Sekali lagi keadaan antara tiga manusia tidak diundang itu sekadar diisi dengan kesepian tak berpenghujung. Bulatan yang hanya berahlikan tiga remaja perempuan itu terasa umpama masing-masing sedang berada di dalam bilik pengetua sampaikan seorangpun tidak mampu langsung untuk membuka mulut.
"Eherm!" Elisa berdehem. Matanya memandang Elvy dan Sky. "Jadi... macam mana kehidupan korang?" Agak kekok, Elisa akhirnya memilih juga untuk bersuara lebih dulu. Jika dibiar terus, sampai esok pun mereka masih berduduk di sini, dalam posisi yang sama. Sebab itu, Elisa mulakan juga sesi memperkenalkan diri mereka meski dalam keadaan terpaksa.
"Ok... Ok je. Kau?" Elvy soal Elisa semula dan dibalas anggukan Elisa berserta sengihan kekoknya.
"Ah, bagus lah tu... Sky?"
"Apa?"
"Tolong jangan suruh orang ulang-ulang soalan."
Sky menggulingkan biji mata. "Ok ja."
Selesai Sky menjawab. Keadaan kembali senyap. Tidak tahu apa mahu diborakkan walaupun selama ini selamba saja mereka saling bercakap dan bergaduh macam kawan baik yang sudah kenal 25 tahun lamanya. Bila perlu bercakap, tidak pula dapat. Kekok? Kenapa kekok?
Ada apa-apa rahsia yang disembunyikan, kah? Apa dia? Berak tak basuh? Eh relax lah, omputeh berak main lap je apa.
"Kalau semua pun berlawan siapa paling senyap, sampai Grey datang nak tuntut kepala kita pun tak ada yang cakap agaknya." Kata Elisa memerli mereka.
"Kalau macamtu kaulah mula dulu." Cadang Sky tapi ajaibnya tidak pula dibantah Elisa.
"Ok, kita main tanya-tanya soalan lah. Nak?"
"Kau fikir ni kuiz mingguan?" Soal Elvy namun sekadar dipalau Elisa. Orang dah ada niat nak mula dulu, tak payah bising lagi eh.
"Korang tengok aku dengan abang aku macam mana?" Secara tiba-tiba Elisa menyoal mereka. Sky dan Elvy berbalas pandangan seketika sebelum masing-masing mula menjawab.
"Caring." Semestinya dimulakan oleh Elvy.
"Bertanggungjawab." Dan disambung oleh Sky.
"Tegas."
"Beramanah."
"Kacak."
"Good looking."
"Indah rupa dari khabar."
"Bulan dipagari bintang."
Berselang-seli Elvy dan Sky menjawab dalam masa yang sama memuji. Siap keluar peribahasa lagi. Sungguh mampu membanggakan guru bahasa Melayu mereka.
"Oi oi oi oi oi! Aku cakap kitorang berdua, bukan dia je." Tak berpuas hati dengan pujian tinggi melangit mereka, Elisa hampir menarik rambut kedua Elvy dan Sky. Hampir sajalah, tak buat lagi. Kalau dah buat, silap-silap kudung terus dia jadinya.
"Ouh..." Elvy diam seketika sebelum kembali membuka mulut. "Aku tak tahu."
"Yang kau tau pula?"
"Takde."
"Yang kau buat-buat tahu lah."
"Tak tau."
Elisa memaparkan wajah bosan. "Dahtu apa je yang kau tau?"
"Aku nampak je. Aku bukan kawan dia."
"Bolehlah tu. Apa yang kau dapat nilai dengan cuma perhatikan dia?"
"Amboi... Bukan main ayatnya dibina cantik sekali."
"Aku malas nak maki anak orang ni sebenarnya." Elisa garu sisi dahi berserta wajah dibuat malas. "Cepatlah..."

ANDA SEDANG MEMBACA
Elpízo: HOPE [C]
Fantasy(in editing) [❀ 1st book] --- "Weh kita kat mana ni?" "Sejak bila kucing ada tanduk?" "Aku rasa tu kucing dajjal." --- Tiga orang gadis, datang dari latar belakang keluarga berbeza. Tidak, mereka bukan sahabat baik, hanya rakan sekelas biasa yang...