19.

60 19 40
                                        

Bertemankan sedikit cahaya bulan dan suasana sunyi malam, Skylyne melabuh duduk seorang diri di atas tanah biru alam Fantasia. Terkadang angin berhembus lembut melewati kulit wajahnya. Terasa segar dan aman saja keadaan itu sehingga mewujudkan ketenangan dalam sanubari gadis tersebut. Sambil melambung-lambung pisau kayu di tangan, pandangan kosong Skylyne memanah tepat ke hadapan.

Beberapa saat, bibirnya melepaskan hembusan nafas lelah. Badannya terasa sakit-sakit dan dipenuhi luka. Ya, latihan dia lebih keras sebab Georgia yang melatih dia manakala Elisa dan Elvy dipimpin oleh Agata. Itu pun jarang-jarang jadi mereka cuma disuruh berlatih sendiri.

Fikiran Sky menerawang mengingati keluarganya yang berada di alam sana. Langit gelap ditatap kuyu. Hanya mengharapkan sinar bulan untuk membolehkan dia melihat langit. Mata Skylyne yang selama ini berbentuk siren eye mula membulat memandang bulan alam Fantasia sebelum perlahan-lahan menjadi kuyu semula.

Dia terfikir... Agak-agak dunia manusia sana macam mana sekarang?

"Daddy, Red...." Sky berjeda sekejap lalu menyambung. "Mama."

Sekali lagi Sky mengeluh. Dia tidak suka wanita itu, tapi entah tiba-tiba wajah yang selalu tampak ceria itu bermain di mindanya.

Selepas mendengar cerita Elvy, tak dapat disangkal Skylyne sedikit tersentap. Skylyne sedar, walaupun dia hilang seseorang, tapi kehilangannya telah diganti dengan dua orang baru. Memang wanita itu tidak sempurna, memang dia menyakitinya, memang dia tidak selembut ibu lain... Tapi sepanjang dia hidup dengan wanita itu, pakai dan minumnya masih terjaga. Malah dalam benci-benci wanita itu padanya, setiap kali pulang pasti ada makanan disediakan buat Skylyne.

"Aku ke yang jahat sebenarnya?"

Mummy.

Kalau mummy dia masih ada, pasti mummynya menjadi tempat untuk bertanya saat itu. Pasti dia tidak kesunyian dengan hidup terkontang kanting dalam gelora fikiran seperti sekarang. Pasti dia tidak sedih. Hidupnya juga akan terasa lengkap.

Wajah mummy diganti dengan wajah mama Reden. Wanita yang berwajah sombong tapi sebenarnya hanya menginginkan yang terbaik buat anaknya. Seperti yang semua ibu mahukan pada setiap anak mereka malah mummy Skylyne juga tidak terkecuali dari golongan ini.

Ahh... kenapa rasa berdosa tiba-tiba ni?

"Dia jahat kat aku, tapi dia jaga aku. Dia garang kat aku tapi dia kesah juga. Siapa yang jahat sebenarnya ni? Aku ke antagonis dalam hidup dia?"

Sekali lagi Sky bermonolog. Dia pening. Apa salah yang Sky buat sampai diuji sebegini? Siapa yang jahat sebenarnya ni? Takkan lah hanya dalam matanya saja wanita itu jahat?

Mungkin juga...

Wanita itu sedar dengan kesilapan lampaunya dan dia cuba berubah menjadi lebih baik. Layanan dia pada Sky dan Reden sekarang tiada bezanya walaupun hanya mereka berdua. Tapi itu tetap tidak mengubah kenyataan Sky pernah didera secara fizikal.

"Ee, peninglah--- Arkk! Tskk..."

Baru mahu meroyan, bahunya tiba-tiba rasa sakit. Akibatnya, dia mendesis sambil tangan memegang bahagian bahu. Terlupa pula ubat baru saja disapu tadi jadi dia tidak boleh bergerak banyak.

"Haihh... Nak gerak pun payah." Sky mengeluh. Pisau yang terjatuh tadi ingin dicapai semula tapi entah kenapa hilang. Tiba-tiba hilang seperti hilangnya otak kau lepas terjatuh, bila kau nak kutip takde pula.

"Mana pula binatang tu?"

"Kau cari ni?" Satu suara tiba-tiba menyampuk. Pisau yang terbang tanpa dipegang sesiapa berada di sisi si dia sebelum perlahan-lahan ia bergerak ke arah Sky.

Elpízo: HOPE [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang