wu–"

"Eee... Liur kau lahanat!" Ditampar pipi Elvy dengan tapak tangan yang terkena air liurnya tadi sebelum dilap pada baju gadis yang masih berwajah selamba itu. Elisa mula berjalan ke sana ke sini, mencari sumber air untuk mencuci tangannya yang dicemari air liur Elvy.

Elpízo: HOPE [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang