Bab 8

1K 129 13
                                    

"Dia boleh bercakap," kata salah seorang pengembara terus teruja dengan apa yang didengarinya.

"Aku tak pernah jumpa anak naga yang pandai bercakap," kata 'dragon slayer' sambil mendagu lalu menyentuhku. Aku terus mengelupur untuk tidak disentuhnya.

"Ini adalah pertemuan paling terbaik dalam sejarah, kita akan jadi pengembara paling terkenal di dunia," kata salah seorang pengembara membuatkan aku tahu yang aku sudah mengambil langkah yang salah.

"Tapi naga ni muda lagi bagaimana dia boleh belajar bahasa humana?" Soal dia sendirian.

"Kita ketepikan hal ini terlebih dahulu, Saikan bawa dia pergi. Popa sediakan perangkap untuk penjaga naga ni, kita akan ada perlawanan dengan seekor naga dewasa," arah 'dragon slayer' kepada kumpulannya. Mendengar hal itu membuatkan aku makin tidak tenang.

"Aku takkan biarkan!" Jeritku lalu aku menjerit nyaring sehingga membangunkan naga sage yang masih tertidur di dalam tasik itu. Ia jauh lebih besar dari papa sehingga memaksa papa untuk berundur. Aku mengambil kesempatan itu untuk melepaskan diri.

"Tak guna! Berundur! Itu naga sage!" Jerit 'dragon slayer' itu lalu mengeluarkan pedangnya. Naga sage itu mengaum penuh amarah, hanya ngaumannya mewujudkan angin yang kuat sehingga menerbangkan pokok dan membuatkan tanah bergegar. Aku juga turut terkejut dengan apa yang berlaku. Papa tidak dapat mendekati setelah naga itu muncul dan mengganggu ia untuk terbang.

"Papa!!" Jeritku apabila terlihat papa hampir terkena libasan ekor naga sage itu. Papa terus memandang ke arahku namun malangnya dirinya ditembak dengan magik sesat yang diarahkan pada naga sage menyebabkan ia mula jatuh ke dalam air.

"Tidakk!!! Wind shield!!!" Jeritku lalu mewujudkan tapak perisai untuk menghalang papa jatuh ke dalam air. Perisai itu aku terbangkan jauh dari naga sage itu dan aku tidak tahu ke mana aku meletakkan papa.

Aku cuba berkomunikasi dengan naga sage itu yang sedang marah. Hembusan nafasnya memusnahkan hutan di sekeliling tasik itu membuatkan ia kelihatan serangan yang teruk. Secara tiba-tiba tulang dan mataku bercahaya biru sehingga cahayanya menembusi kulitku.

"Kau... Bukan naga yang biasa," kata naga sage setelah menyedari kemunculanku. Aku berdiri pada batu yang menghadapnya dan sememangnya ia jauh lebih besar dariku membuatkan aku sedikit gementar.

"Maaf, saya mengganggu tidur sage yang besar," ucapku sambil menunduk hormat. Aku takkan mampu melawan dia dengan tahap yang sememangnya jauh berbeza. Tahap naga sage itu aku tidak dapat membaca membuatkan hanya ada satu kemungkinan; tahapnya mungkin melebihi 1000. Sedangkan 'dragon slayer' yang menangkapku tadi hanya bertahap 150 ia takkan dapat mengalahkan naga sage membuatkan dia berundur dan meninggalkan kami semua.

Sebelum keadaan bertambah buruk, aku sedaya upaya cuba menenangkannya. Ini adalah pertama kali aku rasa takut dengan sesuatu sehingga aku rasa nak terkencing. Kalau bukan disebabkan sarang aku tak jauh dari sini, aku sememangnya dah melarikan diri.

"Kau berbeza..." Katanya kepadaku, aku tak tahu apa yang dia maksudkan bahawa aku berbeza tetapi ia membuatkan aku semakin gementar.

"Saya tak berniat untuk menganggu tidur sage, saya berada dalam keadaan terdesak untuk melepaskan diri. Harap sage maafkan saya dan tenangkan diri," kataku penuh hormat. Dia mengoyangkan ekornya secara tiba-tiba.

"Jadi pewaris kuasa beta," katanya membuatkan aku terkejut dan blur seketika.

"Ha?" Soalku cuba mendapatkan kepastian.

