"Hei bangun," kejut seseorang membuatkan aku mula terjaga. Aku membuka mataku perlahan lalu terlihat sepasang kaki manusia di hadapanku.
"Humana?!" Jeritku lalu terjaga secara mengejut.
"Hahaha! Ini papa lah! Papa sengaja mahu bertukar kepada humana supaya lebih sejuk lagipun papa teringin mahu lihat rupa kamu apabila menjadi humana," ujar papa sambil mencekak pinggang. Aku baru sedar itu adalah papa dalam bentuk manusia. Tubuhnya ada menunjukkan beberapa sisik nipis dan sepasang tanduk di kepala membuatkan aku yakin dia sememangnya papa malah suaranya sememangnya seperti papa.
Aku yakin manusia akan salah faham dan menyatakan dia adalah [demon lord] dengan rupa yang begini. Dengan gelakan setannya sememangnya menampakkan dia sesuai untuk ambil watak sebagai [demon lord] tapi aku tak menafikan dia sememangnya nampak cool.
"Walaupun papa boleh bertukar kepada humana sememangnya tak dapat sorokkan papa ada tanduk. Ramai akan fikir papa adalah [demon lord] kalau nampak rupa papa yang begini," balasku lalu turut menukarkan diri kepada manusia. Aku menguap besar masih mamai dari tidurku namun papa yang berdiam diri menarik perhatianku untuk memandangnya yang sedang memandangku sambil mendagu.
"Apa?" Soalku pelik.
"Hmm... Walaupun kamu bertukar kepada humana kamu masih kelihatan kecil jauh dari yang papa bayangkan," balasnya sambil terus memandangku membuatkan aku memandangnya tak puas hati.
"Ha? Ini ketinggian normal untuk seorang budak humana. Lagipun saya cuma berumur 5 tahun ini sememangnya normal!" Balasku tidak puas hati. Tiba-tiba dia tersenyum lebar dengan mata bersinar.
"Oi kenapa buat muka macam tu?" Soalku mula rasa seram risau terjadi apa-apa pada dia.
"Ahhh!! Anak papa memang comel! Kamu sejak menetas lagi kelihatan comel! Sini biar papa peluk kamu!" Ujarnya lalu terus memelukku erat membuatkan aku hampir kelemasan.
"Ahhhh!!! Lepas! Papa akan bunuh saya!" Jeritku cuba melepaskan diri. Menyedari pelukannya terlalu kuat dia segera melepaskan aku membuatkan aku tercungap mencari udara.
"Geez... Saya takkan dapat balik dengan selamat kalau terus di sini," ucapku bersahaja membuatkan papa tergelak besar.
"HAHAHA! maaf maaf... Papa terlalu rindu pada kamu lagipun papa gagal menjaga kamu dulu," balasnya lalu mengusap kepalaku. Tak dia salah dia tak gagal. Aku yang melarikan diri.
"Tak papa... Papa bapa terbaik yang pernah saya ada," ucapku jujur sambil memandangnya. Dia membalasku dengan senyuman nipis lalu melepaskan nafas. Dia kemudiannya mengeliat sambil menuju ke pintu gua.
"Ahhh... Papa rasa hari ni hari paling menyegarkan dari hari-hari sebelum ni. Papa rasa sekarang waktu yang sesuai periksa kawasan," ujarnya lalu memandangku.
"Nak ikut?" Soalnya mengajakku. Aku mengangguk dan turut berdiri di sebelahnya. Tentulah aku ikut takkan aku nak tinggal di gua ni seorang diri setelah lama terpisah. Kami mengeluarkan sepasang sayap naga dari belakang tubuh memperlihatkan kami seolah manusia bersayap ataupun di mata manusia sememangnya kami kelihatan seperti demon lord.
"Oh ye... Papa! Baju tu siapa yang buat? Nampak macam pakaian lama humana," soalku ingin tahu. Baju aku dibuat oleh Tyra jadi aku tak tahu bagaimana papa boleh dapat pakaian tu.
"Papa tak tahu. Papa dapatkannya daripada salah seorang humana yang datang cuba mencabar papa, papa rasa pakaian dia tak baik untuk perut jadi papa ambil pakaiannya dulu sebelum menelan. Nampaknya pakaian humana ni lebih berguna untuk papa," balasnya selamba membuatkan otakku tiba-tiba kosong. Aku hilang kata-kata apabila mendengarkan dia dengan selamba menceritakan dia memakan manusia.
"O... Key..." Balasku kekok. Dia memandangku sekilas lalu aku terdengar gelakan kecilnya. Aku rasa ia perkara biasa, papa cuba untuk lindungi diri dan mereka yang cuba menyerang papa dahulu jadi mungkin aku tak patut fikir terlalu negatif tentangnya. Pembunuhan di dunia yang begini tidak mengejutkan jika kerap berlaku.
