Satu tahun sudah berlalu dan aku masih kecil seperti sebelum ini. Hanya sayap dan sisik aku sahaja makin kuat dan keras, taring aku juga semakin tajam tapi yang paling aku tak puas hati apabila melihat empat ekor anak biawak yang baru menetas setahun lepas kini menjadi pemburu malah mereka sudahpun menjadi remaja. Daya tumbesaran puak Lizardman ini sememangnya menakutkan.
Sepanjang masa setahun, 10 anak biawak berjaya menetas dan kini puak ini semakin membesar. Tempat ini juga semakin membesar mengikut pertambahan penduduknya tapi kenapa?!!!
"Kenapa?!!!! Berapa umur sebenarnya kamu semua?!! Angura sekarang umur awak berapa?" Soalku tidak puas hati apabila melihat anak biawak yang berumur setahun kelihatan seperti remaja berusia 17 tahun.
"Saya? Saya 21," balas Angura yang kini rupanya seakan 30-an. Aku terkesima seketika tidak dapat menerima hakikat.
"Basak? Basak pula?" Soalku.
"Basak pula hampir berusia 115," balasnya membuatkan aku pelik. Basak kelihatan seolah berusia 80 tahun.
"Mungkin tuan muda pelik tapi sebenarnya pertumbuhan kami sangat pantas dan apabila tiba satu masa pertumbuhan kami seakan terhenti dan jangka hayat kami agak panjang dari spesis lain. Mungkin ia disebabkan kami sentiasa menjadi buruan pengembara jadi kami cepat membiak dan membesar," terang Angura dengan tenang sambil tersenyum.
"Ohh... Jadi tiba masa seperti dalam umur 20 (umur lizardman) kamu akan mula perlahan?" Soalku ingin tahu.
"Ya, saya akan kekal rupa ini sehingga 50 tahun yang akan datang," balasnya tenang membuatkan aku mula faham. Aku tetap tidak puas hati. Aku berharap aku ada keupayaan seperti mereka supaya aku dapat menjadi manusia dengan segera.
"Jangan risau tuan muda, walaupun pertumbuhan tuan muda agak perlahan berbanding spesis lain tapi jangka hayat tuan muda paling panjang. Ada naga yang mampu hidup lebih dari 7,000 tahun tahu?" Balasnya cuba menenangkanku. Aku hanya mengeluh perlahan dan mula teringat sage yang aku jumpa sebelum ini. Entah berapa agaknya umur dia. Tak silap aku, aku nampak yang umurnya 500,000 tahun.
"Tuan muda!!! Semua kecederaan dah disembuhkan!" Ixcel tiba-tiba muncul sambil meletakkan tangannya ke dahi dengan sengihan.
"Kawasan... Selamat," Ailana pula memberi informasi dengan wajah tanpa perasaan.
"Arghh!!! Huwaa saya selamat! Saya selamat!" Redeth tiba-tiba masuk dan terjatuh di hadapan pintu. Aku rasa nama itu menyelamatkannya dari sikap cuainya yang tak tentu masa.
"Hehe... Macam yang saya kata kalau bawa Redeth sememangnya kita akan bertuah," kata Aegeus sambil mendukung seekor rusa bertanduk biru di bahunya. Ia adalah buruan yang amat sukar untuk didapati dan dijumpai.
Mereka berdua sememangnya kelihatan berbeza antara satu sama lain. Ixcel seekor yang ceria dan membawa keceriaan ke mana-mana sahaja dia pergi manakala Ailana seekor yang pendiam dan jarang bergaul. Aegeus pula seekor yang sentiasa bersemangat dan seakan tiada rasa takut manakala Redeth seekor yang penakut dan sangat cuai. Jika di dunia realiti, dia boleh digelar nerd. Hanya mereka berempat yang aku akan ingat sepanjang aku berada di sini. Mereka sepatutnya menjadi adik aku tapi kini aku pula yang perlu mendongakkan kepala memandang mereka.
Aku mengembungkan pipi tidak puas hati kerana mereka kini dapat berdiri dengan kedua-dua kaki sedangkan aku masih seorang bayi berusia 3 tahun apabila bertukar menjadi manusia.
"Aku tak mahu gandakan ia," kataku memandang ke tempat lain. Aku tak mahu menggandakan buruan yang dibawa Aegeus kerana aku rasa dipergunakan. Untuk menguatkan penduduk Lizardmen mereka perlu melatih diri mereka sendiri daripada sentiasa mengharapkan aku untuk menggandakan makanan.
