"Hmm... Mereka mula berkawal ketat, malah membawa 'dragon slayer' bersama mereka, apa jadi sebenarnya?" Soal Aegeus sambil mengintai di sebalik pokok. Aku pula duduk di atas bahunya agar mudah untukku melihat malah agak selesa berada di sini.
"Hurm... Saya rasa sebab saya," balasku selamba membuatkan mereka semua memandangku.
"Semalam saya muncul dan curi salah seekor buruan mereka," kataku lagi dengan selamba membuatkan mereka terkedu.
"Tu- tuan muda... Kenapa buat begitu? Tuan muda dalam masalah tahu?" Kata Redeth cemas. Aku tersenyum sinis lalu memandang ke arah 'dragon slayer' itu. Mereka membuat khemah di tengah hutan dengan kawalan ketat dan penyediaan rapi seakan bersedia untuk peperangan.
"Jangan risau... Tahap dia lebih rendah dari saya dan saya yakin dia takkan dapat melepaskan satu serangan pada saya tapi saya pelik, kenapa dia pun ada?" Terangku lalu mula menyoal kedatangan 'dragon tamer' bersama seekor naga yang hanya 5 inci lebih tinggi dari tuannya.
"'Dragon tamer' adalah untuk menjinakkan tuan muda, manakala 'dragon slayer' adalah untuk membunuh naga dewasa. Kalau tuan muda lihat dengan teliti kebanyakan 'dragon tamer' membela naga yang sangat muda iaitu dalam lingkaran 3-15 tahun. Seperti naga di sana, ia naga yang baru berusia 6 tahun," jelas Ixcel.
"Jadi mereka takkan dapat menjinakkan naga dewasa?" Soalku ingin tahu.
"Ia ikut kepada tahap mereka dan umur naga mereka. Jika mereka dapat membela naga mereka sehingga dewasa, besar kemungkinan mereka dapat menjinakkan naga dewasa tapi disebabkan umur humana lebih pendek dari kebanyakan spesis jadi sangat jarang untuk mereka dapat menawan naga dewasa," terang Ixcel lagi.
"Tapi mengikut sikap semula jadi humana selalunya 'dragon slayer' akan menggunakan 'dragon tamer' untuk menawan naga kecil sehingga ia dewasa dan kemudiannya akan membunuh mereka. Lagipun lebih besar naga lebih banyak [exp] yang boleh mereka perolehi," sambung Aegeus pula membuatkan aku mengetap gigi. Berapa banyak naga yang menjadi mangsa demi [exp] mereka agaknya.
"Dan... 'Dragon Tamer' tu seolah dipaksa. Kamu semua tengok, dia seakan tak rela," kata Ailana dengan wajah tidak berperasaan membuatkan aku turut memandang. Ya, wajah 'dragon tamer' tu tak seperti sanggup mengikut rancangan mereka.
"Ia tak pelik, lagipun lebih ramai yang memuja humana yang menghapuskan naga daripada menjinakkan mereka. Kebanyakan 'dragon tamer' dipaksa menawan naga dan naga yang mereka berjaya tawan dipaksa diberikan kepada 'dragon slayer'. Naga itu akan menjadi [exp] kepada 'dragon slayer' malah ia sangat menyedihkan bila naga yang sukar untuk ditawan dipaksa untuk memberinya kepada 'dragon slayer'. Lagipun mereka cuma mampu menawan naga kecil manakala 'dragon slayer' mampu membunuh naga yang lebih bahaya bagi mereka," kata pula Redeth dengan wajah simpati.
"Hodoh... Sikap humana memang hodoh," kata Ailana dengan penuh geram.
"Ya, setuju. Mereka mempergunakan spesis mereka sendiri, sememangnya hodoh," sambut Ixcel lalu berderam. Tiba-tiba salah seorang pengawal memandang ke arah kami membuatkan kami segera bersembunyi. Kami bernasib baik kerana kami tidak bertentangan mata dengannya.
"Sekarang tak selamat lebih baik kita beredar dulu," kata Aegeus membuatkan kami semua bersetuju dan meninggalkan tempat itu.
"Oh ye, macam mana kalian tahu banyak info tentang manus- maksud saya humana?" Soalku dengan pelik kerana usia mereka lebih rendah dari aku tapi mereka lebih tahu tentang manusia berbanding aku.
"Ohh... Ia dari atok Basak, macam yang tuan muda tahu atok Basak adalah penetua paling kuat dan paling tertua dalam kampung kita. Pengalaman dia luas, malah dia pernah masuk ke perkampungan humana untuk mempelajari tentang humana," balas Ixcel dengan senyuman.
"Dia juga pernah cerita yang dia dan kawan-kawannya pernah dijadikan hamba sewaktu tanah lizardman dijajah humana waktu dulu," kata Redeth dengan wajah pucat.
"Kalau tuan muda nak tahu apa-apa, tanyalah penetua Basak. Saya perasan tuan muda selalu tanya pada kakak Angura tapi kalau tuan muda mahu jawapan yang lebih memuaskan lebih baik tuan muda tanya pada penetua Basak," sambung pula Ixcel.
"Ye, kami tahu banyak tentang humana kerana cerita yang membosankan daripada dia," balas Aegeus dengan wajah bosan.
"Kita dah sampai," kata Ailana setibanya kami di kampung. Aku menyembunyikan diri dengan menjadikan diriku halimunan agar tidak kelihatan mereka.
"Tuan muda! Tuan muda!" Semua penduduk di dalam kampung itu kelihatan cemas sambil mencari aku membuatkan kami semua berjalan dengan kekok.
"Eh! 4 perwira emas! Kalian nampak di mana tuan muda?" Soal salah seorang penduduk sambil mendekati kami. Empat perwira emas adalah nama agung mereka kerana mereka adalah kekuatan bagi kampung ini. Aku terus menyelinap pergi sebelum lizardman itu menghampiri dan berjaya menghidu bau aku.
Ia adalah keadaan yang agak bahaya kalau mereka dapat tahu yang aku bersama mereka. Mereka mungkin akan dimarahi kerana tidak menurut arahan malah kalau aku dikesan keluar dari kampung aku akan dikurung dan dijaga dengan lebih ketat. Aku cuba kembali ke bilik aku tapi sekeliling aku ada penduduk yang cemas mencariku.
"Arghh!! Ini tak boleh jadi, mana aku nak pergi?" Soalku lalu aku menjadi semakin cemas apabila ternampak sosok tubuh Angura dan Predat yang mula memberi arahan untuk berpecah mencariku. Disebabkan baru-baru ini hujan turun dengan lebat, terdapat lopak lumpur berdekatan membuatkan aku mendapat satu idea.
Aku terus terjun di dalam lumpur itu dan berlakon seakan tertidur lalu menghilangkan kuasa halimunan aku. Oleh kerana sisikku yang berwarna hitam dan dilumuri lumpur, ia tidak pelik jika mereka tidak dapat menghidu atau perasan bahawa aku berada di sana.
Tiba-tiba aku perasan salah seekor penduduk merapati tempatku sambil memanggilku. Aku mengambil kesempatan itu dengan meletakkan ekorku pada laluannya dan membiarkan dia memijak ekorku menjadikan ia rancangan menutup kesalahanku berjaya.
"Arghhh!!" Jeritku sambil berlakon dalam kesakitan dan terus melompat dari lumpur. Disebabkan aku sudahpun mendapat ketahanan yang tinggi terhadap kesakitan sebenarnya aku tidak merasai langsung bahawa ekorku dipijak.
"Ma-maafkan saya, eh?" Dia mula cemas dan menyedari sesuatu.
"Tuan muda ada di sini!!!" Jeritnya dan terus menarik perhatian semua penduduk membuatkan mereka semua berpusu kepadaku.
"Tuan muda, apa yang tuan muda buat di sini?" Soal Angura lalu mendukungku keluar dari lopak lumpur itu.
"Angura tak tahu ke? Lumpur baik untuk kulit? Selain ia sejuk dan menahan dari haba panas ia juga menghilangkan kutu dari tubuh," jelasku cuba untuk mengelak. Angura terus terdiam seribu bahasa.
"Ahh... Tuan muda merisaukan kami, kami mencari tuan muda di semua kawasan tapi rupanya tuan muda hanya berada di sini," Kata Predat sambil mengeluh berat.
"Patutlah kita tak dapat hidu tuan muda, rupanya tuan muda duduk dalam lumpur sebab tu bau tuan muda hilang," kata pula Frangis sambil tersenyum pahit. Semua penduduk mengeluh berat dan seakan melepaskan nafas lega.
"Apa-apa pun tak ada apa-apa terjadi pada tuan muda dan tuan muda selamat, syabas semua atas kerjasama dan usaha semua mencari tuan muda. Sekarang tiada apa yang boleh dirisaukan lagi dan semua boleh bersurai," kata Predat bersama senyuman lebar lalu penduduk di sana menunduk hormat dan bersurai meninggalkan beberapa ekor lagi lizardmen untuk membersihkan aku.
"Tuan muda nampak licik," kata Ixcel jauh di tepi memerhati.
"Ya saya setuju dia memang bahaya," balas Aegeus.
"Saya tak pernah sangka tuan muda selicik ni," kata pula Redeth. Ailana mengangguk setuju.
Sementara itu, Basak duduk di kerusi tuanya sambil meminum teh dan ketawa seorang diri, "Hoho."
Bersambung...
🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲
Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...
YOU ARE READING
Legend Beast ✅ [Complete]
FantasiRain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji buat kali pertama secara tiba-tiba dilahirkan semula sebagai seekor naga yang boleh bertukar bentuk mengikut mangsa hidupan yang dimakannya...