Bab 29

881 124 58
                                    

Aku kembali ke sarang Papa yang kembali tidur di guanya tanpa menyedari ketibaanku. Dia berdengkur kuat menunjukkan bahawa dia kepenatan. Tak mungkin dia masih kepenatan walaupun sudah dua hari perlawanan antara kami berlalu. Mungkin aku patut biarkan dia berehat dengan aman. Aku kembali keluar dan mengelilingi hutan untuk mengawal dari sebarang penceroboh dan jika aku bernasib baik mungkin aku akan bertemu semula dengan hero yang aku jumpa tempoh hari.

Aku tak mahu pergi ke kota manusia yang aku tak pasti di mana mereka duduk di dalam kota yang besar tu jadi aku cuma berharap mereka datang semula ke sini untuk bertemu dengan aku. Kemudian, aku terlihat kepulan asap kecil datang dari kawasan yang tidak jauh aku terbang dan ia terus menarik perhatian aku untuk datang lebih dekat. Seperti yang aku jangka, mereka adalah kumpulan hero yang mengembara untuk menaikkan tahap mereka.

Aku terbang ke arah mereka sehingga menutup cahaya matahari dan membuatkan mereka mendongak ke atas dalam keadaan terkejut dan terus bangun dari duduk mereka. Aku terus menukarkan diri kepada manusia apabila kakiku mendarat ke tanah.

"Yo! Kita jumpa lagi," sapaku mesra membuatkan mereka memandang sesama sendiri.

"Dia keluar dari kawasan dia," ujar salah seorang dari mereka.

"Boleh jadi ke? Benda ni mustahil kalau di dalam permainan video kan?" Soal pula seorang lagi. Berapa lama mereka di sini sehingga mereka masih menganggap semua ini adalah permainan video? Hmm... Aku tak kisah semua tapi dalam kumpulan ni yang aku rasa paling boleh diharapkan adalah Gohan.

"Kita jumpa sekali lagi," ujar Gohan yang muncul menyambut sapaanku.

"Kau boleh panggil aku Rain, aku yakin kau nak tahu macam mana nak balik semula ke bumi kan?" Jawabku dan terus ke topik yang ingin dibincangkan.

"Kamu tahu macam mana?" Soal Gohan semula.

"Kau mesti terkejut bila aku cerita," ujarku lalu duduk sambil menyilang kaki di atas batu. Mereka semua berpeluh dingin rasa gemuruh untuk mendengar ceritaku.

"Kami sedia mendengar," ucap Gohan serius. Aku yang pada mulanya hanya tersenyum terus berubah riak serius dengan hembusan berat.

"Kau semua dipermainkan oleh raja," ujarku membuatkan mereka tersentak. Aku terus menceritakan pengalamanku bertemu dengan raja demon dan penemuan mayat yang berada di Valley of the dead.

"T-tapi kita cuma berada di permainan video kan? Mustahil kita akan mati di sini," ujar salah seorang dari mereka membuatkan aku mengeluh.

"Oi kau... Berhenti anggap semua ni permainan. Aku tinggal dalam dunia ni hampir 5 tahun dan kematian di sini semuanya realiti," ujarku membuatkan mereka berubah pucat. Aku tak mahu mereka panik tapi aku tak mahu mereka buat sesuatu yang mungkin membahayakan nyawa mereka kerana mereka fikir semua ni bukan realiti.

"Macam mana kau tahu siapa kami? Kau ni siapa?" Soal salah seorang dari mereka membuatkan aku tersenyum sinis.

"Aku datang dari dunia yang sama macam kau semua," balasku membuatkan mereka semua terkejut termasuklah Gohan.

"Kau pun diseru ke sini?" Soal Gohan mula bercakap seperti biasa. Aku tersenyum puas akhirnya kami boleh bercakap secara tak formal.

"Hmmm... Tak juga, aku percaya yang aku dilahirkan semula ke sini jadi aku tak tahu kalau cara untuk balik ke bumi berjaya untuk aku atau tak atau adakah aku masih kekal dalam bentuk naga ni bila kembali ke bumi," ujarku menjelaskan kerisauanku. Mereka semua memandang sesama sendiri.

"Jadi... Kau bantu kami sebab kita dari tempat yang sama?" Soal Gohan ingin tahu. Aku mengangguk mengiyakan, memang benar aku tolong mereka sebab mereka masih muda dan dari dunia aku. Tempat ini mungkin nampak cantik dan menjadi keinginan ramai remaja tapi di sebalik keindahan tempat ni, tersirat beribu kesengsaraan.

