Tingkatan 1
"Sila perkenalkan nama kamu. Kita mula dari hujung sana, kamu yang termenung tu," ujar guru berkaca mata yang umurnya kira-kira awal 30-an sambil menunjuk ke arah murid paling hujung sebelah kanan dan paling hadapan.
Si dia memalingkan wajahnya ke arah guru dengan mata terkelip-kelip, lalu jari telunjuk diarah pada diri sendiri.
"Saya?"
"Ya, kamu lah. Termenung kenapa?" Si guru tergeleng melihat anak murid barunya hanya tersengih.
Gadis itu kemudian berdiri dan sedikit menunduk, langsung tidak memandang rakan-rakannya yang lain sebelum dia mula memperkenalkan dirinya.
"Nama, Skylyne Arian. Panggil Sky." Bibirnya tersenyum nipis tapi agak kekok.
Si guru mengangguk. Dia memandang pula ke arah belakang gadis bernama Sky tadi. "Continue."
Gadis yang duduk di belakang Sky mengangkat kepalanya dna memandang cikgu tadi sambil terkebil-kebil. "Eh, saya ke?"
"Eh taklah, meja kamu tu saya tanya." Senyuman kacak ditunjukkan membuatkan mereka terketawa mendengar balasan guru kelas baru mereka. Si gadis dengan sengaja menepuk mejanya perlahan.
"Cik meja, cikgu tanya nama awak tu. Jawablah," katanya membalas loyar buruk guru tadi.
Perbuatannya mengundang gelak kecil rakan sekelas yang lain termasuk guru itu namun sekejap saja bila wajah acah serius kembali dipamerkan.
"Eh kamu ni!"
"Gurau-gurau. Nama diberi Elvy Rochelle. You guys may call me anything you want." Sempat wink diberikan pada guru lelaki itu bersama senyuman nakal namun hanya dibalas dengan penumbuk yang diangkat. Sekali lagi dia tersengih.
"Ok sekarang beralih pula--"
BUM!
Terhinjut bahu seisi kelas bila pintu kelas mereka dihempas kuat. Automatik semua kepala memandang ke arah pintu, dimana seorang gadis dengan rambut separas bawah bahu dan ditocang tertunduk-tunduk mencari nafasnya.
"Huh huh... Sempat... Huh hmm..." Nafasnya ditarik dalam. Dapat dilihat jelas hidungnya yang kembang kuncup mencari oksigen.
Masing-masing memaparkan wajah pelik termasuk guru lelaki yang kelihatan kaca mata sudah jatuh sehingga ke puncak hidung.
"Kamu... kelas sini?" Soalnya agak tersekat sedikit bila melihat gadis tiber itu kelihatan lebih baik dari tadi. Risau hamba.
"Ah, ya. Sorry lambat, cikgu, ada masalah teknikal tadi. Masuk dulu." Selamba dia menunduk sedikit lalu berjalan mendapatkan tempat duduk di paling belakang dan bersebelahan dengan koridor yang hanya dipisahkan dengan dinding saja.
"Eh kamu tu, perasan boleh duduk. Perkenalkan diri dulu. Dahlah first day lewat, cikgu sebat kamu kang baru tau." Bercekak pinggang si guru sambil memandang gadis tadi tidak puas hati.
Sempat Sky dan Elvy yang sudah memperkenalkan diri tadi berpandangan lalu masing-masing tersenyum kekok dan kembali memandang ke arah gadis tadi.
"Jap-jap cikgu. Bagi saya hirup oksigen kejap. Kang saya pengsan takde abe sado nak tolong angkat. Lainlah cikgu baik," selamba ayat guru itu dijawab sehingga penumbuknya acah dinaikkan lagi tapi langsung diambil sebagai gurauan.
"Bengong."
"Perasan."
Sekali lagi Elvy dan Sky berkata serentak dan hanya mereka yang mendengar memandangkan hanya mereka yang tidak terlalu menumpukan perhatian pada gadis tadi.
"Dah?"
Beberapa hembusan nafas panjang, akhirnya si guru kembali menyoal. Soalannya dibalas dengan anggukan semangat murid tadi. Tanpa dipelawa, si gadis tadi berjalan ke depan dan berdiri di sebelah guru tersebut.
"Hi y'all! Nama aku Elisa Grace. Panggil Elisa, kalau yang boy kacak-kacak tu nak panggil sayang pun anje tak kesah. Tapi kalau yang takde rupa tu aku rejam je sekor-sekor kat dinding. You know, you're not my taste."
Terciduk kesemua murid mendengar ayat selamba gadis bernama Elisa yang yakin sahaja melambai di depan sana seperti berada di stadium bola, perasan kelas ini besar sangat.
Tidak semena-mena dahinya dijentik guru kelas baru dia tadi. Geram saja melihat perangai tak semenggah gadis bernama Elisa ini. Sudahlah lambat, perasan, keyakinan dia wah borong kat 7Eleven ke apa.
"Apa ni cikgu jentik dahi orang. Derhaka nau." Memuncung bibir si gadis. Saja acah drama. Katanya bagi merapatkan ikatan perselisihan faham. Eh perselisihan ke permuafakatan? Entahlah tak tau, yang penting dia baik.
"Derhaka derhaka. Sebelum cikgu sebat awak, baik awak duduk sana." Tidak menjawab, hanya jari 'pis' yang diangkat sebagai jawapan.
Dengan lenggang kangkungnya, dia menuju ke tempat duduk. Saat matanya bertembung dengan Sky, flying kiss diberi membuatkan gadis itu berpura-pura membuat muka muntah. Elisa terketawa kecil.
Perasan dengan gadis bernama Elvy itu pula, seperti Sky tadi flying kiss diberi tapi kali ini tidak dibalas dengan wajah jijik melainkan dibalas pula dengan mini love dan wink yang sengaja dibuat menggoda. Sekali lagi tawa Elisa meletus. Gembira berjumpa dengan rakan sekelas barunya.
"Elvy, Elisa. Sebelum cikgu jadikan awak berdua berdera kat tapak perhimpunan sana baik berhenti aktiviti tak bermanfaat awak berdua tu."
Tidak melawan, mereka hanya tersengih bila ditegur. Manakala dalam diam Sky tersenyum terhibur. Kepalanya digeleng perlahan. Pelik-pelik budak kelas dia ni.
"Ok, kita sambung sesi memperkenalkan diri."
YOU ARE READING
Elpízo: HOPE [C]
Fantasy(in editing) [❀ 1st book] --- "Weh kita kat mana ni?" "Sejak bila kucing ada tanduk?" "Aku rasa tu kucing dajjal." --- Tiga orang gadis, datang dari latar belakang keluarga berbeza. Tidak, mereka bukan sahabat baik, hanya rakan sekelas biasa yang...