ZZUPP!
"Wuu...!"
ZZUPP!
"Woah..."
ZZUPP!
"Fuh! Tepat lagi."
Membesar mata Elvy kerana terkejut melihat ketepatan anak panah Elisa yang melekat tepat di tengah papan mata kayu kira-kira 15 meter di hadapan sana. Semua bullseye. Skill dia bukan alang-alang mat. Bikin insecure.
Tiga anak panah dicapai Elisa sekaligus. Diri dibetulkan, bukaan kaki dipandang lalu kepala ditegakkan menumpukan perhatian tepat ke hadapan, dimana ada tiga papan mata terletak lebih jauh dari yang tadi. Ah sudah... Makin menjadi-jadi style dia buat.
ZZUPP!
Tak apalah style macam apa pun, yang penting tembak tepat juga.
"Damn..." Tidak sengaja Elvy tercarut. Mulutnya ditepuk sekali. Terpesona sangat sampai tak sengaja tergunakan perkataan tidak baik lagikan sopan. Jatuh air muka baik camni.
"Hebatnya." Puji Elvy bersikap sungguh palsu konon guna perkataa lebih baik.
"Yang kiri aku tersasar sikit." Kata Elisa memberitahu Elvy yang berdiri di sisi. Kedudukan Elisa masih pada posisi sama seperti tadi. Lebih kurang 5 saat memandang hasil kerjanya, dia akhirnya pasrah.
"Alah kau, main humble humble pula." Elvy mengusik dan menepuk sekali bahu Elisa dengan wajah dramatiknya. Mata kemudian memincing ke hadapan ingin melihat anak panah Elisa tapi tak nampak.
"Nok, kau bukan rabun juga ke? Macam mana kau nampak eh?"
"Rabun, tak buta."
"Bapak, menghina depan-depan." Elvy pandang Elisa. "Tak, serius sekarang ni. Macam mana kau nampak."
"Alaa, guna mata lah." Elisa bergerak ke tepi, meletakkan panah ke bawah dan cuma mencari udara. Agak penat juga ya latihan ni.
Elvy di sisi dipandang lalu huluran air Elvy disambut. Dengan teruja, Elvy lantas menyerang Elisa dengan pujian yang melebih. "Cepatnya gila improve. Hebat duh. Main bodoh ke?"
"Ni jelah aku dapat. Tu pun cukup susah dah." Jawab Elisa merendah diri lalu meneguk airnya. Malas melayan lawak bahaya Elvy.
Mereka berdua yang menjadi satu pasukan sebagai bahagian pertahanan memandang ke arah papan-papan mata yang menjadi sasaran latihan memanah tadi. Jelas nampak perbezaan Elisa dan Elvy. Elvy tu, aih... Ada papan mata yang anak panahnya pun tak ada. Tak tau mana terpacak.
"Sekurang-kurangnya tak sesusah latihan Sky. Kau tau bila dia terpaksa lead kita memandangkan dia ada skill untuk dua-dua jenis perlawanan. It must be so tough for her. Lagi-lagi bila Georgia dah mula jadi tegas." Kepala Elvy memandang ke sebelah sana, dimana Georgia dan Sky sedang latihan bersama.
Tak masalahnya sekarang latihan diorang tu nampak macam Sky sedang kena dera je.
"Dia kuat, sumpah. Aku rasa kalau aku cari pasal, tulang aku mesti patah pastu boleh dah buat kayu api dah."
"Hiperbola teruk tapi ada betul juga. Kau rasa kalau dia tau kita curi coklat dia haritu dia mengamuk tak?" Elvy dan Elisa senyap lalu berpandangan dari ekor mata lalu mengangkat bahu tidak tahu.
"Dia tau ke?" Soal Elisa agak risau.
"Buat masa ni kita masih aman."
"Aku harap dia takkan tau."
"Sama."
Minta-minta lah.
Manakala di sebelah sana pula, di kawasan Sky dan Georgia, kedua mereka sedang bertungkus lumus untuk meningkatkan stamina dan teknik Skylyne yang masih agak kurang.
YOU ARE READING
Elpízo: HOPE [C]
Fantasy(in editing) [❀ 1st book] --- "Weh kita kat mana ni?" "Sejak bila kucing ada tanduk?" "Aku rasa tu kucing dajjal." --- Tiga orang gadis, datang dari latar belakang keluarga berbeza. Tidak, mereka bukan sahabat baik, hanya rakan sekelas biasa yang...