25.

54 18 11
                                        

"Sky."

Sky berhenti meneguk. Botol air diturunkan dan ditutup lalu dia memandang Angus yang datang kearahnya dengan pipi yang masih terisi air mineral tadi. Kepala diangguk sekali sebagai tanda bertanya.

"Elisa mana?"

Kali ini bahu diangkat sebagai jawapan. Air ditelan sekali. "Asal cari dia?"

"Dia nak tukar pelana aku tapi dari tadi tak sampai-sampai."

"Dia pergi dengan siapa?"

"Dia minta Irvin bawa dia." Berkerut dahi Sky.

"Dia pergi dengan Elvy?" Angus gelengkan kepala lalu bibir memuncung ke satu arah dimana Elvy sedang meregangkan tubuhnya sendirian. Sky mengangguk.

"Tah tah Irvin terhempas dah macam biasa." Selamba ayat Sky membuatkan mata Angus membesar. Tanpa menjawab Sky, Angus terus terbang ke arah terletaknya bangsal tempat pelana-pelana dikumpul.

Sky hanya menggeleng kepala. Orang gurau je pun gelabah.

Sky yang baru mahu sambung menghabiskan airnya sekali lagi terganggu dengan kehadiran pegasus lain, Lowell.

"Sky." Panggil Lowell. Sky menaikkan sebelah keningnya pula. "Pasal plan kau tu, kau yakin ke nak dekat-dekat je? Kawasan tu bukan besar, makin sempit adalah."

Untuk soalan Lowell tadi Sky balas dengan anggukan dua kali. "Sekurang-kurangnya risiko untuk tumpas awal berkurang. Kemungkinan nak menang tu kecil tapi kita boleh lengahkan masa."

Sejujurnya Lowell ragu-ragu. Bukan tidak biasa berkerjasama dengan dua pegasus lain, tapi masalahnya dia terfikir kalau mereka saling berlanggaran. Itu yang susahnya.

Sky yang faham dengan hanya melihat air muka Lowell tersengih tanpa sedar. Diusap kepada Lowell lembut. "Jangan risau, korang ikut je apa kitorang bertiga buat."

Lowell pandang Sky dalam. Pandangan tidak berkelip Lowell berjaya mengundang kerutan di dahi Sky.

"Kenapa pandang aku macam tu?"

"Kau cakap kita lawan ni untuk tentukan korang dapat keluar dari sini dengan selamat atau tak kan?" Sky balas soalan Lowell dengan anggukan. "Tapi kau kata kemungkinan untuk korang menang tu tipis." Sekali lagi Sky mengangguk.

"Jadi untuk apa korang lawan kalau kalah juga?" Kali ini Sky diam. Sky tunduk kemudian alihkan pandangan ke tepi membuat syak wasangka Lowell bertambah.

"Korang..." Lowell berjeda. Sky pandang Lowell dari ekor mata menunggu kata-kata seterusnya pegasus itu.

"...nak lari ke?"

"Korang nak lari?!" Terteriak Angus tidak percaya. Teriakannya berjaya menarik perhatian Elisa dan Irvin yang berbincang atau mungkin bertengkar tadi.

Elvy yang datang bersamanya dipandang turut meminta jawapan malangnya Elvy langsung tidak pandang dia begitu juga Elisa yang kelihatan ragu-ragu dan ekpresi wajahnya tampak bersalah.

"Jawab aku! Elisa, Elvy!" Angus teriak depan Elvy dan semakin berganjak mendekati Elvy membuatkan gadis itu terundur sehingga tubuhnya hampir dengan Elisa. Kedua gadis itu berpandangan sebelum tertunduk. Rasa bersalah mula menjentik tangkai hati mereka.

Selepas semua orang kerdil serta Georgia buat untuk mereka, mereka bertindak untuk mungkir janji pula. Malah sejak awal memang inilah rancangan yang mereka bincangkan dengan Sky.

"Korang nak tinggalkan kitorang? Lepas apa kita semua sama-sama hadap, korang nak tinggal kitorang macam tu je?" Soal Angus kecewa. Sakit hatinya bila terdengar pengakuan Elisa tepat bila mereka sampai.

Elpízo: HOPE [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang