6.

93 34 25
                                        

"Oh... tapi kenapa korang pendek eh?" Soal Elvy sambil mendekatkan diri pada satu-satunya tentera kerdil perempuan yang kelihatannya lebih peramah dengan mereka.

Gadis itu duduk di hadapan Sky dan langsung tidak mengendahkan pandangan tajam tentera lelaki atau pandangan geram ketua kerdil mereka ke arahnya.

Kalau ikutkan betul, boleh saja mereka lari. Tentera ni semua pendek, sekali tendang terbang terus pergi alam lain. Tapi itulah, sebab kesian lah diorang tinggal. Nampak tak bengap tu kat sana?

"Sebab kami dilahirkan memang macam ini. Masa kami baru dilahirkan, kami cuma sebesar kacang hijau." Tentera bernama Agata itu menjawab.

Senang saja dia bercerita dengan mereka bertiga yang kelihatannya langsung tidak berniat hendak menyakiti dia walaupun jelas mereka boleh. Suka dia bila mereka melayannya seperti adik dengan cara yang lembut.

"Nasib korang comel." Elvy memuji sambil menarik sedikit pipi milik Agata. Aishh lembut!

"Terima kasih." Malu-malu Agata menyelitkan rambut kuningnya disebalik telinga runcing dia.

Percaya atau tidak, fizikal mereka memang sama seperti smurf yang pernah kita nampak di television itu. Bezanya warna kulit mereka bukan saja biru malah ada juga yang berwarna ungu, kuning, hijau, merah, putih, coklat dan bermacam lah. Cantik macam lampu LED!

"Eee... culik kau ni kang. Comel sangat!" Elvy mencubit pipi Agata lalu dipeluk erat. Agata pula hanya tertawa suka bila pipinya digesel-gesel pada pipi Elvy tiada beza seperti kucing.

"Dah lah ngek, aku nak peluk juga." Elisa cuba merampas Agata dari Elvy yang seakan betul-betul mahu menculik di kecil itu masuk poket tapi langsung tidak diberi peluang pun untuk Elisa menyentuh Agata.

"Korang dua ni... anak orang tu. Dah lah..." Sky menghulurkan kedua tangan pada Agata dan disambut baik si gadis kerdil itu. Seperti ibu-ibu, Sky meletakkan Agata pada pahanya dan duduk diantara Elvy serta Elisa-- memisahkan kedua mereka dari terus berebut.

Tidak begitu lama sejak tamatnya pertengkaran Elvy dan Elisa tadi, kereta a.k.a biawak gergasi yang dinaiki mereka berhenti. Tepat di hadapan sebuah rumah yang rekaan luarnya seperti tidak mempunyai garis lurus tiada beza seperti bergelombangnya dinding Casa Batllo di Barcelona, Spain.

Menaiki biawak gergasi sebagai kenderaan perasaannya seperti menaiki cart titan milik cik Pieck Finger. Serius cakap walaupun diorang sendiri tak pernah berpengalaman naik cart titan tapi tulah, ni namanya gimik lebih.

"Eh benda apa ni?" Soal Elisa dengan pandangan penuh judgemental. Kawasan luar bangunan dipandang dengan wajah minta penamparnya.

BUKK!

"Tak reti hormat tempat orang ke?" Tidak perlu disuruh, Sky melompat turun dari belakang biawak diikuti oleh Elisa yang menggosok sisi dahinya yang dijentik Sky dan kemudiannya dibuntuti Elvy.

"Agata!"

Agata yang baru mahu turun lantas mengalihkan pandangan ke arah Sky. Matanya bersinar-sinar dan berlari laju melompat ke arah Sky yang mendepakan tangannya bersedia mahu menyambut tubuh kecil itu.

"Terima kasih!" Ucapan Agata dibalas dengan senyuman dari Sky. Mereka bergerak mengikuti langkah tentera kerdil lain. Agata hanya membiarkan tubuhnya didukung Sky.

"Eh kau pendek apa masalah kau hah!" Elisa yang sudah mula hilang sabar berpusing ke belakang. Sejak tadi salah seorang dari si kerdil di belakangnya asyik-asyik menyucuk pinggangnya dengan tombak di tangan.

"Jalan!" tegas kerdil itu walaupun dia sedikit terkejut dengan tindakan tiba-tiba elisa tadi.

"Habis kau fikir aku buat apa ni ketot? Berenang?!" Pantas sahaja Elvy menarik tubuh Elisa menjauh bila kelihatannya Elisa sudah berura-ura mahu menyepak si kecil itu

Elpízo: HOPE [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang