14.

68 21 30
                                        

Sudah hampir 10 minit  berlalu namun keenam makhluk yang berkumpul membentuk satu bulatan itu masih kekal senyap tanpa sesiapapun cuba memecahkan keheningan yang terbina. Sejak tadi mereka sekadar termenung ke tanah, tidak tahu apa perlu dibuat. Elisa dan Elvy yang paling tidak boleh diam lama antara mereka mula berpandangan seperti saling menyuruh untuk masing-masing memulakan perbualan. Entah kenapa hari itu terasa sungguh aneh. Bukan kali pertama mereka berkumpul bersama tapi entah kenapa rasa macam siapa saja berani bersuara, nasib tidak baik akan menimpa sedangkan Georgia dan Agata sendiri suruh mereka berkumpul begini.

"Eherm." Angus berdehem menarik perhatian Elisa dan Elvy.

Angus pula yang naik pening melihat isyarat entah apa dua gadis itu sejak tadi. Sekali tengok isyarat macam ada maksud, dua kali tengok macam tak ada pula. Namun, oleh kerana dia menjadi yang pertama memecah kesunyian, bukan saja Elisa dan Elvy, malah perhatian yang lain juga kini tertumpu padanya.

Terdiam terus Angus dibuatnya. "A...apa? Tengok apa?"

"Tengok pun salah?"

"Tak kata pun."

"Eherm..." Lowell berdehem menarik perhatian mereka padanya. "Jadi... Apa kata kita perkenalkan diri masing-masing?" Lowell memberi cadangan. Jujurnya dia cuma tidak betah terus duduk berlama tanpa sesiapa cuba bersuara.

Irvin pandang Elvy, Elvy pandang Irvin. Masing-masing mereka menaikkan kening kepada satu sama lain. Angus menolak bahu Elisa tapi langsung dipalau, pura-pura tidak terasa apa-apa. Bab-bab sharing is caring ini, memang awal-awal Elisa undur diri. Automatik amnesia sepanjang sesi memperkenalkan diri. Dia aplikasikan ayat Sajat.

'You... me... I... You know, I know... What  I mean...'

Ah, begitu... Skylyne pula? Haih... Jelas lagikan bersuluh dia tak akan bercakap kalau tidak perlu. Lain macam level introvert dia padahal rasanya selalu juga cari pasal, kan?

"Sky?" Lowell memandang Skylyne mengharap gadis itu memulakan sesi memperkenalkan diri tapi Sky balas pandangan Lowell dengan gelengan pula.

"Oklah, macam ni lah. Kita mula dari para pegasus lepas tu korang pula kenalkan diri." Cadang Angus. Lama mereka memandang Angus sehingga menimbulkan rasa kurang senang pegasus itu sebelum akhirnya masing-masing mengangguk setuju. 

Wah... Pertama kali Angus berguna. Elisa bila lagi?

"Kalau macam tu, Angus mula dulu." Cadang Lowell dan disambut baik oleh Angus.

"Boleh boleh... Nama aku, Angus. Keturunan orang laut di bahagian selatan." Singkat sesi memperkenalkan dirinya. "Soalan?"

"Tak laku atau berpunya?" Selamba Elisa menyoal mengundang jelingan Angus.

"Kau diam." Jawapan Angus membuatkan Elisa tersengih. Jelas jawapan itu membawa maksud dia single tidak laku.

"Kau suruh tanya, aku tanya je."

"Next." Sky bersuara. Malas mendengar sesi berdebat pasukan sengal itu.

"Irvin. Puak alam, putera laut." Lebih singkat pengenalan Irvin. Baru Elvy mengangkat sedikit tangannya, Irvin kembali menyambung. "Tak berpunya tapi tak boleh dimiliki juga. Kau tanya soalan bodoh aku gigit rambut kau, Elvy."

Wajah Elvy cemberut. "Orang tak cakap apa pun lagi."

"Aku tau apa kau nak tanya."

"Fine..." Kedua belah tangan diangkat tanda surrender. Bak putera raja, tangan Elvy dihulur ke arah Lowell lalu badan ditundukkan.

"Dipersilakan Mr. Lowell the gentlemanI mean gentlegasus."

"Kau menganjing Lowell ke?" Soal Sky tanpa nada. Laju Elvy menggeleng. Orang bagi 'karpet merah' je mana ada ejek.

Elpízo: HOPE [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang