Bab 21

967 115 23
                                    

"Kita akan mula gerak malam ni, saya pasti tuan muda dikurung di tempat ni," kata Redeth sambil membulatkan ruang di petanya.

"Oi, kau buat apa ni?" Soalku namun mereka masih kelihatan tegang.

"Saya tahu ini susah, kita tak tahu sekuat mana musuh tapi selagi kita berpeluang untuk bawa tuan muda keluar. Itu sudah mencukupi," ujar Redeth penuh serius. Mereka masih tak menyedari aku berada di sini

"Jadi... Redeth akan gunakan panah tidur pada pengawal lalu Ailana menarik perhatian pengawal yang selebihnya?" Soalku memahami lukisan mereka yang terang di atas peta itu yang penuh dengan contengan idea.

"Ya, seperti yang kita bincangkan Aedeus dan Ixcel akan pecah masuk ke dalam bilik tu bersama lelaki yang pakai rantai biru tanpa dia sedari selepas kami berjaya tidurkan mereka. Plan kedua, kalau dia menyedari kehadiran kita dahulu Izard dan Loma akan gantikan tempat Aedeus dan Ixcel dan biar dia tertipu bahawa kita kalah. Bila dia tidak berjaga-jaga Aedeus dan Ixcel kembali  mengikut dia. Tuan muda mungkin cedera jadi gunakan kuasa Ixcel untuk tuan muda bertahan," ujar Redeth.

"Hmm... Kalau tak jumpa tuan muda apa pula yang kita perlu buat?" Soalku membuatkan mereka terdiam.

"Ini sahaja tempat yang ada, k-kalau tuan muda tak ada maknanya dia sudah... Jadi mangsa untuk 'dragon slayer' Sob sob," Redeth mula ingin menangis.

"Ahh... Kalian fikir saya ni dungu sangat ke sampai tak boleh lepaskan diri sendiri?" Soalku membuatkan mereka tersentak dan memandangku secara serentak.

"Tuan Muda!!!! Tuan Muda selamat!!!" Ujar mereka lalu terus memelukku.

"Haih... Kamu semua ada lebih 20 ekor tapi seekor pun tak perasan saya dah lama ada di sini," ucapku kini sudah biasa dipeluk rapat oleh mereka.

"Kami minta maaf tuan muda, kami cuma terlalu fokus pada rancangan untuk memecah masuk kota humana," kata salah seekor dari pengikutku.

"Pfff... Tapi sekarang kalian tak perlu lagi. Mujur saya diculik oleh 'dragon tamer' bukannya 'dragon slayer' hahahhhaa. Kalau tak hmm... Saya tak rasa saya ada di sini," ujarku lagi sambil mengangkat bahu.

"Tapi... Dengan hanya kurang dari 30 ekor kamu semua cuba untuk menyerang kota? Kamu semua gila ke?! Nak bunuh diri?! Humana ada beratus dan kamu semua cuba serang kota tu?! Dah tak nak hidup ke ha?!" Jeritku membuatkan mereka terus melutut dan memejam mata seolah dimarahi oleh orang tua mereka.

"Ta- tapi..." Redeth cuba mengatakan sesuatu tapi aku segera memotong.

"Rancangan kau bernas Redeth tapi kau terlalu memandang rendah pada apa yang humana boleh lakukan. Di mata humana, kalian semua adalah pendapatan. Kulit kau boleh dijadikan perisai, tulang kau boleh dijadikan pedang, gigi dan kuku kau boleh dijadikan aksesori. Kau fikir dia hanya akan tinggalkan kau lepas menyerang kau? Lagi satu, Redeth!" Aku mula berkata tegas membuatkan Redeth tersentak.

"Y-ya tuan muda!" Sambutnya tergagap.

"Kamu kata Izard dan Loma akan gantikan tempat Aedeus dan Ixcel kalau rancangan mengikut lelaki itu secara senyap tak berjaya kan?" Soalku.

"Y-ya... Tuan muda," balasnya lagi.

"Tapi kalau lelaki tu tak berseorangan, kamu rasa Izard dan Loma masih selamat ke selepas tu?" Soalku tegas membuatkan mereka semua tersentak.

"T- tu tak mungkin, Ailana dan Ixcel sudah mengintipnya hampir seminggu jadi... Kami yakin dia akan berseorangan kalau dia menuju ke bilik tu. Malah kami akan mula bergerak pada waktu malam jadi pengawalan tidak begitu ketat berbanding hari cerah," ujar Redeth sambil berpeluh dingin membuatkan aku memandang Ailana yang masih tenang dan Ixcel yang gementar.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now