Bab 53

507 94 12
                                    

Empayar aku semakin besar dan berjaya menarik perhatian dunia. Mereka mula rasa ingin tahu jika sememangnya empayar yang baru dibina ini ternyata mempunyai makhluk yang pelbagai yang dapat hidup bersama. Tiga tahun yang pertama sememangnya banyak masalah dan kesukaran yang aku hadapi, tapi dengan kebijaksanaan Rufus malah dengan Redeth yang sememangnya genius dalam kalangan lizardmen dan dari kerjasama Ruijert dalam menanganinya serta kerjasama antara Riku bersama [dragon tamer] yang lain membantu aku menyelesaikannya dan dapat meneruskan keamanan empayar ini.

Penyeruan ke atas manusia dari bumi diharamkan dan akan dihukum bunuh serta merta membuatkan penyeruan ke atas hidupan manusia tidak lagi berlaku di dalam empayar ini dan kerajaan yang lain. Jika mereka membantah, aku mengugut untuk mengadakan perang yang mereka mustahil untuk menang. Hanya penyeruan haiwan purba dan haiwan dari dimensi lain yang dibenarkan. Naga juga dibenarkan untuk menjadi pengikut mereka. Semua adik beradikku berkumpul di sini walaupun kadang-kadang Tornado cuba menyerangku namun seperti sebelum ini serangannya tidak pernah mengena.

Beberapa peperangan terletus apabila mereka menyedari bahawa kerajaanku akan menjadi semakin bahaya apabila dibiarkan. Namun belum sempat mereka ingin memulakan peperangan aku menamatkannya terlebih dahulu. Penduduk yang menjadi sisa perang aku menarik mereka menjadi pendudukku. Kini hanya tinggal tiga orang hero sahaja yang masih berada dalam dunia ini dan salah seorang dari mereka adalah lelaki yang membunuhku dulu bersama dengan kumpulannya.

Aku yakin mereka menunggu masa sewaktu aku berada dalam keadaan lemah dan cuai namun kali ini aku lebih berjaga-jaga malah semakin lama dia tidak menghadirkan diri, semakin banyak juga skil yang aku wujudkan malah magis yang digeruni aku dapat belajar tanpa diganggu.

Ruijert kini menjadi teman diplomatik yang paling setia denganku kerana baginya, aku turut telah menyelamatkan kerajaannya yang sering disasarkan oleh kumpulan humana. Dengan kerajaanku yang berada berdekatan, dia memberi kerjasamanya kepadaku agar kerajaannya terus selamat. Tanah di tempatnya yang dulu disumpah kini mula menumbuh tumbuhan yang jarang ditemui dan tumbuhan-tumbuhan itu menjadi pertukaran sebagai simbol kesejahteraan kerajaannya bersamaku.

[New check point have been created]

Akhirnya lelaki yang aku tunggu-tunggu tiba untuk mencabarku di dalam pertandingan tarung yang diadakan setiap tahun untuk para naga melepaskan naluri mereka. Namun ia juga disertai oleh para pengembara untuk menaikkan populariti serta rank mereka. Ia juga menyediakan ganjaran yang lumayan kepada pemenang membuatkan lebih ramai yang tertarik untuk menyertainya. Acara ini sudah menjadi acara tahunan untuk penduduk empayar Dragomir malah pengembara dari luar juga turut hadir untuk melihat pertandingan tersebut.

Dalam acara ini, peserta dilindungi dari dibunuh. Pertandingan akan dihentikan sebaik sahaja peserta putus asa, keluar dari gelanggang ataupun tewas. Dinding mana yang berada di sekeliling gelanggang menghalang daripada skil atau magik mereka tersasar dan terkena pada penonton. Dengan cara ini juga penyerta mendapat [Exp] tanpa membunuh. Mendengar bahawa salah seorang hero bakal mencabar raja empayar membuatkan penonton semakin ghairah untuk melihat perlawanan itu.

Cabaran ini terdapat baik dan buruknya. Dengan kehadiran hero, ia akan menarik lebih banyak minat dari pelbagai kerajaan dan empayar tapi jika aku kalah, peperangan antara bangsa mungkin akan berlaku lagi dan aku akan dipaksa untuk menjatuhkan takhta. Aku menerima cabaran itu dengan syarat dia perlu menjadi yang pertama dalam acara ini.

Sebenarnya dengan itu aku dapat memerhatikan corak lawannya. Dengan pertarungannya bersama Redeth, Ailana dan Aegeus membantu aku untuk menganalisis corak lawannya. Dia mempunyai kebolehan sebagai seorang [assassin] dan dengan gelarannya sebagai seorang [hero] skilnya ternyata lebih istimewa daripada kebanyakan pengembara yang mempunyai gelaran [assassin]. Pisau belati di tangannya turut seakan khas untuk membunuh naga tapi aku yakin dia masih ada menyembunyikan sesuatu.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now