Kemudian, tiba-tiba aku terbau manusia membuatkan aku memandang papa. Wajah papa terus berubah menjadi serius, aku semakin gelisah apabila aku dapat kesan ada bau yang cukup aku kenal. Bau yang datang dari dunia aku yang dulu. Mungkin [hero] telah diseru ke dunia ni.
"Kamu pergi ke tempat kakak dan abang kamu. Mereka mencari papa jadi biar papa yang uruskannya," ujar papa serius lalu bertukar semula kepada naga membuatkan aku mengelak daripada tubuhnya yang tiba-tiba membesar.
"Tak! Saya nak sertai papa. Biar saya bantu papa kali ni. Saya mungkin kecil tapi saya ada kuasa seekor naga sage," ujarku kembali dengan serius. Papa memandangku sekilas.
"Pastikan kamu tak apa-apa," ujarnya pendek.
"Baik!" Balasku penuh semangat lalu turut berubah menjadi naga. Hampir sahaja kami ingin melalui satu kawasan yang dilalui manusia, secara tiba-tiba ada magik yang menyasar ke arah kami membuatkan kami segera mengelak.
"Ceh! Tersasar!" Ujar salah seorang dari mereka. Bahasa tu... Sememangnya bahasa dari dunia aku dulu.
"Papa tak tahu apa yang mereka kata tapi papa dapat agak dia tak gemar sasarannya tersasar," ujar papa membuatkan aku tersenyum kekok.
"Haha... Tepat sekali," balasku pendek lalu kami mula terbang secara berpecah untuk melihat berapa ramai hero yang ada sebenarnya. Ternyata ia agak ramai, dengan lima belas orang [hero], dua orang [dragon slayer] dan dalam 300 ratus askar diraja. Mereka sememangnya datang untuk memburu papa. Papa melepaskan nafas naganya yang seakan awan hitam bersama kilat sabung menyabung sepanjang 2 kilometer namun dihalang dengan magik pertahanan.
"Papa nanti! Biar saya cuba bercakap dengan mereka!" Ujarku. Aku tak mahu mereka membunuh papa dan pada waktu yang sama aku tak mahu papa mengapa-apakan manusia yang datang dari dunia aku. Papa memandangku curiga seakan sukar membuat keputusan.
"Percayakan saya," balasku menunjukkan wajah penuh kesungguhan. Papa melepaskan nafas berat. Manusia di bawah sana bising dengan pembentukan formasi menyerang dan bertahan.
"Baiklah, papa berikan kamu peluang tapi jika mereka berdegil. Papa akan serang," ujar papa memberi kerjasama. Nampaknya papa tidak begitu degil seperti sebelum ini mungkin disebabkan dia percaya aku sudah cukup kuat untuk menghadapi mereka. Aku mengangguk dan mengambil nafas sedalamnya lalu menuju ke arah manusia itu untuk mencari kawasan mendarat paling terdekat.
"Ada seekor lagi yang lebih kecil mendekati! Ia cuma anak naga jadi ia mudah ditumpaskan, [dragon slayer]! Ambil posisi!" Arah kapten mereka yang kelihatan seperti pemain pedang.
"Baik!" Ujar dua orang [dragon slayer] terus ke hadapan untuk menghadapiku. Mereka secara tiba-tiba melepaskan magik kurungan kepadaku tapi aku dapat memecahkannya dengan mudah membuatkan mereka tersentak dan agak terkejut. Mereka tak sempat buat apa-apa dan aku terus mendarat ke tanah dengan asap tanah mengaburi mata mereka. Mereka terbatuk-batuk kerana pasir yang memasuki rongga mereka dan aku pula bertukar kepada manusia supaya mudah untuk aku berbincang.
"Ap- apa tu? Bagaimana naga kecil tu boleh melepaskan diri dari kurungan tahap 3 dengan begitu mudah?" Soal salah seorang manusia yang melepaskan sihir tadi.
"Humana... Turunkan senjata kamu semua," arahku dalam bentuk seorang budak dan berkata tegas. Mereka semua kelihatan terkejut apabila bayang yang ada di sebalik asap tebal tadi adalah seorang budak.
"I- Itu anak demon!" Tuduh salah seorang dari mereka.
Bersambung...
🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲
Tq kpd reader yang support demin... Demin pun x tau bila abes novel ni. Demin akan terus taip sehingga demin rasa nak tamatkan. Demin cuba target untuk buat sampai bab 50+ dan demin mungkin akan buat sequelnya atau 2nd edition. Terima kasih terus membaca walaupun bnyak bab dan mungkin membosankan.
Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...
YOU ARE READING
Legend Beast ✅ [Complete]
FantasiaRain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji buat kali pertama secara tiba-tiba dilahirkan semula sebagai seekor naga yang boleh bertukar bentuk mengikut mangsa hidupan yang dimakannya...