20.

55 19 35
                                    

"AHAHAHAHAHUHUKK UHUKK... Elvy, air!"

Ingin saja Elvy lepaskan tamparan kegeraman kepada Elisa tika itu. Geram saja tatkala tangan Elisa galak memukul bahunya meminta dihulurkan segelas lagi air untuk kali ketiganya. Dia yang tersedak, kita yang kena tolong dia kenapa? Elvy sungguh tidak pasrah dengan Elisa sekarang ya. Masakan tidak, tiga kali Lowell bercerita, tiga kali tu juga dia tersedak akibat banyak sangat ketawa. Apa yang lawak sangat pun tak tahulah.

"Angus..." Puas dihina dengan gelakkan tak sedar diri Elisa, Lowell akhirnya memilih meminta bantuan. Tak betah apabila maruahnya terus menerus dihinjak sehingga 3 kali berturut-turut.

Lowell pun satu bodoh juga. Elisa suruh ulang cerita, diulangnya juga cerita tu betul-betul. Bukan sekali dua pula tu.

Angus dengan penuh taat mengangkat kakinya gaya tabik kepada Lowell lalu dengan selamba tengkuk Elisa ditepuk. Elisa yang sedang dalam proses menghabiskan air lantas tersedak sekali lagi dan kali ini air keluar dari hidungnya. Pedih!

"ANGUS!"

Elisa mengipas-ngipas bahagian hidungnya menahan pedih sambil batang hidung dipicit. Sakit oii air dalam mulut keluar dari hidung. Rasa macam nak buat pembedahan plastik pun ada sekarang ni!

"Nasib kau ada, Angus." Elvy dalam diam berterima kasih. Lowell yang kelihatan cemberut mungkin malu bila digelakkan tiga kali berturut-turut dipandang kesian walaupun sejujurnya dia pun mahu ketawa. Tapi itulah, rasa kasihan tu lagi tinggi jadi kali ini dia lepaskan Lowell.

Kalini sajalah. Haha...

"Kalau kau nak gelak, gelak jelah..." Kata Lowell perlahan. Pasrah kalau Elvy juga akan gelakkan dia. Bukan dia tak boleh suruh Irvin pukul pun.

"Hey, relax lah. Pahal down sangat ni? Kau tak tau, bukan salah kau pun." Elvy cuba menenangkan perasaan Lowell yang diyakini sedang bercampur baur.

Sudahlah muka kuda, makin dicemberutkan pula tu dahinya. Rupa dah macam apa.

"Apa pula bukan salah dia? Salah dia lah tu sebab tak tanya betul-betul. Hak alah... Tulah lain kali main assume je lagi." Sekali lagi Elisa memerli Lowell. Hampir-hampir saja Elvy menghempuk Elisa tapi disabarkan hatinya.

"Kau diam." Elvy jeling saja Elisa di sisi. Tak padan dengan cacat hidung dia ni. Bersyukur sikit yang terkeluar tu air kosong je. Kalau kari memang terpaksalah kau jadi Oli London kedua tau.

Lowell yang semakin menunduk didekati Elvy lalu lengan pegasus itu dipukul perlahan. "Lowell, Sky bukan suka kaum sejenis lah. Reden tu lelaki, bukan perempuan. Kau tersilap je tu."

"Tapi nama Reden bukan nama perempuan ke?"

"Tak, khunsa."

"Elisa Grace." Kali ini Irvin pula menegur. Duk ejek-ejek orang. Karang dia yang kena ejek meroyan 5 bulan.

"Ok fine aku diam. Tak fun betul korang ni. Kan, Angus?" Elisa cuba meminta sokongan Angus. Sesekali hidungnya ditiup bila terasa masih ada bersisa air kosong tadi dalam rongga hidungnya.

Geez, tak selesa!

Melihatkan tiada yang memandang, Angus mengangguk mengiyakan penyataan Elisa. Jujurnya dia pun terhibur memandangkan dia lebih awal tahu Reden tu lelaki. Terima kasih pada Elisa. Berguna juga mereka mengumpat masa main WWE tadi.

"Jangan risau, esok sebelum latihan kau pujuk Sky baik-baik. Luangkan masa dengan dia, mesti dia maafkan." Irvin turut memberi semangat tidak sedar dia dan Elvy pun dalam keadaan yang tidak berapa baik.

"Betul ke?" Wajah Elvy dan Irvin dipandang silih ganti meminta kepastian. Mahu tanya Elisa dengan Angus? Hmm, rasanya korang pun boleh agak apa jawapan mentibang dua ketul tu.

Elpízo: HOPE [C]Where stories live. Discover now