"Kau ok ke tak ikut diorang?" Elvy yang tika itu sibuk menyikat rambut biru ungu seperti galaksi milik Irvin terhenti seketika. Wajah beku Irvin dipandang sekilas lalu kerjanya disambung.
"Tak apa pun."
Irvin menjauhkan kepalanya dari sentuhan Elvy. Dijeling manusia itu sekilas lalu rengusan tidak puas hati dilepaskan. "Kau tau tak kau tu patut ikut diorang latihan, bukan buang masa jaga aku sini."
Ternaik kening Elvy. Selamba rambut Irvin ditarik semula lalu seperti tadi bahagian bawah dagu haiwan itu diletakkan di atas pahanya.
"Aku bukan taknak, tapi kau pun sakit macam mana aku nak ikut latihan kan?"
"Kau latihan lah pakai pedang atau panah tu. Aku ni bukan berguna sangat pun. Setakat tolong kau bergerak masa perlawanan nanti je." Masih degil Irvin menjawab. Elvy menarik sedikit rambut Irvin yang menjauh akibat kepalanya yang bergerak-gerak semasa bercakap.
Selesai menyikat rapi rambut dan ekor Irvin, Elvy lantas bangun dari duduknya selepas Irvin turut berdiri. "Masalahnya kalau aku pandai pedang dengan panah tapi tak reti tunggang pegasus pun takde guna tau. Alkisahnya ni salah kau."
"Aku lagi kena," gumam Irvin perlahan.
"Yalah, dah memang salah kau. Itulah, lain kali acah lagi lompat dari bumbung rumah biar cedera lagi dua-dua sayap tu," kata Elvy memerli. Rambut yang terkumpul pada sikat dibuka dan dikumpul sambil hujung mata menjeling Irvin memberi pandangan judgemental.
"Apa tengok-tengok?" Soal Irvin tak berpuas hati bilamana terperasan pandangan Elvy.
Elvy menaikkan sebelah kening tinggi. "Aii? Tengok pun salah?"
"Jeling-jeling... Fikir aku tak nampak ke? Cucuk mata tu kang."
"Eh takut pula aku." Rupa mata ke atas tangan ke bahu Elvy berikan pada Irvin menunjukkan dia tidak kesah. "Kejap lagi, dalam 5 minit macam tu luka kau sembuh lah kot. Tak payah nak mintapuji terbang tinggi sangat. Ingat sikit kau tu pegasus cacat sementara."
"Eh kau--" Irvin menghentikan ayatnya. Bibir diketap rapat.
"Apa-apa? Aku apa?"
Irvin mahu menjawab tapi tidak tahu apa mahu dikata sebab sememangnya apa yang Elvy cakap itu, betul. Sudah lama dia tidak terbang kerana kecacatan sementara dulu, sekarang mahu terbang tinggi pun mungkin mengambil masa juga untuk membiasakan diri semula.
"Takdelah." Irvin memilih untuk mengalah.
Irvin kembali duduk berehat. Langsung tidak memandang Elvy yang kehulu ke hilir sejak tadi membersihkan rambut dan bulu ekornya yang tercabut. Akhirnya Irvin kembali kemas. Entah sejak bila kali terakhir dia dibersihkan seperti ini pun dia tidak ingat. Apa yang dia tahu sudah sangat lama.
Kelibat Elvy yang mencapai pelana baru berwarna kelabu putih diperhati. Teringat macam mana semalam gadis itu sanggup bangun tengah malam semata-mata mahu memeriksa keadaannya disini yang tidak mampu bergerak pulang ke kandang dia.
---
Flashback
Dalam keadaan samar-samar dan hanya diterangi cahaya bulan, Elvy mendekati tubuh Irvin yang sudah terlena di atas pasir tempat dia terhempas pagi tadi. Mengikut apa yang Georgia beritahu, Irvin akan mengambil masa 24 jam untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami.
"Vin, Irvin. Huihh, dah tidur ke?" Tubuh Irvin digerak-gerakkan sehingga mengejutkan pegasus itu.
Matanya dicelik dan agak terkejut dia melihat Elvy berada di hadapannya bersama peti kayu berisi ubat-ubatan Fantasia. Mungkin dapat dari Georgia agaknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Elpízo: HOPE [C]
Fantasia(in editing) [❀ 1st book] --- "Weh kita kat mana ni?" "Sejak bila kucing ada tanduk?" "Aku rasa tu kucing dajjal." --- Tiga orang gadis, datang dari latar belakang keluarga berbeza. Tidak, mereka bukan sahabat baik, hanya rakan sekelas biasa yang...