".... Itu yang berlaku, tuanku," ujar Gohan berdiri tegak dengan berani sementara seorang raja duduk di atas takhtanya sambil duduk dengan penuh bongkak.
"Kamu mahu kata naga tu lebih dipercayai daripada beta? Dia pengikut demon! Dia dah hancurkan hampir keseluruhan kerajaan beta! Dia membahayakan rakyat beta! Kamu patut hapuskannya," ujarnya penuh murka sambil menepuk kuat pada kerusi takhtanya.
"Kami tak boleh buat begitu tuanku, memandang dia masih seorang budak dan dia seolah ada maklumat penting untuk keadaan kami dan juga saya tidak mahu mulakan pertarungan jika pihak dia memilih untuk tidak berlawan," ujar Gohan lagi sambil berpeluh dingin.
"Kamu berani melawan beta?! Kamu mahu memihak pada naga tak guna tu?! Dia gunakan wajah budak humana untuk membuatkan kamu kasihan padanya! Kelak dia akan serang kerajaan ni! Kamu tak nampak berapa ramai yang menderita di sini disebabkan mereka?" Bangkang raja lagi. Gohan mula terdiam memikirkan keadaan kerajaan ini yang agak teruk tapi semuanya akibat pemerintahan raja ini. Semua kesalahan diletakkan kepada demon walaupun keadaannya kini cukup selesa tapi sememangnya terdapat ramai pelarian yang datang dari luar kota kerana tempat mereka hancur diserang raksasa.
"Tuanku saya sarankan untuk kita bekerjasama dan membina hubungan yang aman dengan naga tu memandangkan dia mahu membina hubungan yang aman. Ia tak akan merugikan kita," ujar Gohan lagi bertegas dengan keputusan.
"Kamu!!" Raja mula murka namun penasihatnya di sebelah seakan membisikkan sesuatu membuatkan raja kembali tenang.
"Hooo... Jadi seekor naga yang baru berusia 5 tahun mahu membuat hubungan aman dengan kerajaan beta? Baiklah, kalau begitu beta bersetuju dan beta arahkan kamu untuk membina hubungan yang 'baik' dengannya," ujar raja sambil tersenyum sinis. Gohan berpeluh dingin rasa tidak selesa seakan ada sesuatu di sebalik perkataannya.
"Baik tuanku," balasnya sambil menunduk hormat walaupun rasa tidak sedap hati. Di satu bilik yang mengumpulkan semua hero, mereka mula berbincang tentang apa yang sedang berlaku.
"Mungkin anak naga tu [hidden boss]," ujar salah seorang dari hero tersebut.
"Ya, lagipun [hidden boss] kadang-kadang sememangnya lebih kuat dari [final boss]," balas lagi seorang hero yang seakan arif dalam permainan video.
"Hei, awak semua ni berhentilah! Ini bukan permainan video... Kalau kita mati di dunia ni mungkin kita akan mati betul-betul tau tak?! Arghh!! Saya nak balik," ujar pula seorang perempuan penuh risau.
"Heh, buat apa nak balik? Tempat ni sememangnya impian kami semua sebagai para gamer tau? Haha... Kita boleh nikmati apa saja asalkan kita selesaikan misi," ujarnya lagi.
"Ya lah Gohan, patut kita serang je naga tu waktu tu, selalunya kalau kita dapat kalahkan [hidden boss] kita dapat item yang berkualiti tinggi," ujar hero seorang lagi.
"Ya! Kalau kita dapat item grade S tentu mengagumkan!" Ujar seorang lagi. Gohan hanya terdiam memikirkan sesuatu.
"Betul kan? Walaupun dia tu macam kuat tapi kita lebih ramai dan kita semua [hero] kalau macam dalam permainan video untuk kalahkannya digelar [raid] kan?" Balasnya penuh teruja.
"Kamu semua ni! Boleh tak berhenti anggap semua ni satu permainan?! Bila kamu cedera semuanya memaksa Ayra untuk menyembuhkan kamu! Pengecut tapi berlagak berani! Hmp!" Ujar seorang lagi perempuan sambil mencekak pinggang.
"Itu memang tugas [healer]," balasnya dengan berlagak.
"Ya... Kami melindungi dia dari diserang dan memang tugasnya memastikan kami tak mati," ujarnya lagi.
"Kamu berdua ni!!!" Ucapnya penuh bengang namun ditahan seorang lagi perempuan yang merupakan healer yang diperkatakan.
"Hei... Kau semua perasan tak dia boleh cakap bahasa Jepun? dan dia langsung tak bunyi pelat macam orang dari dunia ni," ujar Gohan tiba-tiba.
YOU ARE READING
Legend Beast ✅ [Complete]
FantasiaRain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji buat kali pertama secara tiba-tiba dilahirkan semula sebagai seekor naga yang boleh bertukar bentuk mengikut mangsa hidupan yang dimakannya...