"Itu... Maknanya di dunia kita, awak dah ma- mati?" Soal seorang lagi perempuan yang ragu-ragu untuk bertanya.

"Nampaknya begitulah, jadi sekarang tahun ke berapa?" Soalku walaupun aku dapat mengagaknya mengikut perkiraan tahun aku berada di sini.

"Sekarang sudah 2070," ujarnya membuatkan aku terkejut.

"Huh?" Soalku yang tersenyum terus berubah beku.

"Apa?!!! 2070?!! Patutnya sekarang 2020!!!" Jeritku terkejut dengan apa yang dikatakannya. Sepatutnya hanya 5 tahun berlalu tapi kenapa mendengar dari apa yang dia katakan ia sudah 50 tahun berlalu? Ini... Ini maknanya... Aku dah tua ke?!!! Tidak!!!

"Tapi... Sekarang ni memang 2070," ujar Gohan turut cemas melihat aku yang cemas.

"50... 50 tahun berlalu... Apa dah jadi? Kalau aku kembali ke bumi aku akan jadi orang tua ke? Malah... Mungkin aku jadi orang tua yang keseorangan tanpa isteri," ucapku sambil melutut tidak dapat menerima kenyataan.

"K-kau tak apa-apa?" Soal Gohan mengambil berat. Aku memandangnya tajam cuba mencari jawapan yang kurang pasti.

"Hei... Dah berapa lama kau dalam dunia ni?" Soalku ingin tahu.

"Dalam 5 bulan," balas Gohan sambil menggaru belakang kepala. Aku mendagu cuba untuk mengira. Kalau di sini 1 tahun bersamaan dengan 10 tahun kemungkinan masa di bumi mungkin kini sudah 2 tahun. Samada aku dilahirkan semula selepas 50 tahun atau sememangnya masa berlalu dengan cepat di sini.

"Kau semua perlu balik dengan segera, tempat ni tak boleh dipercayai. Kau pergi ke kampung Lizardre dan tunggu di sana sehingga aku bawa jalan untuk kau semua balik," balasku serius. Ahh... Kalau aku lambat, mereka semua mungkin akan balik selepas beberapa puluh tahun berlalu mungkin sebab itu juga hero dibunuh. Ia mustahil untuk bawa mereka pulang kalau mereka sudahpun tua.

"T-tapi kami hero... Itu tugas kami untuk cari jalan-" ujar pula salah seorang dari mereka.

"Itu cuma nama yang dicipta untuk merantai kau. Kau jadi hero dan kau cuma jadi alatan perang untuk mereka. Raja yang kau ikut sekarang ni... Cuma pengecut yang tak mahu bazirkan harta demi askar jadi dia panggil kau semua untuk berperang demi penduduk yang kononnya terseksa akibat demon sedangkan mereka yang tak buat apa-apa untuk melindungi diri mereka. Berhenti ikut dia, dia boleh menjanjikan kau apa-apa tapi dia tak boleh kotakannya dan akhirnya kau akan mati sia-sia di tangan dia," kataku serius. Aku dapat lihat mereka berada di tangan raja yang mempermainkan mereka.

"Ya, aku setuju tapi... Aku berkeras untuk turut serta, aku tak mahu cuma duduk dan menunggu. Keluarga aku masih menunggu aku di rumah, aku tak mahu balik lambat dan biar mereka menunggu," ucap Gohan membuatkan aku terkedu. Kalau di dalam manga....ya... Dia sememangnya sempurna untuk jadi watak utama. Ufff, aku tersentuh.

"Sa- saya pun! Saya tak mahu awak seorang diri pergi mencari jalan untuk balik. Ia bahaya," ujar pula seorang perempuan buatkan aku menyilang tangan. Aku ingin melihat berapa jauh kesungguhan mereka.

"Kau tau kalau kau silap langkah, kita semua akan mati kan? Kita akan menentang raja. Kau sedia ke jika ia gagal?" Soalku serius membuatkan mereka menelan air liur pahit.

"Kami hero, kami ada banyak skill yang boleh kami gunakan. Kami tahu keadaan dalam istana, kau boleh gunakan kami dalam rancangan kau," ujar Gohan yakin, mereka yang lain turut mengangguk.

"Paling penting, kami ada kau," ujar Gohan membuatkan aku rasa seperti di awangan. Ini pertama kali aku rasa dihargai dengan ikhlas dan ia dari manusia.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now