13.

66 23 17
                                        

"Elisa, kau pergi kanan. Elvy, kau pergi kiri. Aku cakap pisah, kita pisah. Faham?" Arahan sama seperti yang mereka gunakan untuk lari dari penculik dan hari dimana merupakan waktu mereka tidak sengaja masuk ke Fantasia ini Sky gunakan semula. Kedua mereka menggangguk faham sambil menunggang laju pegasus masing-masing.

"Pisah!"

Ketiga-tiga mereka berpisah mengambil jalan sendiri. Strategi Sky adalah mereka akan berpecah dan berhadapan dengan musuh seorang satu untuk menarik perhatian musuh agar berkumpul di tengah hutan buatan itu dimana keadaan lebih terbuka dan risiko diserang hendak agak kurang.

Seperti yang dapat diagak, Elvy dan Sky yang lebih mahir dengan pedang mengambil jalan darat manakala Elisa mengambil jalan udara dan menjadi 'mata' bagi mereka.

"Ish! Pisah jauh-jauh kenapa?!" Bentak Georgia yang melihat pergerakan mereka dari atas. Tanpa sedar Georgia telah bertindak memukul palang besi di sebelahnya sehingga menggegarkan tempat tersebut. Kesemua pasang mata orang kerdil tertumpu padanya. Pelik melihat perilaku sang puteri yang tiba-tiba sahaja.

"Kenapa korang berpecah? Kerjasama mana?" Omelnya sendiri. Terlupa dia ada bersama dengan yang lain. Kukunya digigit cuba membuang debar yang bertandang. Belum sampai berapa minit perlawanan kedua bermula, tapi Georgia pula gementar lebih dulu.

"Aku pelik betullah. Lain yang lawan, lain yang risau. Kenapa eh?" Selamba Agata menyoal dengan nada memerli sehingga mengundang mata-mata orang kerdil padanya pula. Georgia yang mendengar perlian Agata sekadar memandang Agata melalui hujung mata. Serta merta dia tersedar akan kelakuannya sendiri.

Georgia berdehem. "Kau cakap aku ke?"

"Kau terasa ke?" Soal Agata kembali langsung tak gentar dengan tatapan Georgia. Semakin dia mahu tergelak adalah.

"Diamlah kau."

"Naik angin lah tu." Semakin galak Agata mengusik namun dipalau saja oleh Georgia.

"Naik angin?" Grey yang tidak sengaja terdengar perbualan dua gadis itu akhirnya bersuara. Agata di sisinya dipandang. "Siapa naik angin?"

"Gia."

"Kau-"

"Kenapa nak naik angin pula?"

"Sebab manusia tu kot?"

Georgia lantas memandang ayahnya bilamana Agata selamba memberitahu Grey tentang kerisauannya. "Tak... Pa, bukan." Kalut Georgia menghalang namun Grey sudah lebih awal mendekati Agata.

"Georgia naik angin sebab manusia tu? Maksudnya? Diorang buat apa?"

Agata memandang wajah Georgia yang mula bertukar gelisah. Terasa seperti tercuit hatinya melihat wajah gadis itu yang selama ini tenang saja kini gelabah bukan main. Hah, kau... Tau pun takut kantoi dengan Grey sebab kawan dengan manusia tu. Padan muka!

"Agata?"

"Takde apa pun. Saja buat lawak. Penat tengok tegang je keadaan kita. Macamlah kita pula nak lawan musuh." Jawab Agata sambil ketawa kecil.

Grey melepaskan keluhan kecil lalu dahi Agata dijentik sedikit. "Kau ni buat aku tertanya-tanya je tau."

"Hihi... Maaf, tuan."

Grey tergeleng manakala Georgia sudah memandang Agata tajam tapi tidak diambil kesah. Baginya, mendapat pandangan tajam dari gadis itu memang sesuatu yang normal. Yang tidak normal adalah apabila Georgia tiba-tiba banyak bercakap selain bersama ayahnya dan pandai mengucapkan terima kasih. Bila dia terlebih kesah pada orang itu sesuatu yang normal. Tapi bila dia tunjukkan rasa kesahnya, itu agak tidak normal ya.

Elpízo: HOPE [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang