Gwun Sangmin
[Hero]
[Death cause: killed by summoner]Jun Rin
[Hero]
[Death cause: killed by summoner]Jin Ryuji
[Hero]
[Death cause: killed by summoner]Kyun Mari
[Hero]
[Death cause: Killed by summoner]"Apa ni?" Soalku sendirian selepas aku melihat status kematian tengkorak yang penuh di dalam tebing yang kering. Gagak-gagak bersarang di kawasan itu dan bernyanyi gembira seakan ia kerap kali berlaku. Aku terkedu apabila hampir kesemua hero disini kebanyakannya mati disebabkan [summoner].
Dunia ni sememangnya sudah terbalik. Aku perlu betulkannya dan hantar mereka semua ini pulang. Aku pernah melihat nama mereka di dalam berita dalam kes hilang yang sehingga aku datang ke dunia ini mereka masih tidak ditemui. Rupanya hayat mereka berakhir di sini dan mayat mereka juga tidak dibawa pulang.
"Hodoh... Manusia di dunia ni, sememangnya hodoh," ujarku sendirian. Aku menimbuskan mereka dengan tanah sebagai penghormatan terakhir lalu meletakkan batu sebagai tanda memori mengharapkan mereka dapat rehat dengan tenang.
Aku kembali ke hutan dalam bentuk naga dan fikiranku melayang jauh memikirkan apa yang baru sahaja terjadi. Aku rasa marah, dan aku tak tahu ke mana aku mahu lepaskannya. Kalau aku menyerang puak manusia sekarang, tanggapan mereka pada naga bahawa naga adalah bahaya tidak akan berubah. Apa yang patut aku buat? Semua ni memeningkan kepala aku.
"Oi... Oi... Oi! Kau! Oi!" Suara seseorang memanggilku membuatkan langkahku terhenti.
"HOII!!! PEKAK KE?!! TELINGA KAU MASALAH KE HA?!" Jeritnya cukup berang membuatkan aku berpaling. Corak istimewa padanya membuatkan aku cukup mengenalinya hanya dari satu pandangan.
"Akhirnya! Kau pandang ha!!! Aku tak kisah kau pekak ke atau apa-apa... Ini tempat aku, Pergi!" Jeritnya lagi lalu tubuhnya diselaputi pusaran angin sebagai tanda amaran kepadaku malah dia menunjuk-nunjukkan tanduknya sebagai amaran untuk menyerang jika aku masih berdegil.
"Aaaaaa... Oi Tornado. Kau masih tak berubah," ujarku dengan kening terangkat tidak percaya dia tidak mengenaliku. Ahh... Mungkin sebab dia ni memang lembab, aku tak boleh salahkan dia. Dia senyap seketika dan memaparkan wajah dungu.
"Hah? MACAM MANA KAU KENAL NAMA AKU HA?!!! KAU NI APA?!! AHLI SIHIR?!! HUMANA?!! AKU BENCI HUMANA!! TUNJUKKAN MUKA KAU YANG SEBENAR HUMANA!!" jeritnya lagi dengan asap keluar dari hidungnya menunjukkan dia betul-betul bengang. Melihat kelembabannya yang tidak dapat dibawa bincang aku pula yang mula rasa bengang.
"Oi oi oi oi oi oi... Tunggu sekejap, KAU NI MEMANG DUNGU KE?!!! AKU NAGA! NAGA!!! SUDAH TERANG YANG AKU NI NAGA! AHLI SIHIR TAKKAN MAMPU BERTUKAR JADI NAGA! MACAM MANA KAU MASIH BOLEH HIDUP DENGAN KEDUNGUAN KAU TU HA?!!!" jeritku kegeraman melawannya.
"BERANI KAU! AHLI SIHIR!!! BERANI KAU PANGGIL AKU DUNGU!!! AKU BUNUH KAU TAK GUNA!!!" jerit Tornado lagi lalu berlari ke arahku bersedia untuk menandukku. Aku terus menunduk untuk melawan tandukkannya lalu melemparkannya jauh sehingga dia melanggar batu lalu terus pengsan kerana pening.
"Haish... dungu!" rungutku sambil menghembus nafas deras.
"Yo Rain! Kau makin kuat sekarang," ucap Volcano yang baring bermalasan di atas pokok dan memandangku dengan senyuman.
"Yo Volcano! Kau di sini juga?" Ujarku lalu mengembalikan senyumannya.
"Pfff, abang dungu kau tu takkan mampu hidup seekor, kalau aku tak ada dengan dia dah lama dia jadi mangsa humana macam Blizzard," balasnya memandang Tornado yang masih tidak sedarkan diri.
"Abang kau yang 'hot' ni terlalu 'hot' untuk jadi dungu macam dia," ucapnya lagi sambil bermain dengan bulu di kepalanya seolah rambut membuatkan aku hanya mampu memandang pelik.
"Aku dah beritahu mereka yang kau bukan budak biasa dan aku yakin kau masih hidup tapi mereka tak percaya. Haih... Aku patut tuntut sesuatu dari mereka nanti," ujarnya lagi lalu turun dari pokok dan menghampiriku.
"Hahaha... Terima kasih Volcano percayakan aku walaupun aku rasa kecewa sikit sebab kau tak nampak kisah bila aku hilang hahaha," ucapku dengan gelak kekok.
"Hahahha... Buat apa aku nak risau pada budak yang dapat lepaskan diri dari 'dragon slayer' waktu kau baru beberapa hari menetas dulu? Heh, abang kau ni terlalu 'hot' untuk risaukan perkara yang tak perlu," ucapnya membuatkan aku semakin rasa dia menjengkelkan dengan perkataan memuji dirinya yang berulang. Aku betul-betul rasa nak tumbuk muka dia.
"Volcano, kau berdua je ke kat sini? Leavy dan Snowy kau tahu di mana?" Soalku ingin tahu.
"Oh Leavy ada di selatan sebab dia sukakan hutan tebal, Snowy pula di utara di tempat bersalji. Mereka pergi ke tempat yang sememangnya menguatkan elemen mereka. Aku mahu kekal dengan Tornado sebab aku tak nak berlawan, aku nak gunakan Tornado yang dungu ni sebagai senjata aku," balas Volcano sambil menyepak pipi Tornado dengan selambanya dan cuba untuk mengejutkannya.
"Hah? Kuasa kau pun boleh tahan kan? Kenapa perlu gunakan Tornado?" Soalku pelik. Kuasa api, kalau di dunia aku ramai yang akan pilih kuasa ni sebagai pilihan selain dari elemen lain tapi mengapa Volcano seakan tidak berminat dengan kuasanya sendiri?
"Oi, kau pun terjangkit dungu Tornado ke Rain?" Soalnya dengan wajah tidak percaya ke arahku.
"Hah?" Soalku semula tidak faham apa yang dia cuba sampaikan.
"GILA KAU AKU NAK TANDUK-TANDUK?! KALAU AKU BERLAWAN TANDUK AKU NI BERCALAR NANTI TAU TAK?! KE'HOT'AN AKU HILANG! BULU AKU PUN AKAN KUSUT! LEBIH TERUK KALAU KUKU AKU ROSAK DAN SISIK AKU TERCABUT BILA BERLAWAN! AKU TERLALU 'HOT' UNTUK JADI MACAM TU! NAGA MACAM AKU NI SUKAR UNTUK DIJUMPAI KAU TAU TAK!!!" ucapnya panjang lebar memuji dirinya sendiri membuatku rasa dia amat menjengkelkan.
"Erk... Aku pergi dulu," ujarku lalu terbang pergi sementara dia masih menjerit tidak puas hati.
"OII!! RAIN!! KAU NAK PERGI MANA?!!" jeritnya dari kejauhan namun aku terus sahaja terbang pergi menjauhinya tidak mahu terlibat. Aku tak tahu jika aku rasa aku patut kembali pada mereka memandangkan kami sudah lama tak berjumpa tapi melihat keadaan mereka yang cukup baik dan masih perangai yang sama membuatkan aku masih di dalam dilemma.
Mungkin aku patut cari Leavy yang sikapnya lebih menenangkan atau Snowy yang lebih comel. Hmm... Selatan dan utara sangat jauh antara satu sama lain aku perlu pilih jalan yang paling terdekat dan aku tak banyak masa atau adakah aku perlu lawat mama? Ah... Mama yang sangat penyayang tu membuatkan aku mula rindu tapi dia pasti kembali ke dalam kumpulan dia dan aku risau kalau mereka memandang aku sebagai ancaman. Apa agaknya yang buatkan mama dapat mengenali aku walaupun dari jauh dengan hanya satu pandangan? Hmmm...
Ah! Nampaknya aku dah jatuh cinta dengan dunia ni dan buatkan aku berat hati untuk tinggalkan dunia ni. Aku tak pernah rasa begini walaupun dengan ibu aku sendiri sewaktu di dunia aku dulu, mungkin kematian aku di dunia aku dulu dianggap sebagai beban untuknya. Arghh... Aku tak patut fikirkan semua tu sekarang aku perlu fokus untuk cari cara untuk bawa hero balik ke dunia mereka kembali.
Eh? Kejap... Arghh!!! Disebabkan Tornado tak guna tu aku lupa tentang benda ni. Aku perlu beritahu budak-budak tu yang dunia ni tak selamat dan mereka perlu berada dengan aku supaya mereka sentiasa selamat sebelum aku dapat cari cara lain untuk kembali ke bumi semula. Tak guna Tornado... Disebabkan kau aku hampir terlupa.
Bersambung...
🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲
Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...
YOU ARE READING
Legend Beast ✅ [Complete]
FantasyRain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji buat kali pertama secara tiba-tiba dilahirkan semula sebagai seekor naga yang boleh bertukar bentuk mengikut mangsa hidupan yang dimakannya...