Bab 5

1.1K 147 11
                                    

Dua bulan kemudian,

Aku semakin membesar, sisikku juga turut menjadi lebih keras dan lebih berkilau dari sebelum ini namun sayapku yang tercedera dulu tidak membesar mengikut saiz badanku membuatkan hanya sebelah sahaja sayapku kelihatan normal.

Tornado dapat menguasai magis angin yang luar biasa. Leavy dapat menguasai magis racun dan tumbuhan, Volcano dapat menguasai magis api. Blizzard dan Snow menguasai kuasa salji dan ribut. Dengan ini aku membuat kesimpulan sendiri bahawa mereka mendapat kuasa mengikut keadaan semasa mereka menetas atau mungkin nama mereka tapi aku bukan sahaja boleh menguasai magis api, malah semua magis yang aku tahu dari manga di bumi dulu sememangnya aku dapat kuasai dengan mudah.

Di dalam keluarga ini aku mungkin yang paling kecil tapi kini aku yang paling kuat antara mereka. Tornado yang dahulunya selalu membuli aku sebaik sahaja aku menetas kini berada di bawah kaki aku. Papa semakin obses denganku tapi apabila latihan tiba dia memberi cabaran yang paling sukar pada aku. Mamaku turut menjagaku lebih rapi dari dulu membuatkan aku kadang-kadang rimas dengannya.

"Rain, macam mana dengan sayap kamu? Sakit ke?"

"Rain, rasa tak selesa ke? Nak mama tambahkan lagi ranting pada sarang kamu?"

"Rain, kamu boleh berjalan ke? Sakit ke?"

"Rain,"

"Rain,"

"Rain,"

Yep sememangnya merimaskan tapi syukur pada itu juga aku dapat memilih makanan. Har har har. Aku meminta daging yang tidak hancur ataupun bukan hasil dari muntah membuatkan aku dapat makan dengan selera dan daging segar. Aku gunakan kuasa apiku untuk membakar daging sesuai dengan seleraku. Sepanjang tiga minggu aku menjadikan mereka hamba permintaanku. Minggu keempat aku terpaksa memburu sendiri tapi papa dan mama memerhatiku dari jauh. Mereka fikir aku tak boleh terbang kerana sebelah sayapku cacat tapi...

Aku mengunci sasaran iaitu mangsa yang kelihatan seakan burung. Aku mengalirkan [mana] ke otot kakiku lalu melompat tinggi membuatkan aku terus ke arah itik itu dengan kelajuan roket dan terus menerkamnya di langit. Aku kembali jatuh ke daratan namun aku gunakan sayapku seakan parasut untuk mengurangkan daya jatuhku. Heh, aku tak perlu terbang kalau aku boleh melompat ke langit.

Yeah bebeh, graviti takkan dapat kalahkan aku. Har har har. Itik yang menjadi mangsa buruanku terus ku bakar dengan magis api dan menelannya sekali suapan. Aku terhebat hehehhehe.

"Full status menu!" Jeritku lalu status diriku keluar.

Lagend Dragon Cub
Rank A+
Level 40

Name: Rain
Age: Two months, Two days
Sex: Male
Status: Joy, happy
Skill: Power absorb lvl10 [max]
Reflect lvl0 [max]
Dodge lvl0 [max]
Swing lvl10 [max]
Bite lvl10 [max]
Scan lvl10 [max]
Jump (double jump) lvl10 [max]
Passive skill: Fire resistant lvl10 [max]
Cold resistant lvl10 [max]
Poison resistant lvl 10 [max]
Toxic resistant lvl9
Thunder resistant lvl7
Bravery lvl6
Mana manipulation lvl6
Magic: Fire lvl10 [max] (N.UP*)
Wind lvl10 [max] (N.UP)
Water lvl10 [max] (N.UP)
Thunder lvl10 [max] (N.UP)
Earth lvl10 [max] (N.UP)
Leaf lvl10 [max] (N.UP)
Ice lvl10 [max] (N.UP)

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now