Malam itu, semua tidur dan aku tertarik untuk mengetahui apa yang ada di sebalik gua yang gelap. Aku menggunakan skil [Stealth] untuk masuk ke dalam gua tanpa disedari. Melihat ke dalam gua tiada apa yang menyedari kewujudan aku walaupun ia adalah makhluk terbang yang kecil. Sebaik sahaja aku berada di hujung gua yang gelap, mataku semakin membiasakan dalam gelap dan aku mendapat skil yang baharu iaitu [Night Vision]. Naga sememangnya boleh melihat dalam gelap jadi aku rasa semua naga mempunyai skil ni.
Aku terus berjalan dan memasuki kawasan Golem. Ia agak jauh dari sarang aku tapi kumpulan ini sememangnya besar malah mereka semuanya mempunyai tahap lebih dari 800+ namun aku bernasib baik, ia tidak menyerang mana-mana makhluk yang berada di dalam gua ini. Aku terus berjalan dan terjumpa sarang Hell Hound, malah ada salah seekor dari mereka kelihatan sangat bahaya mungkin ketua.
Ia menyedari kehadiran aku mungkin kerana tahapku yang masih rendah. Ia melolong membangunkan hampir semua Hell Hound dan cuba mengejarku. Aku segera berlari dan kembali ke sarangku selepas aku rasakan mereka sememangnya amat berbahaya. Mujur mereka tidak melepasi golem yang berada tidak jauh dari sarangku dan hanya segelintir HellHound kecil melepasinya. Namun, apabila mereka menyedari ada kelibat papa dan mama di sebalik kegelapan mereka terus berundur dan tidak berani untuk mendekati.
Aku menghembus nafas lega. Nampaknya tahap aku terlalu rendah untuk terus ke hadapan tapi melihat dari tahap Hell hound, tahap mereka lebih rendah dari golem. Ketua mereka bertahap 790. Ia makin rendah meyakinkan aku mungkin di dalam gua ini... Mama dan papa sebenarnya merupakan [Boss Dungeon] yang terakhir.
Mungkin ada pintu masuk lain dari arah bertentangan membuatkan aku teruja untuk mengetahui. Keesokan harinya, seperti biasa aku meninggalkan bayangku dan meronda melihat perkampungan Lizardre yang sememangnya pantas membangun. Khemah-khemah kayu mula terbina dan mereka kelihatan lebih bertenaga. Sebaik sahaja melihatku di udara mereka terus menunduk hormat sambil tersenyum.
Aku perasan sesuatu... Ada anak-anak lizard yang sememangnya sama seperti Ixcel, Redeth, Aegeus dan Ailana. Agak pelik sebab aku tak bersama mereka sewaktu menetas tapi mereka kelihatan sihat seperti sebelum aku lahir semula ke dunia ni buat kali kedua. Anak-anak lizard turut mengekori penjaga mereka menunduk hormat ke arahku. Aku terus melepasinya dan melihat perjalanan gua yang menjadi sarangku dari luar.
Dari luar ia kelihatan seolah bukit biasa yang ada di mana-mana tempat tapi aku yakin pasti ada jalan masuk yang tersembunyi. Aku turut terserempak dengan beberapa orang pengembara namun mereka tidak mengganggu ataupun cuba menangkapku. Mereka hanya memandang dan seakan bersembunyi dari bahaya risau jika mereka diapa-apakan.
Selepas beberapa jam aku terserempak pula dengan naga yang pernah aku kalahkan dulu. Ia juga yang pernah menyerang aku di dalam hutan dulu sewaktu aku bersama Ailana dan lain-lain. Demi mengelak dari masalah, aku terus membuka skil [Monarch] dan menampakkan seolah tubuhku jauh lebih besar dan berbahaya. Melihat dari aura yang aku keluarkan, ia terus melarikan diri dan enggan menghalang laluanku.
Bagi aku ia lebih mudah dengan mengancam mereka daripada berdepan. Tak berapa lama kemudian, aku terjumpa lagi kumpulan pengembara yang sama dan mereka sedang berkumpul di hadapan batu. Aku mengintip dari jauh dan bagi aku batu itu sememangnya agak pelik. Tak berapa lama kemudian, batu itu terbuka dan sebuah [dungeon] muncul di sebalik batu itu.
Mereka masuk dan sekali lagi aku menggunakan skil [Stealth] untuk mengekori mereka. Sebaik sahaja masuk ke dalam, kumpulan slime yang terdapat pelbagai jenis menyerang. Bagi mereka ia agak mudah dan mereka dapat membunuh mereka tanpa sebarang masalah. Slimes di sini sememangnya bertahap rendah hanya dalam tahap 10-30 manakala tahap pengembara hampir mencapai 200.
Aku keluar dari gua dan berundur risau jika mereka menyedari kehadiran aku. Tanpa sedar aku mewujudkan skil yang baru iaitu [map] dan munculnya kawasan luas yang aku pernah lalui sebelum ini. Melihat dari peta, sarang aku terletak di F312 mungkin ia adalah ruang gua terakhir dan paling hujung sebab itu kami selamat dari sebarang serangan manusia walaupun manusia selalu datang ke hutan ni.
YOU ARE READING
Legend Beast ✅ [Complete]
خيال (فانتازيا)Rain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji buat kali pertama secara tiba-tiba dilahirkan semula sebagai seekor naga yang boleh bertukar bentuk mengikut mangsa hidupan yang dimakannya...