"Apa kena mengena dengan kau samada kami mahu pulang ataupun tidak?" Soal Iris kembali dengan sombongnya. Dia juga kini turut dapat terbang selepas bertukar menjadi vampire. Dashield pula kelihatan seolah mempunyai affiniti terhadap tanah dan api. Perisainya sememangnya kelihatan berbahaya.
"Beta boleh membuka portal ke dunia kau tapi beta cuma mahu tahu... Selama ini kau bertiga mempunyai banyak peluang untuk kembali ke dunia kau tapi kau memilih untuk terus tinggal di sini. Beta mahu tahu sebabnya kenapa kau lari dari bumi," soalku membuatkan mereka terkejut. Perkataan 'bumi' sepatutnya sangat asing di sini. Walaupun mereka menjelaskan tentang kewujudan bumi pada penduduk di sini mereka tidak akan memahaminya.
"Siapa sebenarnya kau?" Soal Dashield memandangku dalam keadaan tak percaya.
"Siapa beta kalian tak perlu tahu tapi yang pasti beta bukan lagi seekor naga. Beta kini merupakan sesuatu yang dianggap sebagai 'beast'. Kebolehan tubuh beta sudah melangkaui kebolehan seekor naga. Beta boleh menghantar kalian dan membawa kalian kembali ke sini cuma beta ingin tanyakan satu lagi perkara," ucapku sambil memegang Dagger9 yang berada di sebelahku dan mereka kelihatan gementar dengan apa yang akan dilakukan olehku.
"Dosa dan kesalahan kalian di sini... Bagaimana beta mahu menghukumnya? Beta di dalam dilemma samada menghantar kalian pulang dalam keadaan selamat atau menghukum kalian untuk kekejaman yang kalian lakukan selama ini. Kalian juga bukan lagi manusia, jadi boleh berikan beta pendapat?" Soalku cuba untuk menguji mereka.
"Hahhhahaa... Kau fikir kami mahu kembali ke dunia yang membosankan tu? Tiada apa yang ada di sana untuk kami!" Ujar Iris lalu menyerangku lagi dengan bilasan darahnya. Aku menjauhkan diri dan melompat ke belakang. Pada masa yang sama, dia mendapatkan tubuh Dagger9 yang sedang membeku di sebelahku tadi.
Dashield terus nyahbekukannya dengan skil apinya. Dagger9 keluar dan menggigil kesejukan lalu dia meneguk penawar dan cecair anti-beku. Dengan meneguk cecair itu magik aisku takkan berkesan lagi padanya apabila aku menggunakannya lagi.
"Kau patut hentikan semua ni. Kembali ke dunia kau. Walaupun dunia ini lebih indah dari bumi bagi kau tapi pembunuhan di dalam dunia ni bukan untuk orang bumi," ujarku masih cuba untuk memberi mereka peluang.
"Siapa yang mahu kembali ke dunia di mana kami tidak disanjung dan berharta seperti di sini? Kami sangat puas berada di sini dan kami enggan untuk meninggalkan semua ni!" Ujar Dagger9 menunjukkan bahawa dia tetap tidak berubah walaupun aku tidak menyentuhnya selama tiga tahun. Dia masih seperti dulu... Mementingkan diri.
Dagger9 masih cuba menyerangku dengan pisau belati pengunci naga. Kali ini aku membiarkan ia mengenaiku dan ia menusuk terus ke dadaku. Namun ia tidak mengenai jantung kerana kini aku boleh mengubah sumber nyawaku dengan benda lain dan sekarang aku memindahkan jantungku pada Tyra di mana dia berada di tempat paling selamat. Ini permainan yang tidak adil tapi demi kesejahteraan pendudukku aku sanggup bermain kotor demi mereka.
Mereka tergelak ceria apabila pisau itu mengenaiku namun gelakan mereka terhenti apabila aku tidak berubah menjadi bentuk asalku iaitu naga. Semua magikku terkunci dan pisau belati yang tidak akan termusnah ini sememangnya mustahil untuk melepaskan diri.
"Biar aku tanya sekali lagi manusia... Kau tak mahu pulang ke bumi?" Soalku dan rambutku bertukar menjadi hitam dan corak sage menjalar di leher dan pipiku. Mereka terkejut apabila aku masih boleh menggunakan magik dimensi. Ia magik yang lebih tinggi tahapnya daripada pisau ini membuatkan pisau itu tidak mampu menahan magik yang aku gunakan.
Aku menggunakan skil portalku untuk mengubah posisi dan ternyata rantai itu boleh dimusnahkan di dalam portal yang berada di tengah ruang antara dimensi. Kebolehan pisau berantai ini hanya di dalam dunia fantasi ini sahaja, apabila berada di dalam dimensi lain ia menjadi pisau yang biasa. Manaku kini hanya tinggal separuh dari keseluruhan.
YOU ARE READING
Legend Beast ✅ [Complete]
FantasyRain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji buat kali pertama secara tiba-tiba dilahirkan semula sebagai seekor naga yang boleh bertukar bentuk mengikut mangsa hidupan yang dimakannya...