"Angus baby~ Buka mulut ahhh~" Mendayu-dayu suara Elisa memanggil Angus sambil mengangkat sudu gaya ibu-ibu menyuap anak. Disuap Angus bagaikan Angus teman lelakinya.
"Elisa sayang buka mulut juga. Aaa~" Seperti Elisa tadi, Angus turut berkelakuan sama. Menggunakan kuasa menggerakkan bendanya, sesudu nasi disuap ke dalam mulut Elisa sebelum masing-masing membuat muka comel.
Bagaikan pasangan bahagia, PUIHH!
"Ermm sedap! Angus sedap tak ayang suap?" Elisa bersuara manja sambil mengerutkan wajah acah comel.
"Sedap ayang, sedap. Apa-apa pun ayang suap, sedap sangat."
"Suap najis pun sedap agaknya." Sampuk satu suara memerli malangnya dipalau.
Lagi.
Sky yang turut menyuap Lowell tidak mengendahkan dua pasangan hospital sakit jiwa itu. Membiarkan saja mereka membangang sendiri. Bila terlalu lama menyendu lepastu lupa bawa ubat anti sendu, hah beginilah jadinya. Otak jatuh, nak kutip eh terpijak tiba-tiba lah hancur dah.
Eh kejap bukan patut Lowell ke ikut arahan Sky?
Ya memang pun. Tapi arahan pertama Sky tu, Sky nak Lowell jadi adik dia masa makan ni. Tak logik? Siapa cakap Sky logik?
Irvin dan Elvy yang masih dalam mood perang hanya melihat Elisa dan Angus dengan wajah minta penampar masing-masing. Dengan acah sweet main suap-suap. Tak ada tangan sendiri ke nak suap diri sendiri? Geram pula tengoknya.
"Kau dua ni memang tak boleh eh tak buat benda bangang?" Tegur Elvy selepas beberapa saat senyap. Nak diam lama-lama, tak mampu pula tahan bengang sendiri.
"Kau tu pernah ke tak buat benda bangang?" Sky pula menyampuk selamba sengaja balas bagi pihak Elisa. Nak kata orang pula. Dasar tak sedar diri.
"Kau diam."
"Baby, orang tak laku menyampuk lagi lah." Kali ini Elisa turut menganjing. Melihatkan Sky yang sepertinya berada di pihak dia, besar kemungkinan boleh diamkan minah jeles tu.
"Biasalah orang singlet." Balas Angus sambil tersenyum yakin. Serta merta senyuman mengejek Elisa mati.
Ditarik telinga Angus mendekat. "Single bodo, single. Bukan singlet. Jangan malukan aku. Aduhmak... kau ni."
"Lah sama je pun." Angus membalas semula.
"Pape jelah. Tu orang cemburu memang macamtu."
"SIAPA CEMBURU?!" Soal Elvy dan Irvin serentak. Mereka berpandangan lalu menjeling satu sama lain.
"Tak cakap pun korang. Terasa tiber." Sekali lagi Elisa menjawab selamba. Sudu disuap ke dalam mulut dengan wajah menganjingnya.
Elvy dan Irvin berpandangan melalui ekor mata lalu menjeling tajam satu sama lain.
"Hah bagus. Dari satu je ego sekarang dua-dua ego. Yang satu pasangan lagi menganjing tak sudah." Kata Sky perlahan cukup hanya dia dan Lowell mendengar.
"Tapi dia pun paksa aku. Jadi dia pun tak baik lah." Lowell berbisik pada diri sendiri. Tapi entah bagaimana boleh pula sampai ke pendengaran Skylyne. Telinga bionik sungguh.
"Eipp tak boleh merungut. Buka mulut, aku suap."
Lowell mencebik tapi diturutkan juga arahan Sky. Kata orang, Sky pun bukan makan. Terbiar nasi tu eii!
..
.
.
.
.
Last night flashback
Elisa dan Angus duduk di balkoni bilik yang menjadi bilik sementara Elisa dalam kediaman Grey. Elisa membawa keluar selimut dan bantal untuk dia dan Angus. Mereka berniat mahu menghabiskan masa melihat bintang malam itu. Ya lah, buat cabaran tidur lewat tapi tengok macam tengah healing je.
YOU ARE READING
Elpízo: HOPE [C]
Fantasy(in editing) [❀ 1st book] --- "Weh kita kat mana ni?" "Sejak bila kucing ada tanduk?" "Aku rasa tu kucing dajjal." --- Tiga orang gadis, datang dari latar belakang keluarga berbeza. Tidak, mereka bukan sahabat baik, hanya rakan sekelas biasa yang...