Bab 47

587 106 11
                                    

Aku mencelik mata tak lama selepas itu. Tentulah aku kembali kepada bentuk naga sebaik sahaja aku tidak sedarkan diri. Apabila aku bangun, aku sedar bahawa aku berada di pangkuan seseorang dan dia membelaiku seolah membelai seekor kucing. Aku rasa kekok dan terus melompat dari pangkuannya dan memandangnya tajam. Mataku meliar mencari lelaki yang awal tadi dan dia terus menangkap perhatianku.

"Tunaikan janji!" Jeritku dengan tegas di hadapannya.

"Ya... Tapi kita masih tak janjikan apa-apa lagi," ujarnya membuatkan aku tersentak.

"Belum?" Soalku semula.

"Ya... Awak cuma kata saya perlu berjanji untuk penuhi syarat awak tapi... Awak masih tak beritahu apa-apa," ujarnya mengingatkan aku bahawa aku terus berlari masuk ke gua untuk menyelamatkan mereka kerana masa semakin singkat.

"Begitu... Tapi humana selalu memungkiri janji boleh ke awak dipercayai?" Soalku cuba untuk mengujinya.

"Ya! Awak boleh percayakan saya. Saya terus tunggu awak bangun demi untuk penuhi janji saya. Saya tak larikan diri sebab kalau bukan sebab awak... Kami takkan dapat pulang dengan selamat," ujarnya membuatkan aku memandangnya lama.

"Kalau begitu... saya akan beritahu perjanjian ni. Yang pertama, jangan sesekali kacau keluarga saya. Kalau ada antara humana yang datang menyakiti keluarga saya... saya takkan teragak-agak untuk membalas balik," ujarku tegas membuatkan mereka memandang satu sama lain.

"Baik, saya akan cuba halang pengembara lain untuk ceroboh kawasan naga tapi... Kami tak dapat berjanji yang mereka semua akan mengikut amaran kami," ucapnya lagi bersungguh dan berakhir kecewa.

"Seperti yang saya kata kalau ada humana yang datang menyakiti keluarga saya... Saya tak teragak-agak untuk balas balik. Saya berusaha halang ayahanda dan adik beradik saya dari mengganggu humana dan saya harap awak semua akan buat benda yang sama," ujarku serius dan mereka hanya menggangguk setuju.

"Yang kedua, saya paling tak suka [dragon slayer] masuk ke kawasan ni. Lebih ramai kami menghalang, lebih ramai yang hadir untuk menguji kekuatan. Kami tak suka diganggu jika kami tidak mengganggu sesiapa pun jadi... Saya harap awak boleh halang [dragon slayer] dari terus datang ke tempat ni," ujarku lagi tegas dan mereka terus memandang salah seorang ahli mereka yang duduk berehat bersandar di batu.

"Baik... Saya akan hentikan semua misi pemburuan naga di kawasan ni," ujar lelaki yang bersandar tadi dengan pasrah membuatkan aku terkejut. Aku mula mengimbas identitinya dan ternyata dia adalah [dragon slayer] bertahap 210. Aku terus memandangnya sambil mengembangkan sisik dan menderam.

"Jangan risau. Saya takkan apa-apakan penyelamat saya. Haih... Saya tak pernah sangka nyawa saya diselamatkan oleh makhluk yang selama ni saya buru," ucapnya sambil memegang kepalanya.

"Y-ya... Betul tu. Lagipun kalau dia betul-betul mahu sakiti awak, dia akan lakukannya semasa awak tidak sedarkan diri. Kan?" Ujarnya cuba menyebelahi rakannya. Aku terus memandang sekeliling dan mereka semua menunjukkan bahawa mereka tiada niat untuk menyerang.

"Yang ketiga, saya mahu awak kembali ke tempat awak dan dalam 30 hari lagi saya nak hero yang ada datang menemui saya. Secara aman," ujarku membuatkan mereka semua terkejut.

"M-macam mana awak tahu tentang mereka dan untuk apa awak nak mereka menemui awak?" Soal lelaki itu semula.

"Ayahanda cerita kebanyakan dari kami terbunuh oleh hero, tentulah kami tahu tentang mereka dan... Boleh awak beritahu saya, kenapa naga terkuat selalu disasarkan oleh hero dan mereka dibunuh tanpa sebab yang kukuh? Hanya untuk dijadikan bahan untuk menaikkan tahap? Saya cuma nak lihat apa sebenarnya yang hero fikirkan tentang kami," Soalku mula teringat akan kejadian aku dibunuh oleh salah seorang hero.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now