"Aku sudah tua dan memerlukan pewaris yang boleh meneruskan legasi aku. Kau tidak seperti naga yang lain, tubuh kau sememangnya tabung yang sesuai untuk kuasa aku," katanya sambil memandangku. Aku mula membeku dan tersenyum janggal. Aku tak tahu apa yang dia maksudkan dengan tubuh aku adalah tabung.

"Masanya untuk aku pergi tiba, kau sesuai ambil apa yang tersisa," katanya lagi membuatkan aku semakin blur. Dia menutup matanya dan mendongak ke langit, tubuhnya secara tiba-tiba bercahaya dan berasap tebal seakan dibakar. Asap itu menuju ke arahku membuatkan aku cemas dan berundur beberapa tapak sehingga tubuhku tiba-tiba tidak menjejak tanah.

"Apa-apakah? Oi oi apa jadi ni?" Ucapku cuak dan cuba untuk menyentuh tanah yang semakin jauh. Aku semakin jauh dari tanah dan cahaya daripada naga itu seakan diserap olehku tanpa dikawal. Secara tiba-tiba awan membentuk pusar di langit dan kilat sambar menyambar membuatkan aku semakin cuak.

Kulit naga sage secara tiba-tiba berkecai dan satu sambaran kilat yang luar biasa menyambarku lama dan menyakitkan aku. Aku rasa seakan terkena elektrik yang kuat yang tidak pernah aku rasai sebelum ini sehingga membuatkan aku menjerit kesakitan lalu tidak sedarkan diri. Pertahanan aku yang tinggi terhadap kilat pun tidak dapat menahan panahan kikat ini. Ia ibarat serangan kilat di tahap yang lain.

.

.

.

Aku dapat rasakan air menyentuh hidungku lantas aku terbangun dan mengurut kepala yang pening. Aku berada di tepi tasik yang sekelilingnya hanya ada hutan yang musnah dan terbakar akibat sambaran kilat.

"Hissss," desisku menahan pedih yang menyerang seluruh tubuhku. Tiba-tiba aku mendapat satu notifikasi emas yang tidak pernah aku dapat sebelum ini.

[Congratulation! You have receive 50 000 years old sage dragon power]

[Now you can use all the magic power that you seen without chanting or learning]

[Now you can summon sage power; Monarch]

"Arghh... Kalau betul apa yang skrin ni kata aku harap aku ada kuasa penyembuh macam mama," kataku sendirian sambil mengeluh. Tiba-tiba tubuhku bercahaya hijau dan rasa pedihku menghilang membuatkan aku terdiam seketika. Aku kemudiannya mula ketawa seorang diri.

"Ha... Ha... Hahahaha.. Wtf!!!! KENAPA AKU OP SANGAT MUDAH MACAM NI?!!" jeritku tidak dapat menerima kenyataan. Dengan kuasa yang terlalu luar biasa ini mungkin aku boleh musnahkan bumi ni secara tidak sengaja. Ini sememangnya di luar kawalan. Oh ye!

Dengan kuasa pemulihanku akhirnya sayapku kembali pulih dan buat pertama kalinya aku dapat gunakannya. Aku terus terbang ke udara biarpun aku hilang kawalan seketika tapi aku dapat menyesuaikan diri dengannya. Apabila di atas aku dapat melihat dengan lebih jelas kemusnahan yang berlaku adalah lebih teruk yang aku jangka.

Kemusnahan ini telah menelan 70% hutan fairy dan 40% kawasan hutan di tempat aku. Mungkin juga telah memusnahkan sarang aku yang tak jauh dari tasik membuatkan aku risau akan keselamatan adik-beradik dan penjaga aku. Aku segera mencari papa dan lain-lain sehingga aku dapat melihat satu tengkorak naga yang berada berdekatan.

Aku turun dan memaparkan wajah tidak percaya, aku dapat mendengar suara mama dan Tornado memanggil kami sambil terbatuk membuatkan aku berundur. Aku tidak dapat menerima kesilapan ini membuatkan aku terus berlalu pergi meninggalkan kawasan itu tanpa menoleh lagi. Dalam hati aku, aku cuma mampu mengatakan maaf beribu kali dengan beribu penyesalan. Aku terbang jauh dari situ dan menuju ke hutan yang aku tidak pernah pergi.

Kubah magik perlindungan turut hancur kerana serangan naga sage sebelum ini membuatkan mama tidak dapat mengesan pemergian aku dan dia mungkin fikir aku turut mati dalam kemusnahan itu. Maafkan aku mama, aku punca semua ni berlaku. Aku tak mahu lagi semua dalam bahaya gara-gara aku lagi jadi aku akan pergi.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now