7.

90 32 15
                                    

"Selamat datang ke Fantasi— ARGHH!"

"Tangkap! Tangkap mereka dan bawa kepada raja! Sesiapa yang memberontak bunuh saja!"

Tombaknya yang dicucuk sehingga menembusi kepala kucing berbadan manusia yang menjadi penjaga kepada pintu masuk itu ditarik kembali. Jasad yang nyawanya baru diragut oleh dia sendiri tadi dipandang tanpa perasaan.

Dengan selamba kepala yang tidak sudah-sudah memancutkan darah kuning itu dipijak dan segera dia beralih dari sana. Dia masuk ke dalam alam Fantasia dan mencari mereka yang berkeliaran untuk dijadikan 'makanan' kepada tombaknya atau tahanan buat raja.

Di sana sini, kurang dari beberapa minit bandar mula kecoh dengan teriakan orang-orang tidak bersalah. Darah berwarna kuning mula memenuhi kawasan bandar yang dulunya aman kini sekejap sahaja dipenuhi dengan darah kuning cerah dan berbau seperti mentega itu.

"Luke!" Lariannya terhenti. Mata dialihkan ke sisi, dimana berdirinya seorang wanita dengan perut yang memboyot, memandang dia dengan pandangan sayu sambil seakan cuba bersembunyi.

"Talia..." Nama wanita itu disebut.

Jejaka bernama Luke itu lantas berlari ke arah Talia, ingin mendapatkan wanita tersebut. Pipi si cantik unik itu disentuh lalu tangannya di pipi itu disentuh oleh tangan wanita tersebut.

"Aku rindukan kau," sayu Talia berkata.

"Aku rindukan kau juga, Talia."

"Jadi ini semua apa? Apa kau buat ini Luke? Kau mahu bunuh kami? Kenapa?!" Dada jejaka itu dipukul sebelum perutnya disentuh dan nafasnya cuba distabilkan.

Jejaka bernama Luke itu memandang perut wanita tersebut yang diusap. "Ini... anak siapa?"

Usapan tangannya pada perut terhenti. Talia memandang Luke dengan tidak percaya. "Anak siapa? Kau tanya aku ini anak siapa? Sudah tentu anak kau! Berbulan kau tidak balik, tidak menjenguk aku, tidak juga bertanya khabar. Sekarang kau balik, membawa bala pula pada kampung halaman aku! Selepas kau dapatkan aku, kau tinggalkan aku pula. Mana janji kau?!" Secara tiba-tiba Talia menengking Luke.

Sekali lagi terasa nafasnya sesak. Dia hampir jatuh tapi mujur sempat berpaut dan ditahan oleh Luke. Tangan Luke yang memegangnya ditepis kasar. Marah dan jijik dalam masa yang sama. Orang yang disayanginya, sanggup menghancurkan kepercayaan dia hanya kerana arahan raja bodoh yang tamak itu.

"Jangan sentuh aku!"

"Sudah berapa lama kau mengandungkan anak ini?"

"Sudah hampir masuk bulan keenam." Soalan Luke dibalas. Matanya menikam tepat wajah Luke. "Empat bulan kau menghilang. Kau kata kau mahu selesaikan urusan kau dengan raja itu supaya kau dapat bebas dan hidup dengan aku. Kau kata kau mahu jaga aku kalau kita punya anak bersama. Tapi kenapa kau tipu?" Kepalanya digeleng. Sumpah dia benar-benar kecewa.

Remuk sungguh hatinya, bila mendapat tahu Luke yang menjadi ketua kepada pasukan yang datang menghancurkan bandar mereka, alam mereka. Terasa bodoh sekali dia sekarang. Lebih teruk lagi, jejaka yang berkali-kali datang membantu dia sepanjang hampir 6 bulan dia berbadan dua ini baru sahaja mati. Tepat di hadapan matanya dan Luke lah yang mencabut nyawa orang tak bersalah itu. Tersenyum megah bagaikan dirinya malaikat maut, bangga mampu mencabut nyawa orang dengan tangan sendiri, suka tubuhnya dibasahi darah tidak bersalah warga Fantasia.

"Talia maafkan aku. Aku terpaksa. Raja enggan melepaskan aku. Andai aku berpaling tadah padanya, nyawa keluarga ku menjadi galang ganti. Aku tersepit, Talia."

"Ah alasan! Kata-kata kau semua dusta belaka! Kau tidak pernah sayangkan aku, apatah lagi ikhlas dengan aku. Sebab kau lelaki— ARK"

BOOM!

Elpízo: HOPE [C]Where stories live. Discover now