"Eh... Kenapa? Cemburu lagi ke?" Soal Aegeus. Perbualan kami lebih biasa dari penduduk yang lain kerana kami bersama sejak mereka kecil jadi kadang-kadang mereka berani mengusik aku terutamanya Aegeus yang tak tahu erti takut. Dia mengingatkan aku pada Tornado. Kalau mereka berdua berjumpa... Arghh... Aku tak dapat bayangkan apa jadi pada dunia ni.
"The hell aku nak cemburu," balasku mula bengang dan hanya dapat menerima gelakan sebagai balasan.
"Hehe, sebenarnya rusa ni untuk tuan muda. Disebabkan saya bawa Redeth bersama jadi kami dapat buruan lain yang cukup untuk semua penduduk," balas Aegeus bersahaja membuatkan aku melakar wajah kosong.
"Oh oh... Kalau tuan muda nak tahu buruan kali ni besar tau," kata Ixcel penuh ceria.
"Saya hampir mati ditanduk binatang tu," kata pula Redeth hilang semangat.
"Besar, hm hm..." Ailana membalas dengan anggukan seakan bersetuju. Aku keluar untuk melihat buruan yang dikatakan membuatkan wajahku terus pucat.
"Besar bukan? Hehe... Dalam kampung ni saya paling terkuat dan paling terhebat dalam mengalahkan pengembara yang cuba datang ke arah sini HAHAHAHAHA," kata Aegeus dengan bangga lalu tergelak besar. Aku terdiam seribu kata sambil melihat seekor makhluk berupa seakan ox namun bersaiz mammoth. Aku tak tahu bagaimana dia boleh berjaya menumpaskan makhluk ni. Aku tak sangka kekuatan dia amat luar biasa.
"Redeth," panggilku terus membuatkan Redeth menggelabah.
"Y-ya saya tuan muda," balas Redeth menggelabah.
"Lepas ni... Jangan ikut Aegeus memburu lagi," balasku mula bengang terutamanya setelah mendengar gelakan besar Aegeus. Aku terus berlalu masuk ke dalam rumah yang dulunya hanya berunsurkan kulit binatang namun kini dibina dengan kayu yang kukuh.
"Hahaha... Cemburu la tu, tuan muda tak boleh keluar dari kampung ni sebab masih bayi. Hahahaha," kata Aegeus.
"Hei! Walaupun aku nampak seperti masih bayi tapi aku lagi tua dari kau tau tak?!! Dan sepatutnya aku boleh berburu kenapa aku tak boleh? Huhu... Angura kenapa saya tak dibenarkan keluar?" Soalku dengan tangisan memandang ke arah Angura.
"Haha... Saya dengar hero akan muncul tak lama lagi jadi demi keselamatan tuan muda, kami akan berusaha mengelak mereka daripada menyedari kewujudan tuan muda," balasnya dengan tenang.
"Ha? Hero?" Soalku kembali.
"Ya, dari apa yang saya dengar hero dipanggil dari dunia lain yang jauh berbeza dari dunia kita. Mereka ada skil yang unik dan tidak diketahui. Mereka lebih bahaya dari 'dragon slayer' tahu? Sebabnya 'dragon slayer' dapat menaikkan tahap mereka apabila membunuh naga malah hanya terdapat 1 daripada 1000 manusia yang memilikinya. Manakala hero, dapat menaikkan tahapnya melalui apa sahaja yang diburu mereka. Mereka lebih ditakuti dari pengembara di dunia ni jadi kami perlu bersedia dengan kemunculan mereka yang kami tidak tahu bila," terang Angura lagi membuatkan aku terdiam.
Jadi bukan senang 'dragon slayer' untuk mendapatkan tahap mungkin juga 'dragon slayer' yang aku jumpa sebelum ini salah seorang pemburu yang paling jarang muncul. Fuhh... Memikirkan aku bakal bertemu dengan manusia yang datang dari dunia lain membuatkan aku berdebar. Terutamanya kalau mereka dari dunia yang sama dengan aku malah ia lebih menakjubkan kalau mereka dari tempat yang sama di mana aku tinggal. Fuhh... Jantung aku berdebar dengan sangat kencang kerana keterujaan.
Sementara itu, Basak menghirup teh dengan tenang di belakang rumahnya.
Bersambung...
🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲
Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...
YOU ARE READING
Legend Beast ✅ [Complete]
خيال (فانتازيا)Rain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji buat kali pertama secara tiba-tiba dilahirkan semula sebagai seekor naga yang boleh bertukar bentuk mengikut mangsa hidupan yang dimakannya...