Hmmm... misi ha? Aku fikir aku dah mati tapi aku kembali ke sini. Arghhh!!! 5 tahun tu berlalu dengan sia-sia. Semua usaha aku membangunkan penempatan untuk semua makhluk musnah begitu saja. Haih... Apa misi aku sebenarnya? Tanpa menunggu aku ucap perlahan perkataan 'Mission' sebagai tekaan. Seperti biasa skrin biru yang hanya aku seorang nampak muncul.
[ Mission: -Return all the heroes to earth
-Be a dragon alpha
- Create a dragon kingdom
[Ingredients: Hell Spider Lily (0/1) Dragon bones (0/1)]
[Heroes left (21)]Semua ini misi aku? Aku perlu mulakan dari mula? Erk! Aku menepuk mukaku sendiri apabila melihat misi yang aku tak pernah tahu ia wujud. Tahapku mula kembali dari 1 dan semua magikku bertahap rendah. Ia lebih baik daripada terus hilang dan aku perlu belajarnya lagi. Skil juga masih ada membuatkan setiap serangan Tornado aku dapat mengelak tanpa perlu memandangnya. Namun disebabkan aku terlalu fokus kepada magik sebelum ini membuatkan aku mudah dikalahkan hanya kerana [item] mereka. Aku mula mengumpulkan skil yang lebih berkuasa.
Hari di mana Tornado cuba keluar dari sarang tiba, kalau bukan disebabkan hari ini papa takkan lebih bencikan manusia. Aku perlu halang mereka dari keluar dengan senyap-senyap dengan menutup satu-satunya jalan keluar untuk mereka dengan menggunakan magik tanah. Mereka kelihatan agak kecewa kerana tidak dapat keluar tapi sekurangnya tiada perkara buruk berlaku. Cuma...
"Bluuekk... ahhh... baiklah anak-anak kesayangan papa mari makan makanan istimewa hari ini. Ini daging dari Boss BullBeraz bukan senang untuk dapatkannya kamu semua tahu?" ujar papa dengan wajah puas dan memuntahkan daging hancur membuatkan Tornado dan lain-lain laju bergegas merasai daging yang sukar untuk dicari itu. Mungkin ini perubahan yang berlaku selepas aku halang budak-budak ni dari keluar.
"Saya rasa kenyang... haha saya makan buah saja buat masa ni," ucapku dan terus makan buah yang mama sediakan untukku apabila tahu bahawa aku tidak menyentuh daging.
"Tak tak tak... tubuh kamu terlalu kecil. Kalau kamu ingin kuat dan besar macam papa. Kamu.Perlu.Makan.Daging.Ni," ucap papa sambil mendekatkan wajahnya kepadaku.
"Kalau begitu... Saya nak daging segar boleh ke?" balasku kekok sambil menjauhkan wajah.
"Oh Rain... Kamu masih tiada gigi... bila kamu tumbuh gigi papa sendiri bawa kamu memburu," balasnya lagi lalu menolakku untuk dekat dengan kumpulan daging.
"Makan sajalah! Lembab!" jerit Tornado cuba untuk menolak kepalaku masuk ke dalam daging namun aku sempat mengelak dan tangannya yang ingin menampar aku bertukar sasaran kepada daging itu lalu cebisan daging itu mengenai wajah Volcano yang berada di sebelahnya.
"Arghhh!!! Bulu aku yang cantik!! Tak guna kau Tornado!" jeritnya apabila daging itu mengenai bulunya lalu dia terus melompat ke arah Tornado dan adegan gigit menggigit bermula.
"Ahahhahahahha! Tornado pukul tak kena!" ujar Leavy dengan gelakan comelnya.
"Ahahahhaha padan muka!" balas Snowy turut sambung gelak. Blizzard hanya terus mengunyah sambil menghempap tubuh Volcano yang menghempap Tornado dengan pipi kembungnya.
"Saya tahu awak semua naga tapi cuma macam mana awak boleh tahan dengan daging yang nampak macam najis ni," soalku perlahan.
"Hmm? Kita semua naga Rain bukan kami sahaja awak pun sama," ucap Leavy sambil terus mengunyah dan Snowy mengangguk setuju.
"Erk... ya betul tu," balasku kekok.
"Baiklah... Baiklah... sudah kamu bertiga, makan dengan elok anak-anak," arah Mama lalu meleraikan mereka bertiga. Blizzard yang hanya menghempap tidak berbuat apa-apa sambil mengunyah daging penuh di dalam mulutnya diangkat penuh hati-hati dan ia berlari terkedek menuju semula ke arah daging manakala mama menggunakan kukunya untuk meleraikan Volcano dan Tornado yang saling menggigit sesama mereka.
YOU ARE READING
Legend Beast ✅ [Complete]
ФэнтезиRain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji buat kali pertama secara tiba-tiba dilahirkan semula sebagai seekor naga yang boleh bertukar bentuk mengikut mangsa hidupan yang dimakannya...