Bab 14

1K 125 12
                                    

"T-tapi tuan muda..." Aegeus masih cuba melindungiku tapi aku hanya terus melangkah menghampiri naga yang lebih besar dari kami.

"Sekarang... Kau semua tengok... Kekuatan ketua kalian," kataku lalu aku mengeluarkan kuasa sage sehingga menyebabkan naga sebesar papa mendongak dengan riak wajahnya bertukar. Aku terbang ke langit dan terus menghembuskan api besar. Sisik naga merupakan sisik yang melindungi tubuh daripada serangan hembusan naga lain tapi ia tetap meninggalkan kesan.

Manusia di dunia ini kebanyakannya menggunakan sayap dan sisik naga sebagai perisai kerana ianya bahan paling utuh dalam dunia ini tapi aku sendiri ada caraku sendiri. Selalunya naga akan menggunakan gigi dan tanduk mereka untuk berlawan memandangkan hembusan mereka hanya untuk digunakan melindungi diri mereka dari makhluk lain selain naga.

Dia tidak berganjak seakan hembusan apiku itu tidak menyakitkannya tapi udara bertukar menjadi berasap membuatkan penglihatannya terjejas. Dia mengibas-ngibaskan sayapnya untuk menghilangkan asap itu namun asap itu terlalu tebal untuk dilenyapkan sepenuhnya. Aku terbang terus menuju ke kakinya lalu membekukannya supaya dia tidak dapat bergerak. Ais yang aku keluarkan seakan glasier yang besar dan tebal sehingga ke dada dan bahunya menggagalkannya daripada dapat melepaskan diri dengan mudah.

Aegeus dan yang lain-lain terpaksa berundur kerana ditiup angin beku. Naga itu menjerit geram sehingga menggegarkan tanah. Aku terus ke titik butanya iaitu di belakang kepala. Aku menggunakan kuasa [Holy] dan terus menembak ke arah salah satu tanduknya seakan laser. Tanduknya jatuh ke tanah membuatkannya menjerit kesakitan.

Aku kembali berdiri di hadapannya, aku mengalahkannya tanpa sempat dia melawan. Malah tahapnya juga lebih tinggi dari aku. Aku dengan tenang mendongak ke arahnya seakan ketua. Aku mengaum kuat memaksanya untuk menyerah dan ngauman itu menjadi lebih dominan apabila aura sage aku yang mengaum ke arahnya membuatkan dia menunduk. Dia memilih untuk menyerah dan memberi tundukan hormat memberi isyarat bahawa dia tidak mahu meneruskan perlawanan.

Tanduk naga adalah salah satu maruah seekor naga. Jika tanduknya berjaya dipatahkan secara ringkas ia terus merupakan kekalahan yang besar terhadap seekor naga. Aku tersenyum bangga lalu memandang Aegeus dan yang lain-lain yang tidak jauh dari kawasan itu. Mereka memandang dengan wajah tidak percaya.

"Tuanku..." Kata naga itu dengan penuh hormat. Aku melepaskan nafas bangga melalui hidungku dengan senyuman sinis. Aku mencairkan ais itu dan dia terus memberi tundukan hormat.

"Dah shuh shuh... Beta mahu berburu," kataku selamba dan menuju ke arah Aegeus.

"Menurut perintah tuanku," katanya lalu terbang pergi. Aku mendongak bangga dengan senyuman lebar sambil berjalan ke arah Aegeus yang masih ternganga tidak percaya.

"Tuan muda tak apa-apa? Tak ada cedera mana-mana ke?" Soal Ixcel cemas. Aku hanya memberi senyuman nipis.

"Ah... Saya tak apa-apa, sekarang awak semua percaya kan saya boleh lindungi diri sendiri?" Soalku dengan senyuman lebar. Mereka semua mengangguk menandakan mereka percayakan aku.

Jika aku seekor anak naga biasa, kemungkinan aku akan kalah tapi disebabkan aku adalah seorang manusia sebelum ini aku dapat gunakan kuasa aku dengan lebih kreatif. Naga akan berlawan menggunakan naluri mereka tapi aku gunakan cara berlawan menggunakan magik yang aku ada seakan manusia.

"Tuan muda... Saya masih sukar nak percaya yang tuan muda mampu kalahkan naga dewasa, ia memang rasa seakan mimpi," kata Redeth menghampiriku yang berjalan bangga dengan ekor digoyangkan tanda gembira.

"Hmm... Mungkin sebab awak juga Redeth, awak kan pembawa tuah tapi... Hahaha semua tu sebab saya kuat hahahhahahah," balasku riak membuatkan mereka semua terdiam. Redeth menggaru belakang kepalanya sambil tergelak kekok.

"Disebabkan pertempuran tadi buatkan makhluk dalam hutan ni lari lebih jauh ke dalam hutan," kata Ailana sambil melihat sekeliling yang kini kosong tanpa sebarang makhluk.

"Jadi... Mari kita masuk ke dalam hutan lebih jauh," balasku lalu berlari  ke hadapan mengetuai mereka.

"T-tuan muda nanti!" Jerit Aegeus namun dia hanya ikut berlari. Aku tiba di curam yang tinggi. Di bawahnya ada hutan yang tebal membuatkan aku mudah mengesan sasaran dari atas. Tidak lama kemudian, Aegeus dan yang lain-lain sampai dengan nafas tercungap kerana keletihan kerana cuba mengejarku yang jauh di hadapan.

"Jom ke bawah semula, saya nampak mangsa," kataku lalu lompat ke bawah membuatkan mereka semua merungut tidak puas hati. Mereka terpaksa berpatah balik turun dari curam tu manakala aku hanya perlu melompat turun kerana aku mempunyai sayap yang menghalangku daripada jatuh. Aku tersengih lebar rasa terhibur membuli mereka.

Setibanya di bawah, aku terlihat beberapa orang manusia sedang memburu serigala. Warna serigala itu agak pelik bagi aku tapi pada penduduk di dunia ini mungkin itu sesuatu yang biasa. Aku mengintai di sebalik semak, tiada sebarang 'dragon slayer' dalam kumpulan mereka maknanya mereka kumpulan yang kecil.

Aku nak cuba sesuatu yang mungkin bahaya tapi aku cuma nak dapatkan kepastian. Apa yang akan mereka buat kalau mereka berdepan dengan seekor naga jika tiada 'dragon slayer' dalam kumpulan mereka. Melihat dari puncak tadi, kampung mereka tidak begitu jauh maknanya mereka kumpulan permulaan.

Aku sengaja muncul di hadapan mereka. Mereka terbeku mungkin kerana terkejut melihatku yang muncul secara tiba-tiba. Lelaki yang kelihatan seperti [tank] cuba melindungi mereka yang lain. Peluh dingin mula keluar dari dahinya.

"An-anak naga... Bagaimana dia boleh sampai ke sini?" Soal salah seorang dari mereka.

"Jangan bergerak, Shion... Hantar isyarat kecemasan. Kita tak boleh terus serang naga ni... Mungkin induk dia berdekatan," kata ketua mereka dan pengikutnya mengangguk lalu secara senyap mengunakan magik yang aku sendiri tak kenal.

[You have learn telepathy]

Hhahahhaha... Telepati rupanya, baik aku pergi sebelum mereka bawa 'dragon slayer' yang sebenar. Aku sengaja menyengetkan kepala untuk melihat reaksi apa yang mereka akan buat, mereka tiba-tiba berubah merah.

"Ja- jangan terpengaruh dengan kecomelan dia, dia bahaya," kata ketuanya yang mengeletar dengan wajah memerah. Mereka semua berpeluh dingin dan mengangguk laju. Aku rasa nak tergelak tapi aku tetap berlalu pergi sambil menyeret salah seekor serigala yang sudahpun mati di situ walaupun tubuh serigala itu lebih besar.

"D-dia cuma datang sebab nak dapatkan serigala tu?" Soal pengikut perempuannya pula.

"Mungkin darah mereka menarik perhatian naga tu, kita perlu berhati-hati. Perkara ini perlu dilaporkan pada pihak atasan supaya kejadian yang lebih teruk tidak berlaku," kata ketua mereka. Mereka mengangguk lalu melepaskan nafas lega.

"Fuhh... Nasib baik dia tak memanggil induknya," kata salah seorang dari mereka.

"Saya rasa dia lebih bahaya bila dia sengetkan kepala tadi," kata pengikut yang perempuan.

"Kan?... Comel seperti anak anjing tapi dia bahaya. Kalau ada 'dragon tamer' dalam kumpulan kita mungkin dapat jinakkannya," kata perempuan tadi. Mereka mengangguk setuju.

Sementara itu aku membakar serigala itu dengan kuasa apiku lalu memakannya dengan penuh selera. Sepatutnya naga perlu makan dalam mentah tapi realitinya aku masih seorang manusia di dalam jadi ia sememangnya menjijikkan kalau aku makan secara mentah.

[You are able to disguise as Hell Wolf]

Yahh... Ini yang aku nak. Lepas ini aku boleh ke mana-mana dalam bentuk serigala. Lebih mudah dan tak akan mewujudkan panik, mungkin. Apa-apa pun aku tak akan tahu kalau aku tak cuba.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Info tambahan
Bagi humana atau manusia, hell wolf masih boleh dibela dan dilatih jika mereka membelanya dari kecil tapi jika dibela pemilik perlu ada lesen pemilikan dan hell wolf miliknya perlu ditandakan samada simbol magik atau dengan kolar yang dapat mengawalnya daripada berada di luar kawalan.

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now