Akhirnya masa yang tidak ditunggu-tunggu telah tiba. Apa itu?
Ya, perlawanan kedua. Perlawanan sebenar yang menjadi punca utama mereka latihan sekuat mungkin. Tidak seperti perlawanan pertama dulu, wajah mereka semua kini tampak lebih yakin yang tidak dibuat-buat. Tenang saja bercakap dengan Georgia sementara menunggu kedatangan Grey.
Elisa membelai rambut Angus cuba menenangkan Angus yang tampak sedikit takut. Sejak semalam tidak putus-putus Angus mengingatkan Elisa untuk menjaga dirinya. Ya mereka memang bengong, tapi sebengong-bengong mereka, hubungan sudah hampir sama seperti adik beradik annoying.
Kacau tapi sayang. Gurau tapi risau. Unik.
"Kau jaga diri tau. Ingat, jangan tumpukan sangat perhatian kat panah tu. Kalau kat tanah guna pedang lepastu--"
"Angus." Tangan menutup mulut Angus. Elisa pandang mata Angus dalam. "Aku tau apa nak buat. Kau jangan risau."
"Tapi... Kif ada." Jawab Angus tertunduk sedikit.
"Lantak lah dia. Dia racist aku tak." Seperti biasa, entah apa-apa sajalah jawapan Elisa tu.
"Tak habis-habis dengan racist dia." Sampuk Sky yang sedang membetulkan pelana di belakang Lowell.
"Diam kau."
"Kau ni haihh..." Angus menghantukkan dahinya dengan dahi Elisa. "Bukan pasal tu. Aku risau kalau dia cederakan kau lagi. Kau tau kan perlawanan pertama dulu dia mampu sentuh kau, Sky dengn Elvy? Dia tu kuat."
"Takpe, aku ok. Percayalah." Elisa menepuk sekali kedua pipi Angus sambil tersenyum lebar menandakan dia tidak akan apa-apa. Haihh abe sekor ni, risau sangat.
Sky dan Lowell di sisi hanya memandang saja perlakuan dua rakan mereka yang terlebih dramatik itu. Padahal kali pertama dulu bukan main menganjing satu sama lain.
Sky pandang Lowell lalu berdehem kecil tapi tidak pula jejaka itu pandang dia. Dalam diam Skylyne berdecit. "Kau taknak cakap apa-apa kat aku?" Soalnya dalam nada sedikit kecewa.
Lowell mengerutkan dahi tidak faham. "Cakap apa?"
"Buat macam Angus. Ingatkan aku itu ini. Kau tak takut aku cedera?" Sengaja Sky tanya. Manalah tahu Lowell sanggup buka kempen 'Sayangi Skylyne' semata-mata tak mahu Sky sakit. Iyalah, kita tak tau, kan?
"Aku tak tau lah kau perli dia orang ke apa ni. Tapi... jaga diri tau." Pesan Lowell dalam nada lembut.
Sky angguk kepala. Dia pandang Lowell semula bila tiada sambungan ucapan Lowell lagi. "Tu je?"
"Habistu? Nak apa lagi?"
"Pendeknya..."
"Ringkas dan padat." Balas Lowell sambil tersengih. Mencebik Sky mendengar jawapan Lowell. Baru nak acah terharu. Spoil betul!
"Weh, Elvy dengan Irvin mana?" Soal Angus. Baru dia perasan beberapa minit lalu Elvy dan Irvin masih ada dengan mereka tapi lepas itu tiba-tiba hilang pula.
"Eh ha ah lah. Mana diorang?" Elisa juga baru perasan. Diliarkan pandangan ke sana sini tapi tetap tiada. Mana anak-anak lobak tu pergi?
"Sky? Cari apa?" Sky yang turut meliarkan pandangannya ditegur Georgia. Bukan apa, Georgia cuma pelik melihat mereka semua seperti mencari sesuatu.
"Elvy dengan Irvin mana?" Soal Lowell kepada Georgia.
"Oh... Elvy cakap nak tukar pelana Irvin. Dia cakap Irvin mengadu pelana sebelum ni sakit. " Jawapan Georgia dibalas anggukan mereka. Ternaik kening Georgia memandang mereka pelik.
YOU ARE READING
Elpízo: HOPE [C]
Fantasía(in editing) [❀ 1st book] --- "Weh kita kat mana ni?" "Sejak bila kucing ada tanduk?" "Aku rasa tu kucing dajjal." --- Tiga orang gadis, datang dari latar belakang keluarga berbeza. Tidak, mereka bukan sahabat baik, hanya rakan sekelas biasa yang...