"Weh tak patah ke kaki turun dari sini? Tinggi sangat ni." Takut-takut, Elisa yang masih berpaut pada bahagian atas tembok memandang ke bawah. Lebih tepat lagi ke arah Sky dan Elvy yang sudah selamat berada di bawah sana sambil berdiri bercekak pinggang memandangnya.
Sudah sekian lama sejak mereka sampai di kawasan sunyi ini dan Elisa masih berada di sana, di atas tembok berpaut seperti anak pungut-- maksud saya anak kecil.
"Aku rasa tadi dia yang bawa kita ponteng, sekarang ni kenapa dia pula yang stuck kat sana?" Soal Elvy, penat menunggu Elisa yang masih mengada-ngada. Sekejap kepala Elvy berpaling ke kiri dan sekejap ke kanan, takut kalau-kalau ada pengawal atau murid lain melihat.
"Gila kan, kau expect apa?" Selamba Sky menjawab. Nampaknya ponteng ni taklah sesusah yang minah meroyan tu cakap. Yang jadi masalah bila bawa dia sekali.
"Weh tolong aku! Aku tak boleh turun!"
Elvy menggaru pipinya geram. Kalau dia jahat memang dia tolak saja Elisa masuk ke kawasan sekolah balik, biar kena tangkap pengawal yang dia cuba ponteng. Tapi itulah nanti dia bagitau cikgu pula dorang ponteng sekali.
"Sky aku tau kita tak rapat nak minta-minta bagai, tapi kali ni je aku merayu kat kau tolong urus dia. Aku tak sanggup dah tengok dia meraung sana tu. Please."
Sky menggulingkan matanya menyampah. Walaupun begitu tetap dia melangkah mendekati Elisa yang masih meraung di atas sana, macam sengaja tarik perhatian guru. Dengan penuh keterpaksaan dan tanpa amaran hujung kaki kiri Elisa yang terjuntai ditarik kuat menyebabkan tubuhnya rebah ke kiri dan sempat disambut Sky secara bridal style.
"Fuh, thanks," ucap Elisa sambil berpaut pada leher Sky. Bibirnya tersengih tak malu.
BUK!
Sky lepaskan tubuh Elisa sehingga badan itu menghempas tanah. "Welcome."
Sky mendapatkan semula begnya dari tempat Elvy dan melangkah terus ke depan, ke arah hutan walaupun sebenarnya mereka tiada arah tuju.
Elisa mencebik memandang Sky tidak puas hati. "Dasar minah terencat emosi."
"Cepatlah. Kang hilang langkah Sky pula." Elvy mencampak beg milik Elisa pada tuan punya badan. Bukan dia tidak dengar bebelan Elisa tadi tapi saja dibuat pekak.
"Kau pun sama, tak sedar dek untung aku dah tolong." Elisa menggalas begnya meninggalkan Elvy yang masih menunggu dia bergerak sejak tadi.
"Tolong sangat."
Elvy menoleh ke arah sekolah lalu tersengih. Tidak sangka kali pertama ponteng boleh jadi sebegini seronok. Agak teruja dia walaupun sebolehnya dia mahu ponteng dengan Elcy bukan dengan rakan sekelas yang jarang-jarang sekali disapa.
Elisa yang berada tidak jauh darinya dikejar. "Weh, kau rasa Reden mengamuk tak kalau tau kita bawa Sky sekali? "
"Entah. Besar kemungkinan ya. Kau taulah dia tu macam abang Sky."
Teringat lagi macam mana baru beberapa minit tadi selamba Sky menipu Reden menyuruh jejaka itu membelikan dia air, walhal sebenarnya dia sengaja suruh Red keluar dari kelas supaya mereka boleh keluar dari kawasan sekolah dengan mudah. Nak bawa Red? Lambert lagi.
---
FlashbackTiga gadis tadi keluar dari kelas melalui tingkap. Dimulakan dengan Sky, kemudian Elvy dan terakhirnya Elisa, terus berjalan menyusuri sisi bangunan tingkat dua yang sepatutnya menempatkan tangki air. Penuh cermat ketiganya jalan secara dalam barisan memanjang dan terus ke arah kawasan lapang yang sememangnya berada di belakang blok kelas mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Elpízo: HOPE [C]
Fantasy(in editing) [❀ 1st book] --- "Weh kita kat mana ni?" "Sejak bila kucing ada tanduk?" "Aku rasa tu kucing dajjal." --- Tiga orang gadis, datang dari latar belakang keluarga berbeza. Tidak, mereka bukan sahabat baik, hanya rakan sekelas biasa yang...