1.

104 34 9
                                        

Dengan lemah Elvy berjalan masuk ke dalam kelas. Kantuk yang masih sedikit bermaharajalela cuba diabaikan. Sesuatu yang normal buat setiap pelajar kalau pagi-pagi lagi terpaksa bangun awal, kemudian rasa mengantuk selepas itu. Bukan sesuatu yang pelik lagi bukan?

Dari kejauhan, dapat dilihat kelasnya sudah terang benderang. Berkerut kening Elvy. Ada yang lupa tutup suis sebelum keluar kelmarin ataupun sudah ada orang di dalam? Agak awal kalau dikirakan betul masa ini. Ada lagi lebih kurang satu jam lebih sebelum PdP dimulakan dan selalunya dia yang paling awal sampai. Membuang masa dengan membersihkan kelas.

"Ada orang kot." Elvy bermonolog sendiri.

Mata tiba-tiba segar. Sampai saja depan kelas kelihatan seorang jejaka dan seorang gadis di dalam. Si jejaka memadam papan tulis, si gadis pula merehatkan kepalanya di meja.

"Eh hi, Elvy!" Bersemangat si jejaka menyapa Elvy.

"Oh hi, Reden, Sky. Morning." Elvy turut menyapa Sky bila kelihatan kepala Sky ternaik memandang ke arah dia. Sapaan Elvy dibalas senyuman segaris sebelum kepala kembali ditundukkan.

"Duduklah, asal tercegat kat situ?" Seperti menjemput tetamu, Reden menunjuk ke arah kerusi Elvy yang berada betul-betul depan papan putih. Elvy tersenyum namun tidak membalas.

"PIPIPIPI PRINCESS NAK LALU--"

GEDEBUK!

Jatuh tergolek Elvy. Dia yang baru melangkah 3 tapak ke hadapan tiba-tiba dilanggar seseorang. Impaknya bukan main besar sambil terseret badannya.

"Auu..." Meringis dia. Tapak tangan yang kelihatan merah dibelek sebelum orang yang melanggarnya itu pula dipandang. Guess what?

"Eh minah, kau ok ke?"

...Elisa yang melanggarnya.

Elvy hanya mampu menahan sabar. Mujur dia dan Elisa bukan kawan rapat kalau tidak memang tidak perlu bertanya awal-awal dia humban Elisa keluar dari tingkap.

"Yeah ok." Senyuman menahan sakit Elvy berikan pada Elisa yang hanya berdiri kaku di sana, langsung tidak bergerak mahu membantu. Tangannya saja bergerak menggaru pipi.

'Kau tunggu aku bunuh kau.'

Dengan sendiri, Elvy bangun dan menuju ke tempat duduknya. Keluhan dilepaskan. Awal-awal baju kotor ni apa kes?

"Haih dah ada orang rupanya. Sia-sia aku bangun telebih awal fikirkan boleh jadi yang first." Elisa merungut-rungut sambil dengan penuh rajin kakinya menendang-nendang meja yang dilalui menyebabkan dari keadaan lurus menjadi mereng kedudukan meja itu.

Elvy menggulingkan matanya. Macam mana lah dia boleh tahan sekelas dengan Elisa sejak tingkatan satu ni? Bawa bala nau.

Sky yang sejak kemunculan Elisa tadi hanya mampu menahan geram. Bising yang amat budak tu sampai dia yang mahu mencari ketenangan, dapat tidur sekejap pun jadilah sedikitpun tidak dapat melelapkan mata. Kalau bukan sebab Reden mengejutkannya terlebih awal memang tidaklah dia berada di sini. Kalau ikutkan hati memang dia ponteng saja hish!

"Weh!"

Elvy mengetap giginya. 'Apa lagi minah ni?! '

Dalam diam dia memberontak. Sengsaranya mendengar suara bising Elisa awal pagi, mahu tidur pun susah!

Sky menaikkan kepala sambil menarik nafas dalam. Sumpah dia rasa nak rejam Elisa sekarang. Dengan wajah cuba dimaniskan, Sky memandang ke arah Elisa. "Kenapa tu? "

"Sky, buku aku tak ada. Macam mana ni?" Sky hanya mampu memandang wajah Elisa yang semakin dihodohkan. Sambil membongkar isi begnya yang--

"Apa benda kau bawa ni?"

...Dipenuhi coklat.

Terkedu Reden memandang isi beg Elisa yang kalau sebolehnya dah boleh buka kedai coklat kecil-kecilan. Bayangkan ketebalan coklat dia bawa tu lagi banyak dari buku. Watdehel?

"Buku apa kau cari?" Kali ini Elvy pula menyoal.

"Babe, buku sejarah aku hilang! Sia-sia lah aku buat homework semalam, halah! Bodoh punya homework kau bayar balik waktu tidur aku!" Meroyan seorang diri Elisa disana. Elvy pula terdiam. Harini ada sejarah ke?

Elvy bangun dari duduk lalu cuba mendekati Sky yang turut memandang dia dengan sebelah kening diangkat tinggi. "Apa kau nak?"

"Skylyne, harini ada sejarah ke?"

"Sejarah?"

"Rasanya ada. Asal?" Reden pula menyampuk bila melihat Sky pun seakan lupa. Bagus betul tiga ketul ni berjodoh lupa benda. Semoga kekal ke neraka.

"Aku... Aku tak bawa buku." Elvy dan Skylyne berpandangan. Sepantas itu juga Sky selongkar begnya. Beberapa saat kemudian dia menyerah lalu memandang Elvy dengan wajah yang sama seperti Elvy tunjukkan.

"Aku pun."

Elvy tersengih kekok. Hah mampus lah mereka bertiga. Sudahlah guru disiplin yang mengajar mereka sejarah, memang cari nahas lah jawabnya.

"Guys, ponteng jom?" Dari meroyan tadi, Elisa tiba-tiba muncul menyelit antara dua gadis itu. Dengan tidak malu, bahu mereka dirangkul lalu tersenyum penuh makna berserta mata yang mengecil, memandang dua gadis itu silih berganti.

"Ponteng?"

Elpízo: HOPE [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang