16.

66 23 9
                                    

"KORANG!" Berlari-lari Elisa di sekeliling kawasan dalam rumah. Ke sana sini dia pergi, mencari hanya kelibat dua rakannya. Dia punya semangat mengalahkan semangat menyambut hari kebangsaan kau tau?

"ELVY! SKYLYNE!" Suaranya memenuhi kawasan rumah Grey namun tetap saja kelibat mereka tak kelihatan. Jangankan kelibat, malah batang hidung pun entah ke mana. Dari atas ke bawah dia cari, tetap tak ada.

"Mana pula minah broken dua orang tu pergi? KORANG! JAWABLAH!" Masih tidak puas hati, Elisa memilih untuk melalak lagi. "Ish! Aku jumpa badak tak reti menjawab ni memang aku buat masing-masing jadi sate ular."

"WOI--"

"Hoi! Tak reti diam ke?" Langkah Elisa terhenti tatkala seseorang tiba-tiba berteriak kepadanya semula. Amboi, siapa berani kacau dia sedang dalam proses mencari bukan menyelamat ni? Sudahlah dia sedang menahan geram.

Kepala sendiri Elisa palingkan ke sisi. Kedatangan beberapa orang yang mana merupakan Kif, Agata dan Georgia dipandabg dengan sebelah kening dinaikkan.

Aik? Sejak bila Kif rapat dengan diorang ni?

Melihat pandangan pelik Elisa, Kif tanpa ragu-ragu membalas juga dengan sebelah kening dinaikkan. "Tengok apa?" Soalnya berani.

"Tengok pun salah?"

"Tengok tak salah, tapi yang melalak tu kenapa?" Soal Kif berani sambil mengangkat kening. Tak sedar diri kulit dahlah lain-lain warna.

"Member aku mana?"

"Manalah aku tau."

Elisa buat muka bosan. "Kau memang. Apa benda je kau tau?"

"Kau!"

"Kif, jangan!" Kif yang baru berura-ura maju mahu membelasah Elisa terhenti bila ditegur Agata. Sebok lah dia ni!

"Kau cari siapa?" Soal Georgia pula tidak mengendahkan dua rakannya di sebelah yang sibuk bertengkar. Tu satu kali tendang memang naya sendiri jawabnya.

"Elvy dengan Sky."

"Ada kat luar. Diorang dengan Irvin, Angus dan Lowell sekali. Tak silap aku diorang pun cari kau tadi." Jawab Georgia sambil menunjuk ke arah pintu utama rumah.

Elisa mengangguk faham. "Ok, thanks!" Elisa tersengih lebar. Akhirnya dia tahu juga dimana mereka pergi.


"Elisa!" Baru saja mahu berlari keluar rumah, suara Georgia yang memanggil namanya kembali menghentikan langkah Elisa. Berpaling Elisa ke belakang emmandang Georgia.

"Tu... Benda tu mana kau dapat?" Soal Georgia sambil menunjuk benda yang sejak tadi dalam pegangan Elisa.

"Apa? Gitar ni?" Gitar dalam pegangan diangkat. Soalannya dibalas anggukan Georgia. Elisa langsung tersengih. "Jumpa."

"Kat ma-- erm takpelah." Sebelum sempat Georgia menyoal semula, Elisa lebih dulu menutup pintu. Bahunya dijungkit lalu kolar baju Agata dan Kif ditarik menuju ke salah satu ruang dalam rumah itu.

Elisa lantas menyarungkan seliparnya. Tapi belum pun sempat memulakan larian, matanya terpandang sesuatu yang aneh pada hujung selipar dia. Memincing matanya. Kenapa... macam ada yang tak kena ni?

Elpízo: HOPE [C]Where stories live. Discover now